Full Width CSS

MCMC Bertindak~

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menerbitkan kandungan ganas dan tidak sopan mengenai kaum dan agama.

Mana-mana perlakuan yang melanggari undang-undang Malaysia secara dunia offline juga mengandungi kesalahan dalam dunia online, termasuk Internet.

Suruhanjaya itu juga menggesa ibu bapa dan penjaga memantau penggunaan Internet oleh budak-budak dan remaja agar mereka tidak dipengaruhi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan di sini hari ini, MCMC juga mengingatkan pengguna tapak rangkaian sosial Internet berhati-hati mengenai jenis maklumat mereka pilih untuk disiar atau diterbitkan secara dalam talian kerana individu mungkin menggunakan maklumat ini terhadap mereka pada masa akan datang.

“MCMC sangat bimbang dengan insiden tidak bertanggungjawab dan beretika menggunakan Internet, khasnya ulasan dalam blog. Internet adalah alat berpengaruh untuk pembangunan tetapi malangnya disalahgunakan oleh sebilanagn kecil mereka yang tidak bertanggungjawab dan individu yang tidak beretika,” katanya.

Ia menyatakan MCMC sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dalam penyiasatan. - Bernama

Komen : Patotnye dlu lg MCMC amek tindakan tegas pd blogger² yg suke buat hal ni. Tp jgn ckp je skg pasni biarkan je bile ade isu baru la nk amek tindakan mcm ckp tarak serupa bikin la kan..


Post a Comment

0 Comments