Full Width CSS

Batalkan Atau Ambil Tindakan Undang²

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pelbagai pihak mendesak Majlis Peguam supaya membatalkan penganjuran forum awam bertajuk Memeluk Islam kerana ia dikhuatiri menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Badan profesional guaman itu turut dibidas kerana memberi perhatian yang keterlaluan sejak kebelakangan ini kepada isu-isu sensitif yang boleh mengundang syak wasangka.

Presiden Persatuan Peguam Muslim, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, jika isu berkaitan agama Islam mahu dibincangkan, ia perlu dibuat antara Majlis Peguam dengan pihak berwajib, bukannya melalui forum awam.

Katanya, perbincangan isu sensitif melalui forum awam itu pada Sabtu ini boleh menyebabkan ada pihak yang berasa marah dan tidak berpuas hati.

“Negara kita mempunyai Akta Hasutan, jika berlaku kemarahan kaum dan penganut agama Islam, Majlis Peguam perlu bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu Majlis Peguam dianggap oleh banyak pihak sebagai badan yang menghasut. Ahli-ahlinya merupakan golongan profesional... jika ada masalah bawalah berbincang kerana kerajaan hari ini cukup terbuka,” kata Abu Zahar ketika dihubungi di sini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap Majlis Peguam supaya tidak ‘bermain api’ dengan menganjurkan forum awam bertajuk Memeluk Islam pada Sabtu ini.

Forum itu dijangka menyentuh peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Forum itu juga akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes berkaitan pertukaran agama di negara ini.

Abu Zahar berkata, beliau selaku ahli Majlis Peguam turut dukacita dengan tindak tanduk kepimpinan badan itu yang memberi lebih perhatian kepada isu-isu sensitif berbanding kebajikan para peguam di negara ini.


Ulasan

Dlm soal yg bole menggugat keharmonian rakyat & keselamatan negara, seharusnya 'MP' lebih peka akan perkara yg akan berbangkit kesan drpd forum yg bakal dianjurkn ini. Isu yg dibangkitkn dlm forum adalah sgt tidak sesuai dgn masa skg ini dan ia akan menjadi sensitif sekiranya kesan yg dibincangkn mendatangkn hasil yg negatif.

Mengapakah harus dibincangkn ttg perkara Memeluk Islam? Mengapa tak dibincangkn ttg permasalahan lain contohnya sesuatu perkara yg bole menjana sumber pendptn negara. Mengapa mst Islam dibincangkn? Adakah MP sdg bermain dgn api ataupun mahu menunjukkn diri mereka adalah hero krn tiada siapa akan mengambil tindakan dr apa yg mereka lakukan.

Mungkin pd mereka undang-undang negara & sensitiviti rakyat tidak brape penting krn mereka yg terlalu ' lebey pandai' ttg hal² ini.

Sy yakin, tiada siapa akan berani menegur MP ni krn kita dibelenggu dgn undang² & akta. Tetapi sedar @ tidak mereka sbenanye yg mengawal & mengatur undang² & akta negara ini. Pihak berkuasa harus tegas kpd sesiapa yg cuba menggugat keharmonian negara ini.

Bertindak dahulu sebelum sesuatu berlaku.

Post a Comment

0 Comments