Friday, May 30, 2008
Kpd Perempuan Khususnya~
benda ni betul2 terjadi kat penang..korang ingat lagi x dgn kes Ms Canny
Ong yang dirogol dan dibunuh??
hmm..ader sorang pompuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk
isi mnyak..sebaik saja dia siap isi mnyak tu dan nak beredar,seorang pekerja
kat situ buat pngumuman yang kad kredit pompuan ni ad problem sket..pekerja tu
suruh pompuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi pompuan ni confused la sbab
transaksi mnunjukkan yang pmbayaran kad kredit dier diluluskan dan xder msalah
paper pon..
so pompuan tu bgtau la pkerja tu dan dia pon bersedia nak
beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia
masuk dalam..pompuan tu pon decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje die
msuk kat dlam..dia mula marah kat pkerja tu..
lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nk tau aper??
sbenarnya msa pompuan tu dok isi mnyak,pkerja tu nampak ada laki
mnyelinap kat blakang keta pompuan tu dan pkerja tu dah pon tepon polis..
pompuan tu pon apalagi,takut r..dia pon try intai dan dia nampak pintu keta
dia terbuka dan laki tu kluar dari keta dia..hmm..
ada laporan yg mngatakan yg skang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk keta orag pompuan masa pompuan tu tgh pump gas atau beli
brang kat kdai TGH2 MLAM!! kemudian,diorang akan potong kaki
pompuan tu untuk mmudahkan diorang culik dan bunuh pompuan tu..
satu cra lagi plak,diorang akan msuk kedalam keta yg xder orang n x berkunci
kemudian culik pompuan tu dan bunuh diorang..
korang pass la msg ni kat mna2 pompuan yg korang knal.. bg org pompuan plak,be xtra careful n kalo bley,jgn kuar sorang2 tghh malam.. lagi elok,x yah kuar langsung mlam2..
mesejnya:
1. Selalu la kunci pintu keta wlaupun korang rasa korang nk kuar jap jer..
2 Check bwah keta waktu korang nak balik ke keta lpas selesai urusan korang..
3 Always be aware of your surroundings and other individuals in your general vicinity, particularly at night!
4 Sebaiknya jgn keluar malam..
ulasan,
walaupun aku tak tau kesahihan citer ni tp kpd para pembaca silalah berhati-hati sentiasa. takot nnt malang tak berbau.
Thursday, May 29, 2008
Wednesday, May 28, 2008
Next Train Will Be Arrived In 5 Hour !!!
Video ni aku dpt dr emel. So agak teruja gak la tgk dorg ni berhimpit-himpit naik train smpai ade pekeje stesen tu tlg sumbat-sumbatkn penumpang. Pelik tp benar. Layan~
Paku Dinding
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
Friday, May 23, 2008
Minyak ohhhh Minyak~
LONDON 22 Mei – Harga minyak mentah dunia terus meningkat lagi hari ini mencecah paras ketinggian baru melebihi AS$135 (RM432) setong ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.
Minyak mentah Brent North Sea melonjak ke paras tertinggi baru kepada AS$135.13 (RM432.41) setong dan penanda aras pasaran, harga minyak berkualiti tinggi Light Sweet New York merekodkan harga tertinggi baru pada AS$135.09 (RM432.28) setong.
Harga minyak di pasaran hadapan telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak awal tahun ini apabila ia buat kali pertama mencapai paras AS$100 (RM320) setong.
Ini berikutan ketidaktentuan senario politik di negara pengeluar minyak, pengurangan stok bahan tenaga, keengganan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan pengeluaran, permintaan tinggi dari negara-negara Asia serta kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
Harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$130 (RM416) semalam sebelum terus mengalami peningkatan berikutan berita mengenai kejatuhan stok simpanan tenaga AS minggu lepas.Ulasan
Sekarang ni dh tibe masanya kita mencari alternatif lain menggantikan petrol. Lebih mudah jika semua kenderaan di M'sia menggunakan Natural Gas Vehicle (NGV). Lebih jimat lebih baik. Bayangkan jarak perjalanan sejauh 200KM dgn hanya bermodalkn RM8.00 shj. Kan jimat tu.
Mungkin kos pemasangannye menelan belanje yg besar tp faedah nya adalah lebih baik utk jangka masa panjang. Walaupun NGV ni masih baru diperkenalkn kpd kenderaan persendirian tp ia mmg menguntungkn pengguna dan pemilik kereta terutamanya. Semua kenderaan bole gune NGV ni kecuali motosikal la..
Kalo pakai kete petrol & NGV skali, korg leh jimat 25% road tax dan byk lg ar faedah korg leh dpt. Cube try usha web page NGV ni www.ngv.net.my
Thursday, May 22, 2008
Bola Yg Bulat

Ade cerita kononnya Christiano Ronaldo (gambar) akan berhijrah ke kelab Real Madrid selepas tamat musim ni. Tp setahu aku, dia ni kontrak dgn Manchester United smpai 2012.
Bagi aku kalo dia pindah ke Real Madrid mungkin nasib dia akan jd mcm superstar-superstar yg pernah main dgn kelab Real Madrid mcm David Beckham, Ronaldo, Roberto Carlos, Figo dll.
Sebabnya Real Madrid ni bkn la kelab yg kuat sgt tp disebabkn dlm Liga Spain, kelab ni la yg paling popular kot. Bile dilihat semula pd bekas-bekas pemain Real Madrid, semua nya bersepah-sepah berhijrah.
So kalo Ronaldo ni amek keputusan nk blah gak, aku tak kisah. Sbb Manchester United tetap kelab Pujaan Hatiku~
Parlimen dan Hindraf
Akbar harian hari ini menyiarkan berita berkenaan tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang yang sengaja membuat gimik bodoh di lobi Parlimen. Mereka sengaja mengadakan majlis hari lahir anak seorang pemimpin Hindraf.
Tindakan ini, bole dianggap keterlaluan kerana institusi Parlimen yg dilindungi tercemar dan tidak lg dihormati oleh segelintir ahli parlimen yg taksub dgn pegangan politik mereka daripada menjalankn tugas sbg wakil rakyat.
Jika diingat kembali ape yg telah dilakukan Hindraf adalah sgt menyakitkn hati. Mereka inilah yg telah membuat kacau bilau di Kuala Lumpur. Mereka inilah juga yg mencemarkn nama baik M'sia di mata dunia. Mereka menjaja pelbagai cerita kononnya hak kaum India di M'sia telah diabaikn dan menyebabkn mereka terasa teraniaya di bumi M'sia ini. Jika begitu pandangan mereka, kenapakah ada dikalangan kaum mereka yg bole hidup berjaya dan mewah di M'sia? Adakah K'jaan menutup sekolah2 jenis Tamil?? Adakah hak mereka menganut Agama dan pegangan diganggu??
Mereka membuat pelbagai tuntutan yg bukan-bukan krn mereka tau K'jaan hari ini tidak tegas dan mereka anggap sbg K'jaan yg lembik dan lemah. K'jaan tidak perlu melatah dgn perkara-perkara yg dibangkitkn. Hindraf ini sengaja mencari kelemahan K'jaan agar mereka bole mengambil kesempatan.
Kelihatan K'jaan hari ini seakan-akan takut dgn Hindraf. Jgn biarkn mereka terus melakukan ape yg mereka suka. Negara ini negara yg berpelembagaan dan mempunyai undang-undang yg harus dipatuhi. K'jaan harus bertindak menangani Hindraf
Wednesday, May 21, 2008
Karpal Terima Ugutan
KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh menerima sebutir peluru hidup dalam satu sampul surat di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini semalam.
Sampul surat berwarna kuning dan tidak bernama itu diserahkan oleh seorang lelaki tidak dikenali kepada kerani wanita di firma itu pukul 12.30 tengah hari.
Karpal yang merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, lelaki berkenaan datang dengan motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh.
"Saya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi oleh kerani saya yang sedang bertugas di tingkat bawah sebelum lelaki itu meninggalkan firmanya dengan tergesa-gesa.
"Dia (kerani) yang tidak mengesyaki apa-apa telah membuka surat itu dan terkejut apabila melihat sebutir peluru berada di dalam sampul itu," kata beliau semasa ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas membuat laporan polis.
Menurutnya, selain peluru sampul itu juga mempunyai surat yang berbunyi;
"Karpal Singh, kau jangan cuba persoalkan keistimewaan orang Melayu, kau jangan cuba mempersoal kuasa raja-raja Melayu, kalau kau tak berhenti, peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau, ingat kau jangan lupa ini adalah amaran pertama!!!!."
Ulasan
Mungkin ini cara yg sebaiknya memberi amaran pd org-org yg memperlekehkn Ketuanan Melayu. Jika Karpal masih lg lantang bersuara, sy percaya sesuatu yg buruk akan terjadi pd dirinya yg terlalu berbangga yg apa yg dimilikinya skrg.
Karpal adalah org yg hebat bermain kata & fakta tetapi kata-katanya itu akan memakan diri suatu hari nnt.
"kerana mulut badan binasa"
Thursday, May 15, 2008
Guitar Hero III
Game yg aku nk citerkan ni, game Playstation 2 (PS2). Asalnye aku baru sebulan lebih layan game ni. Itupun lepas member-member opis yg kenalkan pd aku game ni. Sebenanye game ni dh lama keluar tp aku ni br tau (kurang up to date skit). Akan Dipelbagaikan
Ade yg mengutarakan secara peribadi, terima kasih diucapkan.
Bagaimanapun, sy akan pelbagaikan input utk blog ini pada masa akan datang. Tapi unsur politik dlm negara ini akan sy selitkn jua krn ia merupakan juga sebab blog ini diwujudkan.
Time kasih pd kawan-kawan dan pembaca yg support blog ini.
Md Riziqin Hill
Charity Drag Battle
A. 660 turboB. 850 - 1300 turbo
C.850- 1300 N/A,1500 N/A SOHC
D. 1.5 4G91 - 1.6 N/A , 1.6 LEVIN
E. 1.8 N/A
F. 1.6 mivec, , 1.6 four trottle and supercharge
G. 1.6 VTEC, 1.8 VTEC and 1.8 Mivec
H. 2 wheel Turbo and 2.0 VTEC
I. 4 wheel TURBO
J. 2WHEEL& 4wheel OPEN (BODY RENTUNG) (REG FEE RM50.. BOLEH PAKAI FULLY SLICK)
waktu pendaftaran 7.00 pagi - 9.00 pagi.
7.00 pagi hingga 9.00 pagi free running...
Rupenye Anwar Ibrahim Juga
“Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat. Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salah semua orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari Rabu bagi pihak Kementerian Pertahanan berhubung dengan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda TLDM oleh Dr. Wan Azizah.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan 27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember 1995 untuk tempoh 15 tahun.
Menurut perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru.
Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada tahun 2006.
Kesannya bagi memastikan enam buah kapal tersebut dapat diteruskan pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.
Pada tahap ini, Dr. Wan Azizah bangun bertanya apakah kriteria untuk memilih syarikat yang hendak diberikan kontrak itu pada awalnya.
Bingkas bangun sebelum Najib menjawab Ahli Palrimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyatakan soalan Dr. Wan Azizah tidak ada kaitan.
“Tadi yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval Dockyard diluluskan pada 11 Disember 1995. Kita tahu bahawa tidak ada satu penswastaan pun di
Ekoran soalan itu beberapa Ahli Parlimen BN kedengaran berkata “jawab…jawab”.
Maka, Najib menjawab “Setahu saya Menteri Kewangan pada ketika itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat”.
Dalam penggulunggannya juga Najib menjelaskan semua tuduhan yang dikaitkan dengan amalam rasuah dalam pembelian kapal selam oleh TLDM dan jet pejuang Sukhoi oleh TUDM.
Najib juga pada kesempatan itu turut menyentuh mengenai cubaan mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan warga
“Alhamdulillah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan fitnah yang
“Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini,” tegasnya.
Sumber Agenda Daily
Khidmat Kompang Lembah Klang
Khidmat kompang utk apa jua majlis, keramaian dan sambutan.Sekitar KL RM 200 - RM370 shj (siang atau malam)
Tempahan selewat-lewatnya 2 minggu sblm khidmat diperlukan - bergantung jika ada kekosongan.
(siapa cepat dia dpt)
-pengalaman 10 thn.
-terdiri drpd anak-anak muda lelaki berumur dr 15thn - 26thn.
-harga bole dirunding smpai puas.
Tangani Rasuah Tapi Merasuah
KUALA LUMPUR 14 Mei – Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, jumlah yang ditawarkan untuk beliau melompat menyertai parti pembangkang sangat besar hingga cukup untuknya “hidup senang-lenang sehingga tiga generasi.”
Beliau berkata, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh ‘utusan’ khas yang dihantar untuk bertemunya itu hanya akan didedahkan bila tiba masa yang sesuai.
“Utusan ini pun kawan-kawan juga. Saya tak mahu kata ia diutuskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi secara umum tak salah untuk beranggapan begitu kerana beliaulah yang beria-ia hendak tubuhkan kerajaan.
“Ada dua kali mereka berjumpa saya iaitu minggu lalu dan minggu sebelumnya,” kata Abdul Rahman kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, dalam ucapannya ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Rahman mendedahkan beliau telah ditawarkan sejumlah besar wang untuk menyertai parti pembangkang.
“Mereka datang jumpa kita kata hendak tubuh kerajaan yang bebas rasuah, tapi dalam pada itu mereka tawarkan habuan pula kepada kita. Bukankah itu sendiri satu bentuk rasuah?” jelasnyasumber : http://utusan.com.my
Tuesday, May 13, 2008
Ketuanan Melayu Tidak Perlu??
Kesian PAS kini, dahulunya memperjuangkn negara Islam dgn hukum2 Hududnya kini semua yg diperjuangkan ditinggalkn kerna terlalu taksub dgn 'hubungan istimewa sementara' antara PAS, DAP dan PKR.
Ape yg diperjuangkan kini ditinggalkn shj. PAS hanya melaksanakan ape yg diminta oleh DAP dan PKR. Tp dlm perlembagaan parti DAP dan PKR takde lgsg ape2 perkara yg bersetuju dgn penubuhan negara Islam.
Semua yg diperkatakan dan yg dilakukan oleh org bkn sebangsa dgn kite hanyalah utk kepentingan mereka sdr. Jgn terlalu taksub dgn pegangan politik krn ia akhirnya akan memakan diri sdr.
Sedarkah kita sbg org Melayu??? Semakin lama kita semakin hilang hak di bumi nenek moyang kita ini. Imbas semula ketuanan Melayu di Malaysia !!!
Ape yg diperjuangkn UMNO dan Persatuan Melayu kini adalah isu Ketuanan Melayu. Tidak timbul soal politik lg. Ape yg penting kini adalah cara bagaimana utk mengukuhkn perpaduan org Melayu itu sdr.
Mungkin PAS, DAP dan PKR menganggap ini adalah muslihat UMNO utk menarik sokongan semula rakyat. Tp seharusnya kita sbg org Melayu sudah mulai sedar akan perkara yg berbangkit ini. Ini bkn perkara remeh temeh dan main2. Tak perlu sokong UMNO utk bersetuju dgn Ketuanan Melayu.
Jika tiada kekuatan sesama kita, pastinya kita sdr akan rugi. Pikir2kan lah..
"Jgn menang sorak akhirnya kampung tergadai.."
md riziqin hillan
13 MEI 2008
Monday, May 12, 2008
Himpunan Dalil PAS
PADA MULANYA…
1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA..
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.
PADA MULANYA…
2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
PADA MULANYA…
3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
PADA MULANYA…
4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?!@#$@#”
KEMUDIANNYA..
Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan ?!@#$@# bahkan mencanggihkan ladang ?!@#$@#, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan ?!@#$@#’.
PADA MULANYA…
5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA..
Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.
PADA MULANYA…
6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA..
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
PADA MULANYA…
7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA..
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”
PADA MULANYA…
8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
PADA MULANYA…
9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
PADA MULANYA…
10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)
PADA MULANYA…
11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
PADA MULANYA…
12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA..
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
PADA MULANYA…
13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA..
PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
PADA MULANYA…
14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA..
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
PADA MULANYA…
15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
KEMUDIANNYA..
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.
PADA MULANYA…
16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
KEMUDIANNYA..
PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.
PADA MULANYA…
17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
KEMUDIANNYA..
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.
PADA MULANYA…
18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA..
PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
PADA MULANYA…
19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..
PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.
PADA MULANYA…
20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam
KEMUDIANNYA..
PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)
PADA MULANYA…
21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA..
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.
sumber : http://pembelamelayu.com
Wednesday, May 7, 2008
Menghilangkan Kebosanan Yg Melampau
Permasalahan K'jaan Selangor
Kata mereka dlm manifesto semasa berkempen pilihanraya, mereka akan turunkn harga minyak / bekalan air ke premis percuma / cukai tafsiran diturunkn 20% dan lain-lain lg.
Tp hingga kini, ape yg rakyat S'gor dpt dr hasil PANGKAH mereka??
Hanya janji-janji shj. Janji tinggal janji lah. Nak berjanji mmglah perkara mudah tp nk mengotakan janji adalah perkara yg paling susah sbenanye.
So kpd rakyat S'gor yg mengundi utk dptkn semua yg dijanjikan tu, jgn la 'menangis' dan sesal.
'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanye'
*lu pikir la sdr~
wasalam













