Full Width CSS

Jangan Beli @ Makan Ikan Buntal~

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau memakan ikan buntal berikutan berlakunya enam kes keracunan makanan akibat memakan telur atau isi ikan itu yang dilaporkan sejak dua bulan lepas.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, dua daripada 36 mangsa berkenaan meninggal dunia dalam kejadian berasingan di Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Pontian.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengeluarkan notis larangan penjualan ikan buntal kepada orang awam di semua pasar dan premis di seluruh negeri berkenaan.

“Ikan buntal mempunyai racun semula jadi iaitu tetradoxin yang terdapat banyak dalam hati, ovari dan usus ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, racun ikan itu sangat berbahaya dan tidak dapat dimusnahkan dengan suhu, malah boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius dan boleh membawa maut. - Bernama


Ulasan

Makanlah ikan lain utk sementara waktu ni. Harga ikan belom naik lagi. Makanlah sepuasnye~

Post a Comment

0 Comments