Sumber http://mykmu.net Persoalan yang sepatutnya bermain di dalam kepala semua ialah mengapa DSAI ni “lari” dan menyorok di kedutaan Turki hanya kerana si saiful ni buat laporan polis?
Kenapa DSAI tidak berdiri membela dirinya dari laporan polis tersebut?
Satu lagi, jika kita lihat dan teliti kenyataan yang keluar dari kem PKR lebih kurang sama sahaja dengan apa mereka lakukan semasa zaman reformasi dulu. Skrip yang sama aje, “Konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan DSAI.” DSAI tidak akan membuat apa2 kenyataan yang mengatakan beliau tidak meliwat budak Saiful tu.
Sekarang ini penyokong2 DSAI dan PKR sedang sibuk menempelak budak Saiful tu dengan mengatakan si Saiful ni agen BN la, budak suruhan Najib la dan bemacam-macam lagi. Sekiranya betul la si saiful ni agen tertentu, maka, kegagalan untuk meneliti siapa saiful ini sebenarnya merupakan kelemahan yang ketara di atas diri DSAI, iaitu tidak dapat mengawal diri dari tabiat lama.
Walau apa pun keputusan siasatan polis di atas lapuran budak saiful ni, penyokong taksub DSAI dan PKR akan tetap mengatakan bahawa ini merupakan satu konspirasi. Bagi PAS dan DAP, mereka tidak boleh memperlihatkan diri mereka bersama-sama dengan PKR dalam kes ini kerana kes ini bukan nya diketengahkan oleh kerajaan tetapi oleh seorang individu.
Keputusan DSAI untuk mendapat perlindungan di kedutaan asing menunjukan beliau ini seorang yang bersalah dan menggunakan konpirasi IGP dan AG untuk meraih simpati masyarakat antarabangsa.
Sekali lagi si DSAI ini meletakan kepentingan peribadi beliau sebagai matlamat utama dan berharap agar budak2 reformasi dahulu akan turun ke jalanan sekali lagi. Ini mungkin tidak akan berlaku kerana penyokong2 tegar zaman reformasi dulu sudah tidak puas hati dengan kepimpinan PKR dewasa ini seperti apa yang berlaku di Selangor.
Bagi DAP yang tahu mengenai kelakuan DSAI ini melalui Kapal Sink sudah tentu tidak akan bersetuju untuk membelasah saiful ni. Bagi PAS pula, mereka sudah serik untuk “melindungi” DSAI sehingga teruk kena belasah semasa PRU11










