Wednesday, December 31, 2008

MCMC Bertindak~

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menerbitkan kandungan ganas dan tidak sopan mengenai kaum dan agama.

Mana-mana perlakuan yang melanggari undang-undang Malaysia secara dunia offline juga mengandungi kesalahan dalam dunia online, termasuk Internet.

Suruhanjaya itu juga menggesa ibu bapa dan penjaga memantau penggunaan Internet oleh budak-budak dan remaja agar mereka tidak dipengaruhi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan di sini hari ini, MCMC juga mengingatkan pengguna tapak rangkaian sosial Internet berhati-hati mengenai jenis maklumat mereka pilih untuk disiar atau diterbitkan secara dalam talian kerana individu mungkin menggunakan maklumat ini terhadap mereka pada masa akan datang.

“MCMC sangat bimbang dengan insiden tidak bertanggungjawab dan beretika menggunakan Internet, khasnya ulasan dalam blog. Internet adalah alat berpengaruh untuk pembangunan tetapi malangnya disalahgunakan oleh sebilanagn kecil mereka yang tidak bertanggungjawab dan individu yang tidak beretika,” katanya.

Ia menyatakan MCMC sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dalam penyiasatan. - Bernama

Komen : Patotnye dlu lg MCMC amek tindakan tegas pd blogger² yg suke buat hal ni. Tp jgn ckp je skg pasni biarkan je bile ade isu baru la nk amek tindakan mcm ckp tarak serupa bikin la kan..


Tuesday, December 30, 2008

Dah Bole Dah~

Bila tbaca paper arini ade cerita psl usaha 'murni' Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan Majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kt Bangi dihadiri Presiden Pas, Hadi Awang. Ala aku pasti GMI pun sdr dianggotai ahli² PAS juga. Agaknya PAS dah takde isu nk dibawa dh kot tp kan pasal apa beria² pakat anjur perhimpunan ni??

Apa pasal ISA perlu dimansuhkan?
ISA ni menyusahkan rakyat ker?
Kalo ada ISA kita rasa tak bebas ker?
Nape baru skg, nape tak mintak dimansuhkn ISA pd zaman Tun Dr Mahathir??

Ini semua trend politik pembangkang la. Takde 'modal' nk buat utk p/raya Kuala T'ganu la tu. Lastly nnt cerita ni meleret² smpai Kuala T'ganu juga.

Bukan ker PAS sblm ni dok bercerita psl hukum Hudud nye?? Agaknye sbb tkejut kene gertak dgn DAP / PKR / MCA lgsg tukar topik plak huhu..
Apalah nk jd dgn PAS ni.. Lantakla PAS, jd la ape² korang nak.. Takde peduliknye aku~

Sunday, December 28, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Jenazah Almarhum dibawa dengan kenderaan pengangkut diraja serta diberi kawalan dengan diiringi kenderaan bermotosikal oleh Briged Pertama Infantri Malaysia, Kem Rasah untuk terus dibawa ke Istana Seri Menanti.

Jenazah Almarhum baginda yang ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.

Istiadat penghormatan terakhir akan dibuat pada hari ini (Ahad) bermula pukul 10 pagi sehingga 5 petang dan pada Isnin, 11 pagi hingga 2 petang.

AL-FATIHAH~

Friday, December 26, 2008

Blog Hina ISLAM

KENYATAAN MEDIA


BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM


BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..


Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..


BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.


BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..

Wednesday, December 24, 2008

Melompat²

Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas bersama 28 Ketua Cawangan UMNO dlm bahagian tu..

Asal ade aje bende yg tak memuaskan hati terus lompat parti.. Inikah dinamakan perjuangan sbenar utk UMNO? Nampak sgt la mereka semua ni menyertai UMNO krn mmpunyai agenda tersendiri..

Jika sesuatu perkara yg tak dapat diselesaikn, mungkin bole dibawa berbincang dan selesaikan dgn cara baik. Org yg tak bole menyelesaikan masalah dgn baik, bknlah seorang pemimpin yg baik. Senang mengaku kalah / give up dan amek jln singkat dgn lompat parti..

Ape la agaknye yg bermain dlm kepale dorg ni?

Takpe² nnt kite huraikan lebey lanjut berita psl ni..
Macam mano ni??

Monday, December 22, 2008

PAS Tetap Laksana Hudud

KOTA BHARU 21 Dis. – Setelah lama tidak menyentuh mengenai hukum hudud, Pas memberi jaminan untuk melaksanakannya di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu.

Buktinya ujar beliau, kerajaan Pas Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

“Kita memang mahu melaksanakan hudud tetapi dihalang oleh UMNO. Kalau UMNO tumbang Insya-Allah kita boleh melaksanakan hukum hudud.

“Saya memberi jaminan, kita akan buat (laksana hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah pada masa depan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diasak beberapa kali oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang bertanyakan pendirian sebenar Pas dalam Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang di sini malam tadi.
Sumber - Utusan M'sia

Komen : Hahahaii PAS, betol ker nk laksana hukum HUDUD ni??

Jgn ckp je tp bile dh menang tibe² HUDUD ke mana, perjuangan entah ke mana..
Tau² PAS sekali lg dicontrol DAP & PKR tu mcm di Perak tu..

Tp pagi td DAP dh kuar kenyataan yg dorg tak mnyokong perjuangan hukum HUDUD yg dibawa PAS utk kempen p/raya Kuala T'ganu ni.. Amcm PAS??
Geng² Pakatan Rakyat dh bangkang awal².. Kalo nk harapkan PKR sokong, jgn harapla psl PKR pun 2 x 5 dgn DAP je.. Nak plak PKR tu bawah telunjuk Anwar, mmg tak dapek la..

Macam mano tu PAS??
Hahahaiii~

Friday, December 19, 2008

Penghantar Surat Khabar @ Heroin?

KUALA LUMPUR 19 Dis. — Seorang penghantar surat khabar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah kira-kira seminggu yang lalu.

M. Jambu Nathan, 33, didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 98 gram di hadapan restoran Bobo, Setapak pada pukul 7 malam, 9 Dis lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 (B) (2) yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Sumber - Utusan M'sia


Komen : Dia ni sbenanye nk edar paper ker edar heroin?? Mst tak sabar nk kaya cepat..

Entah² dh pkai BMW M6 tp still hantar paper lg.. Nama dah la Jambu tp perangai tak 'jambu' pun..

ahahahai manusia oh manusia..

Layan~

Thursday, December 18, 2008

IJN - Sime Darby


Mungkin ramai yg tdgr / tbaca / tpandang cerita mengenai Institut Jantung Negara (IJN) yg bakal diambilalih kepentingannya oleh Sime Darby sebanyak 51%..

Rata² ada yg b'setuju dgn perkembangan ni tp bg aku, kurang skit la nk setuju psl kalo kita lihat arini bole dikatakan prestasi IJN masih di tahap yg baik. Tiada masalah ttg rawatan & khidmat yg diberikan.

Bak kata kwn aku perkhidmatan yg diberikan sgt memuaskan hati tp kenapa sampai tahap K'jaan -UPE, Jbtn Perdana Menteri bersetuju utk meluluskan pengambilalihan ni?

Pernah tak kita tpikir pesakit² yg menggunakan khidmat IJN ni merupakan kalangan golongan rakyat biasa yg berpendapatan sederhana. Baik keluarga miskin mahupun pesara². Itu blom campur kira dgn pesakit² yg menunggu giliran nk dptkan perkhidmatan kt IJN. Dah tentu dorg tu pun golongan sederhana. Kalo dorg ade duit dh tentu buat rawatan kt luar negara kan..

Apabila IJN diswastakan pasti cas RM yg dikenakan kpd pesakit pun akan meningkat. Sekaligus tidak langsung membantu golongan² yg dinyatakan td. Bole dikatakan kebanyakan daripada kita masih memperolehi pendapatan kurang dari RM2000. Jadi mcmne la nk tanggung kos rawatan di IJN jika diswastakan.

Hah mcmne tu? Pikirlah sendiri..

Meje Bersepah



Meje aku bersepah.... Arrhhh~ Bz..bz..

Sempat lg amek gambar / upload...

huhu~ ;p

Wednesday, December 17, 2008

Try This Game

http://www.kroma.no/2008/bushgame/

Tadi sesaje xplore internet, nmpk plak 1 game ni. Mmg update ar game ni.

Just baling kasut kat Bush. Layan gak game ni..

Ini smua rentetan kes press conference Bush kt Iraq aritu la. Wartawan tu baling 2 bijik kasut tak kene..

Cuba korg try baling plak.. Mesti kene.. Best²..

Aku dapat 4 kali kene.. Muehehehe~

Saksi Jenayah Boleh Tukar Identiti Baru

Intipati Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008.


- Program Perlindungan Saksi akan disenggarakan oleh Ketua Pengarah serta dibantu timbalannya yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam.

- Saksi yang mahu menyertai program boleh memohon kepada Ketua Pengarah atau mengemukakannya melalui sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

- Pemohon perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi undang-undang yang belum selesai termasuk rekod jenayah, tunggakan cukai dan hutang serta prosiding sivil terhadapnya.

- Saksi kes jenayah berat dilindungi daripada diancam dan diugut termasuk dengan mewujudkan identiti baru.

- Identiti asal saksi yang diberikan identiti baru tidak akan didedahkan dalam apa cara sekalipun.

- Saksi akan disediakan tempat tinggal, pengangkutan bagi urusan pemindahan, bayaran yang setara dengan pendapatan dan jika tidak bekerja, diberi bayaran sara hidup, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.

- Tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.

- Hanya Peguam Negara mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada seseorang saksi itu hendak dimasukkan ke dalam program atau sebaliknya, berdasarkan syor Ketua Pengarah.

- Jika didapati memberikan maklumat palsu semasa memohon, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

sumber : Utusan M'sia


Komen :

Ini sesuatu yg baru dan menarik. Lepas ni mungkin lebey ramai saksi² utk kes berat akan rs selamat dan lega. Tp bgantung pd keadaaan juga la kan.

Identiti dah tukar, rumah dah pindah, elaun dah dapat tp muke org bole cam. Bole ker K'jaan peruntukan modal utk buat plastik surgery muke supaya org tak kenal dh..

Macam mano tu??

Muhehehe~

Tuesday, December 16, 2008

Terima Kasih Malaysia


Pagi² hari ni sebelum pegi keje, tgk tangki moto kering plak.. Nak tak nak t'pakse la amek tong minyak gi petrol pam naik kete.. Isi la RM5..

Then balik terus isi kt tangki moto, perghhh seronok betol tgk tangki moto lg suku je nk penuh tangki..
Kalo dlu isi penuh RM13, so skg isi minyak RM10 pun dh leh penuh rsnye.. Best²..

Syukur sgt² beban minyak dah kurang skit..

Tp 1 lg masalah yg tak selesai lg harga makan kt restoran, tak reti² nk turun.. Masa minyak naik harga, nasik putih RM1.20.. La ni minyak dh turun 7 kali pun harga nasik putih still sama gak..

Dalam hal ni k'jaan kene tegas la pd pengusaha restoran. Mahal sgt nk mkn skg ni, kang tak mkn lapa plak.. huhu~

Anti Islam

Pagi ni, bukak aje YM. Terbaca msg dr sahabat blog Panglima Perang Cyber http://penembak-tepat.blogspot.com/ yg mengingatkan sy utk mberi komen balas pd blog yg anti Islam ni.

Kalo u all semua bminat nk tau ape blog nye copy /paste http://pedestrianinfidel.blogspot.com/

Sama² la kita m'pertahankan kemuliaan Islam

Monday, December 15, 2008

Baling In Iraq?



Pagi² ni masuk opis tgk berita kt Yahoo.com, top newsnye Presiden US George Bush kene baling dgn kasut time press conference masa lawatan dia kt Iraq. Tukang baling tu plak Journalist Iraq.

Yg bestnye dua kali dia baling, dua kali tak kene. Mungkin kene b'latih lg lepas ni baling dgn tepat mcm men 'baling selipar' ms kita kecik² dlu tu.

Mungkin juga dr peristiwa tu nnt, security² Bush akan buat satu peraturan sesape yg masuk bilik press conference takleh pkai kasut / selipar / sandal. Sejarah mungkin akan berulang sblm Bush undur diri nnt atau Obama plak terkene 'badi' Bush..muhehe~

Friday, December 12, 2008

Hukuman Gantung


Saja nak bkongsi cerita ttg hukuman gantung.


Tali gantung yg diimport ini diperbuat dari jenis jut yg paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. (perghhh mahal sehh~)
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung diterima ada perkiraannya. Tak boleh terus pasang tp ada cara-cara yang kena ikut. Ada 4 jenis tali dan dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yg berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yg membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman yg mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Pelaksanaan hukuman diberi satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Kebiasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "pegi dengan rela" setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu nasib mereka lebih baik kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. Contohnya..

"Jangan ikut tabiat buruk ayah"

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yg akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

Mengingatkan pembantu² supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau jenazah dihormati, semuanya tak ada masalah.

Kebiasaannya melihat muka jenazah ini dan letakkan tangan di atas dadanya. Ini petua yang diberi senior² penjara.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan. Ibu bapa dinasihat supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas.

*Kebiasaanya banduan Islam akan digantung pada hari Jumaat. Org kata mati
di hari Jumaat tu bagus / baik. Hah pasni jgn pakat² buat jahat sbb nk mati ari Jumaat.

Tuesday, December 9, 2008

Landslide Bukit Antarabangsa
























Gambar² ini disedut dr laman² web yg memaparkan kejadian di Bukit Antarabangsa.
Takziah kpd keluarga mangsa. Kita yg bernasib baik ni bole la sedekahkan doa utk mangsa² agar semuanya baik spt biase..

Saturday, December 6, 2008

Link Baru~

Terbaru dlm blog ni..

aku br letak link baru utk pelayar² blog ni yg masih blom @ mencarik keje yg sesuai..


- komuniti > link utk jawatan kosong k'jaan & jawatan kosong swasta

Wednesday, November 26, 2008

Sesi Beramah Mesra Bersama Darth Vader

Memotong kertas sbg promosi iklan, kelihatan juga abg² di belakang sdg bergosip~

Darth Vader telah berjaya mengenakan pakaiannya tapi tidak disedari orang ramai

Setelah membuka kain selimut di belakang badannya, barulah orang ramai kagum akan Darth Vader secara tiba²..

Akibat ketidakperasanannya Darth Vader telah diperkotak katikkan oleh peminat yang fanatik

Photographer hilang imbangan sehingga pengsan semasa mengambil gambar disebabkn terlalu excited utk mengambil gambar

Inilah di antara peminat² cilik yg bergambar dgn Darth Vader versi Melayu Malaysia



Sesi Farewell Party Kat Opis Utk Darth Vader Yg Akan Berhijrah Ke Filem Melayu Selepas Ini~
Sama² kita nantikan di kaca tv Zimbabwe



*utk pic² selebihnya sila kunjungi
http://www.firdausradzi.com/wordpress

Monday, November 24, 2008

Kenapa dan Kenapa??

  • Agaknya siapakah manusia pertama yang terfikir bahawa jika bahagian tertentu seekor lembu dipicit, maka susu akan keluar?

  • Agaknya siapa pulak yang terfikir bahawa benda yang keluar daripada bontot ayam itu boleh dimakan. (dan siapa pula yang memberi namanya "telur"?)

  • Kenapa dalam peti sejuk ada lampu di ruang penyejuk tapi tiada lampu di ruang pembeku (freezer)?

  • Kalau seseorang bertanya "pukul berapa sekarang?" dia akan tunjuk pada lengannya tapi kalau dia tanya "tandas di mana?" dia tunjuk kat mana ?

  • "Corn oil" dibuat daripada jagung, "vegetable oil" dibuat daripada sayuran. "Baby oil" dibuat daripada apa?

  • Kenapa lagu "A B C D E F G..." (alphabet song) sama melodinya dengan lagu "Twinkle, Twinkle Little Star"?

  • Kenapa jika lif lambat sampai, anda akan tekan butangnya berkali-kali?

Sesiapa yang mempunyai semua jawapan untuk semua soalan di atas bolehlah mengirimnya ke balai raya yang berdekatan dalam sampul surat berbentuk segi tiga yang berwarna belang hitam dan merah. Tiada hadiah disediakan.

Thursday, November 6, 2008

One Drop Perfume

ONE DROP PERFUME
Gunakan tanpa was-was

Egyption Portion atau lebih dikenali dengan nama One Drop Perfumes merupakan koleksi perfume berasaskan minyak tanpa alkohol yang boleh digunakan tanpa was-was. Koleksi perfume ini diinspirasikan dari koleksi wangian terkemuka di dunia seperti:


Calvin Klein, Ralph Lauren, Estee Lauder, Jennifer Lopez, Narciso Rodrigues, Yves Saint Lauren, Davidoff, Body Shop, Lancome, Gucci, Kenzo, Cacharel, Lancome, J'adore, Dior, Hugo Boss, Chanel, Dolce & Gabbana, Coty, Elizabeth Arden, Paris Hilton, Hugo Boss, Chanel, Giorgio Armani, Lolita Lempicka, One Drop Perfumes, Amouage, Montana, Yohji Yamamoto, Givenchy, Bvlgari, Versace, Issey Miyaki, Aramis, Guy Laroche, Gaultier, J.P.

Sebotol Minyak Wangi Boleh Pakai 80 Kali

  • Best Value For MoneyRM 40.00 ( 2.75ml x 8 Perfumes Setiap 1 Kotak )

  • Best Quality – Inspired By Top Designers' Perfumes

  • Long Lasting – Lasting Throughout The Day With Only One Application

  • Alcohol Free – Pure Fragrance Without Alcoholic Compound, Water Nor Other Commercial Fillers (Gunakan tanpa was²)

  • For Souvenir – Handy Packaging And Portable (Boleh dibawa ke mana²)



SET 1 - Biru (Men)

Perfume No.1: Inspired by Black, Bvlgari
Perfume No.2: Inspired by Blue Jeans, Versace
Perfume No.3: Inspired by CK One, Calvin Klein
Perfume No.4: Inspired by Eternity, Calvin Klein
Perfume No.5: Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
Perfume No.6: Inspired by Acqua di Gio, Giorgio Armani
Perfume No.7: Inspired by Issey Miyaki, Issey Miyaki
Perfume No.8: Inspired by Hugo Men, Hugo Boss



SET 2 - Oren (Men)

Perfume No.1: Inspired by Boss Signature, Hugo Boss
Perfume No.2: Inspired by Echo, Davidoff
Perfume No.3: Inspired by Tuscany per Uomo, Aramis
Perfume No.4: Inspired by Cool Water, Davidoff
Perfume No.5: Inspired by Drakkar Noir, Guy Laroche
Perfume No.6: Inspired by Allure Pour Homme, Chanel
Perfume No.7: Inspired by Le Male, J.P. Gaultier
Perfume No.8: Inspired by Pleasures for Men, Estee Lauder



SET 1 - Hijau (Woman)

Perfume No.1: Inspired by Escape, Calvin Klein
Perfume No.2: Inspired by Romance, Ralph Lauren
Perfume No.3: Inspired by Pleasure, Estee Lauder
Perfume No.4: Inspired by Still, Jennifer Lopez
Perfume No.5: Inspired by For Her, Narciso Rodrigues
Perfume No.6: Inspired by Baby Doll, Yves Saint Lauren
Perfume No.7: Inspired by Cool Water for Women, Davidoff
Perfume No.8: Inspired by Apple Blossom, Body Shop



SET 2 - Ungu (Woman)

Perfume No.1: Inspired by Tresor, Lancome
Perfume No.2: Inspired by Envy, Gucci
Perfume No.3: Inspired by Kenzo Flower, Kenzo
Perfume No.4: Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
Perfume No.5: Inspired by Gloria, Cacharel
Perfume No.6: Inspired by Miracle, Lancome
Perfume No.7: Inspired by J'adore, Dior
Perfume No.8: Inspired by Intense, Hugo Boss



SET 3 - Merah Jambu (Woman)

Perfume No.1: Inspired by CK Be, Calvin Klein
Perfume No.2: Inspired by Be Delicious, DKNY
Perfume No.3: Inspired by Light Blue, Dolce & Gabbana
Perfume No.4: Inspired by Vanilla Musk, Coty
Perfume No.5: Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
Perfume No.6: Inspired by Women Boss, Hugo Boss
Perfume No.7: Inspired by Palace, Paris Hilton
Perfume No.8: Inspired by Poeme, Lancome



SET 4 - Merah (Woman)

Perfume No.1: Inspired by Coco Mademoiselle, Chanel
Perfume No.2: Inspired by Aqua di Gio (Women), Giorgio Armani
Perfume No.3: Inspired by Lolita Lempicka, Lolita Lempicka
Perfume No.4: Inspired by Baby Jesz, One Drop Perfumes
Perfume No.5: Inspired by Gold, Amouage
Perfume No.6: Inspired by Montana "Parfum de Peau", Montana
Perfume No.7: Inspired by Yohji, Yohji Yamamoto
Perfume No.8: Inspired by Amarige, Givenchy



*Cepat²..sementara stok masih ada~
*Beli lebih dari 1 @ banyak boleh runding lagi harga tu.
*Penghantaran boleh melalui pos @ by hand. (harga pos bdasarkn harga pos timbang)
*Agen dialu-alukan.
*Berminat?? - Emel : reezqeenos@yahoo.com

Monday, October 6, 2008

Hindraf Vs Kerajaan Malaysia

MEREKA pernah mencetuskan huru-hara di ibu negara apabila mengadakan demonstrasi jalanan, mereka pernah menyambut hari jadi di bangunan Parlimen dan terbaru mereka melakukan tindakan biadap pada Majlis Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri² Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Itu adalah antara perkara yang pernah dilakukan oleh pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf), tetapi entah apa istimewanya mereka sehingga kini pertubuhan haram itu masih bergerak aktif biarpun beberapa pemimpin mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setakat ini perakuan Hindraf sebagai pertubuhan haram hanya di bibir sahaja belum ada langkah yang benar-benar konkrit bagi melumpuhkan sama sekali pertubuhan haram yang ekstrem tersebut. Justeru Hindraf merasakan mereka kebal daripada undang-undang, biarpun tidak sah tetapi masih boleh melakukan apa sahaja termasuk bertindak kurang ajar di majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan persoalan apakah istimewanya Hindraf? Adakah ia lebih istimewa daripada Al Arqam - satu pergerakan Islam yang bukan sahaja diisytiharkan haram dan pemimpinnya ditahan di bawah ISA malah segala asetnya dirampas sehingga pertubuhan tersebut lumpuh sama sekali.

Tetapi Al Arqam 'dikuburkan' kerana kerajaan mahu memastikan ajaran songsang yang dibawa oleh pergerakan itu tidak menggugat keharmonian kaum di negara ini. Walaupun kerajaan tahu Al Arqam adalah sebuah pertubuhan Islam dan dianggotai oleh 100 peratus orang Melayu tetapi kerajaan tetap bertindak, ertinya tiada tempat bagi mana-mana puak atau golongan yang cuba memperjuangkan pendekatan agama atau kaum yang melampau.

Namun bagaimana dengan Hindraf. Apakah tafsiran yang boleh diberikan oleh satu kumpulan yang terang-terang bukan sahaja menggunakan nama agama malah bertindak cukup 'berani' bagi memperjuangkan kelompok mereka.

Bayangkan kalaulah orang Islam yang bertindak seperti mana Hindraf sudah pasti mereka akan dilabelkan sebagai ekstremis atau pelampau sehingga semua orang takut dengan perbuatan mereka.

''Apa salahnya kalau kita juga menggunakan istilah 'pelampau' ke atas Hindraf kerana tindakan mereka benar-benar berbaur perkauman dan boleh mencetuskan huru-hara di negara ini, apa istimewanya Hindraf ini sampai kerajaan dilihat takut untuk bertindak," kata seorang rakan yang menghantar pesanan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada penulis bagi membantah kebiadapan Hindraf itu.

Pendekatan ekstrem

Pandangan seumpama ini seharusnya dipandang serius oleh kerajaan dan tidak lagi berlembut dalam berhadapan dengan Hindraf yang ternyata dari semasa ke semasa terus menggunakan pendekatan ekstrem bagi memastikan tuntutan mereka dipenuhi.

Tindakan di PWTC adalah amaran awal bahawa Hindraf adalah satu kumpulan yang tidak tahu menghormati orang lain. Mereka akan bertindak apa saja bagi menunjukkan kononnya merekalah perjuang kaum yang sebenar.

Walaupun mereka tahu bahawa tindakan seperti itu boleh mencetuskan ketegangan tetapi mereka tidak peduli lantaran tahu ramai ahli politik yang kemaruk kuasa akan menyokong tindakan tersebut.

Ahli-ahli politik ini atas alasan menentang ISA akan menganggap bahawa tindakan Hindraf bertujuan membela nasib keluarga tahanan. Lebih malang lagi ada ahli politik yang mengamalkan sikap lidah bercabang apabila pada mulanya menentang Hindraf tetapi kini menyokong pertubuhan 'ekstrem' itu semata-mata tidak mahu menjejaskan sokongan politik kepadanya.

Penulis berani berkata demikian kerana jiran-jiran di Kedah hampir 70 peratus adalah kaum India. Ketika berbual dengan mereka pada hari tercetus kejadian di PWTC, mereka juga berasa marah dengan tindakan Hindraf itu yang dianggap boleh menimbulkan ketegangan antara kaum, malah sebelum ini pun mereka sudah menganggap bahawa Hindraf tidak mewakili semua kaum India di negara ini.

Oleh itu Hindraf tidak boleh terus 'diberi keistimewaan' seolah-olah mereka adalah pertubuhan haram 'yang dibenarkan'. Ertinya biarpun dianggap haram tetapi bebas melakukan apa sahaja tindakan sehingga menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.

Rakyat sudah bosan mendengar amaran demi amaran diberikan oleh pihak berkuasa. Apa yang rakyat mahu lihat sekarang ialah tindakan.

Justeru pengisytiharan Hindraf sebagai pertubuhan haram oleh kerajaan amat penting dan mereka harus dikenakan tindakan sama seperti yang dialami oleh Al Arqam.

Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak harus mengambil masa terlalu lama untuk tujuan itu. Segala kekhuatiran kaum lain terutamanya orang Melayu mengenai kebiadapan dan 'keganasan' Hindraf harus diletakkan noktah.

Hindraf adalah pertubuhan haram yang mampu bertindak lebih agresif jika dibiarkan. Apa istimewanya Hindraf sehingga ia seolah-olah akan dibiarkan bertindak lebih agresif lagi baru tindakan akan diambil? Dalam mengambil tindakan terhadap Hindraf, perhitungan politik tidak harus diambil kira.

Hindraf hanyalah satu pertubuhan yang diwujudkan oleh sekelompok kecil manusia yang datang daripada kaum India. Terdapat jutaan lagi kaum India di negara ini yang tidak menyokong mereka.

Oleh itu kerajaan tidak harus bimbang untuk mengambil tindakan kerana apa yang lebih penting ialah keselamatan negara dan perpaduan kaum harus dipertahankan.

Hindraf diwujudkan berikutan perkembangan politik semasa. Mereka memahami dalam keadaan kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen kerajaan mungkin akan berhati-hati dalam tindakannya kerana memikirkan sokongan politik, dulu tidak ada pertubuhan 'pelampau' seperti ini.

Tetapi sekarang apabila mereka melihat kuasa politik kerajaan semakin lemah maka wujud-wujud puak-puak berkenaan. Kelompok ini semakin 'naik tocang' apabila ada parti pembangkang yang berjanji akan membebaskan tahanan ISA termasuk daripada Hindraf jika mereka memerintah kerajaan pusat.

Kenyataan itu seolah-olah memberi perakuan bahawa Hindraf perlu diberi keistimewaan biarpun ia adalah sebuah pertubuhan haram yang ditubuhkan berasaskan perjuangan di jalanan bagi mencapai matlamat mereka.

Ahli-ahli politik yang menyokong Hindraf ini ternyata tidak boleh dipercayai dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan politik. Kalau beginilah sikap ahli politik kita maka jika mereka benar-benar berkuasa akan wujud lebih banyak lagi kumpulan bersikap radikal seperti Hindraf.

Bagaimanapun buat masa ini kerajaan perlu menangani masalah Hindraf dengan tegas. Adalah jelas mereka pelopor kepada satu perjuangan yang sempit. Jika kelompok ini dibiarkan perpaduan kaum di negara ini mampu tergugat di masa depan.

Setakat ini tiada siapa pun boleh memberi jaminan bahawa pertubuhan-pertubuhan kaum lain akan hanya berdiam diri jika Hindraf terus bersikap biadap. Kita bimbang tindak tanduk Hindraf akan mendapat tindak balas daripada kaum lain terutamanya orang Melayu. Apa yang dinyatakan bukanlah bertujuan untuk mencetuskan perasaan perkauman tetapi inilah hakikatnya yang akan berlaku kalau sebuah pertubuhan haram seperti Hindraf seolah-olah diberikan keistimewaan.

Oleh itu sebelum terlambat bertindak tegaslah kerana kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kegagalannya memusnahkan 'benih-benih' kelahiran Hindraf pada pertengahan tahun lalu yang akhirnya mewujudkan suasana sekarang.

Justeru seperti mana kata seorang rakan yang juga seorang peguam, kelompok minoriti yang mahu menganggu gugat keharmonian antara kaum yang sedia terjalin di negara ini adalah 'ancaman' kepada keamanan. Justeru tindakan undang-undang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan perpaduan nasional. - sumber Utusan Malaysia

Komen:
Bengong punye Hindraf.. Menyusahkan aje.. Krn Hindraf, org India yg lain plak malu~

Friday, September 26, 2008

Mat Jenin Ker Mat Kucar Kacir??

GOMBAK - Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dari daerah itu, semalam membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas lima sebab di Balai Polis Gombak, Batu 6, semalam.

Laporan polis yang diketuai Ketua Sekretariat badan itu, Mohamad Mustafa Latif, berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana beliau (Anwar) mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan yang sah diberi mandat oleh rakyat melalui sistem pilihan raya dengan usaha-usaha mengambil alih kuasa pentadbiran secara paksaan, tidak bermoral dan tidak beretika seperti cubaan menyogok Ahli-ahli Parlimen supaya melompat parti.

Anwar juga dakwanya, berbohong dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan memenangi pilihan raya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini selain dikatakan menimbulkan situasi ketidakstabilan politik dalam negara dengan berbagai tohmahan, pembohongan dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat.

“Anwar pernah menyatakan kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) dan negara juga tidak mempunyai daya saing,” katanya yang ditemani Naib Ketua UMNO Gombak, Said Anuar Said Ahmad, Majlis Belia Daerah Gombak, Fadhli Mansor dan Omar Sudi Abdul Manap ketika membuat laporan polis berkenaan

“Anwar telah menimbulkan suasana keresahan dan ketegangan yang boleh memudaratkan perpaduan dan hubungan di antara kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mustafa, pihaknya memohon kerajaan dan pihak polis supaya tidak sesekali berkompromi dalam hal berkaitan keselamatan rakyat dan negara serta mengambil tindakan terhadap Anwar yang dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara termasuk menggunakan Akta ISA bagi membendung kegiatan beliau.

Tambahnya, tindakan ini (laporan polis) adalah langkah pertama dari Barisan Bertindak Gombak dan dalam masa yang terdekat akan mengadakan kempen mendapat tandatangan orang ramai untuk mengemukakan petisyen kepada kerajaan termasuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bagi menjamin keselamatan awam.

Sebelum membuat laporan polis, lebih 35 orang daripada barisan bertindak itu berkumpul di hadapan balai polis sambil memegang kain rentang.

Bagaimanapun perbuatan mereka yang seolah-olah berpiket secara haram telah menimbulkan rasa kurang senang Ketua Balai Polis Gombak, Cif Inspektor Wan Khalid Wan Omar yang kemudiannya menasihati mereka supaya beredar dari tempat itu.

Dalam pada itu pada hari yang sama juga Ketua Pemuda Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (Perkib) Malaysia Wilayah Persekutuan dan Selangor, Ikram Othman turut membuat laporan polis berhubung Anwar pada jam 1 petang di Balai Polis Wangsa Maju.

Ikram berkata, pihaknya membuat laporan polis terhadap Anwar kerana beliau (Anwar) telah mengkucar-kacirkan keadaan negara dan mengelirukan rakyat.

“Tindakan pembohongan beliau telah menyebabkan campur tangan negara luar mengenai urusan dalaman Malaysia dan rakyat mengalami perpecahan terutama kaum Melayu,” katanya.
-sinar


Komen:
Nampknye semua pihak dh mule muak, bosan, menyampah, menyirap dll yg sewaktu dgnnye pd DSAI ni.
Berjanji mmg mudah tp bile nk realisasikan mmg payah. Seumpama membuat loan, masa nk pinjam janji manis je nk byr monthly tp bile tibe masanye perghhh~ 1002 alasan yg keluar.
Lepas ni apa plak janji yg DSAI nk janjikan pd kita..?

Ekonomi plak makin kurang baik, bile aku ckp psl DSAI la punca ekonomi tak menentu kt M'sia ni, ramai plak yg bela dia.. Kenapa sukar sgt nk terima kenyataan yg DSAI tu mmg penyumbang utama pd ketidakstabilan ekonomi negara.
Pelabur tak berani nk melabur dlm negara psl keadaan politik negara kurang stabil dsbbkn ada ura² bakal bertukar k'jaan. Mgkin bile keadaan dh normal @ 'kjaan baru' ditubuhkn br la keadaan ekonomi stabil skit kot.

Tp satu sje boleh dikatakan ialah 'berhenti berharap'
Masih ada yg berharap~;p

Wednesday, September 24, 2008

Keluarga 69 (lawak)

Beberapa tahun lalu, ketika aku berusia dua puluh tiga. Aku menikahi seorang janda yang parasnya menggoda. Janda ini memiliki anak perempuan berambut merah. Ayahku jatuh cinta dengannya, maka mereka pun bernikah.

Hal ini menjadikan ayahku menantuku dan mengubah hidupku. Anakku menjadi ibuku, sebab dia adalah isteri ayahku. Menambah kerumitan hidupku, meskipun membuatku senang, Aku segera menjadi ayah dari seorang bayi yang tenang

Bayiku kemudian menjadi saudara tiri ayah, jadi dia adalah pakcik ku, meski pun kelihatannya payah. Kerana dia adalah pakcik ku, maka dia juga saudara laki-laki, dari anak perempuan janda, yang mana bagiku dia ibu tiri.

Isteri ayahku kemudian mempunyai anak, menjadikan bertambah lucu yang kemudian jadi cucuku kerana dia anak dari anak tiriku.

Isteriku sekarang adalah ibu dari ibu tiriku, sebab meskipun dia adalah isteriku, dia juga adalah nenekku. Jika isteriku adalah nenekku maka aku adalah cucunya. Setiap kali memikirkannya, aku jadi tambah gila. Kerana sekarang aku menjadi kusut memikirkan apa yang terjadi, sebab sebagai suami nenekku,aku juga menjadi abangku sendiri.


Hahahaha~

BPR byk keje~

Tak Percaya Pun Takpa~

Aku dpt sms dr kenalan aku ttg produk yg dikhuatiri mengandungi susu yg didapati telah menyebabkn kematian kanak² di China krn sakit batu karang.

Antara produknye ialah :

M&M, Snickers,
Mento's Yogurt Bottle,
Dove Choc,
Oreo Wafer Sticks, Monmilk,
Dutchlady Sterilised Milk,
Walls All Natural Mango,
Mini Poppers Ice Cream,
Magnum Ice Cream, Moosandwich Ice Cream,
Mini Cornetto,
Youcan Ice Cream.


Tp aku tak sure la samada produk yg disenaraikan ni betol @ tak. Mungkin ada sesetengah pihak sengaja mengambil kesempatan utk menjatuhkan sales produk² di atas dan jika difikir secara posiftif pula mungkin juga ade pihak yg prihatin akan permasalahan ni & takmo kejadian buruk tersebut terjadi di M'sia.

K'jaan pun dah bagi jaminan tiada produk yg menggunakan susu tersebut terlepas masuk ke M'sia. Apa yg penting, kita berhati² shj la dan jgn lupe baca doa mkn & bismillah~. Insyallah segala kemungkinan takkan terjadi.

Tuesday, September 16, 2008

angan² mat jenin

Kata mereka 16hb September 2008 akan berlaku pertukaran k'jaan baru. Tarikh diambil bersempena dgn penubuhan Malaysia. Harmoni & sejagat katanya.


Kata wakil mereka yg ke Taiwan kononnya nk memujuk ahli² parlimen berpaling tadah. Usaha ke sana berjaya dan dijangka akan berlaku semuanya hari ini cuma bergantung kpd usaha² teknikal shj.


Kata mereka lagi, nk kene berunding dgn kepimpinan negara mengenai isu pertukaran k'jaan baru. Rundingan bagi memastikan peralihan kerajaan berlaku secara aman.


Kata aku pula. Kalo tak bole nk laksana, jgn berjanji mcm². Org yg memungkiri janji diumpamakan sbg org munafik.

Lama² org dh muak & menyampah.

Wednesday, September 10, 2008

eeiii bodohnye~














Ehhh ape dh jadi ni org MELAYU atas tuuu??
Asyik mengalah shj dgn kaum lain. Dorg salah, kite mintak maaf??
Cilaka punye kafir !! Mmg betol ape next next next next Perdana Menteri adalah ORANG MELAYU..
Rujuk balik sejarah M'sia & perjanjian Jus Soli antara kaum yg 'berhijrah' ke tanah Melayu. Kaum lain tidak bole mempertikaikn hak² istimewa org Melayu. Dan semestinya orang Melayu adalah tuan kepada tanah Melayu !!!

Bodohhh la kalo kita asyik mengalah dan menghukum anak bangsa kita sdr !!
Pak Lah jgn la asyik 'angguk' aje nk jaga hati org lain sdgkn bangsa sdr tertindas..sbb tu la org marah sgt dgn hang..

Cube tgk zaman Tun Mahathir, ada sapa² berani lawan UMNO, ada sapa yg berani nk pertikai hak Melayu??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...