Full Width CSS

Kurang Ajaq~

KUALA LUMPUR 2 Julai - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee memutuskan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana tidak menghormati Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ronald bagaimanapun menolak usul yang dibentangkan oleh Razali Ibrahim (BN-Muar) di bawah Perkara 26(h) dibacakan sekali dengan Perkara 88 (a) Peraturan Mesyuarat kerana tidak sesuai.

Beliau meminta ahli-ahli Parlimen merujuk Gobind ke jawatankuasa itu melalui peraturan mesyuarat lain.

Tindakan untuk merujuk Gobind ke jawatankuasa tersebut berikutan kenyataannya di luar Dewan Rakyat bahawa dia tidak memohon maaf kepada Pandikar Amin.

Pandikar Amin semalam memberitahu, Gobind telah datang ke biliknya untuk memohon maaf atas tindakannya tidak menghormati beliau pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu menyebabkan Ahli Parlimen Puchong itu dihalau keluar dan tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat selama dua hari.

Perkara ini diulangi semula oleh Gobind pada sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ronald bertanya sama ada beliau ada memohon maaf kepada Pandikar Amin semalam dan dengan selamba Gobind menyatakan tidak ada memohon maaf.

Ini menyebabkan ahli-ahli Parlimen BN bangkit menggunakan peraturan mesyuarat untuk merujuk Gobind ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.


Ulasan

Apela masalah dia ni, sengal tak bertempat. Susah sgt ker nk ngaku yg dia dh mintak maaf?? Jatuh martabat ker kalo nk ngaku? Ni la dikatakan kurang ajar tak bertempat.

Penat-penat pengundi pilih ko, suh jd wakil @ suara rakyat tp bile dh jd ahli Parlimen ko lupe diri plak. Pastu nk blagak jd hero plak.. Hero la sangat~ Poyo ade la..

Org mcmni la patut campak ke laut.

Post a Comment

0 Comments