Full Width CSS

Akhirnya Jatuh Ke Tanah Juga














Merujuk gambar di atas, 2 wajah berbeza penjenayah perang yg paling dikehendaki PBB iaitu Radovan Karadzic. Gambar kiri merupakan gambar terbarunya ketika ditangkap kelmarin.

Dia merupakan pemimpin Serb Bosnia itu, yang didakwa terlibat melakukan pembunuhan etnik di Bosnia pada 1992-1995, berjaya ditahan selepas hampir 13 tahun melarikan diri daripada tribunal jenayah perang PBB.

Dia juga dipercayai melakukan jenayah perang spt merogol, pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain lg spt yg kita lihat kesan sengasara rakyat Bosnia.

Sepanjang berkuasa, kira-kira lebih 11,000 orang telah terkorban di wilayah Balkan itu. Tentera Serb Bosnia dipercayai telah membunuh lebih 8,000 orang Islam yang terperangkap dalam wilayah Grbavica yang dikuasai puak Serb.

Penjenayah perang yang paling dikehendaki ini dilaporkan bekerja di sebuah klinik menggunakan nama palsu serta mengubah identiti dirinya dengan berambut panjang dan berjanggut lebat berwarna putih.

"Karadzic telah mengunakan dokumen palsu dengan nama Dragan Dabic dan dia sebenarnya bukanlah warga Serbia, malah taktik penyamaran yang digunakannya sangat meyakinkan," kata Menteri yang bertanggungjawab mengenai kerjasama dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia, Rasim Ljajic.

Ujar beliau, Karadzic menyara hidupnya dengan terlibat dalam perubatan alternatif di sebuah klinik swasta dan alamat terakhirnya ialah di New Belgrade.

Kali terakhir Karadzic dilihat di tempat umum ialah di bandar Han Pijesak, timur Bosnia pada Julai 1996 dan disyaki menyembunyikan diri di negara yang dikawal Serb seperti di Bosnia, Montenegro dan Serbia.

Post a Comment

0 Comments