RapidkL

RapidkL

Monday, July 28, 2008

Ezam Sedia Cabar Anwar














Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor bersedia bertanding melawan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.

Ezam berkata, beliau tidak gentar untuk menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN untuk bertanding. - Utusan

Ulasan

Aku setuju aje sbb aku org Bdr Tun Razak. Mari kita tgk sapa yg menang kalo mereka bertanding

Thursday, July 24, 2008

Pilih Yang Mana??

Aku pernah tanye pd sorg member aku ni nape dia nk join UMNO?
Bunyiknye lebih kurang gini je..

Dia jawab:
"Aku pilih UMNO bukanlah sbb UMNO baik tp UMNO tahu ape yg diperjuangkn walaupun ada yg berjuang demi duit."

Aku:
"Nape tak join PAS?"

Dia jawab :
"PAS merosakkan Islam, dlm Islam mane ade suh wat demontrasi jlnan."

Aku:
"Asal ko tak pilih PKR je?"

Dia jawab:
"PKR bkn berjuang utk Bangsa & Agama tp berjuang demi kepentingan sdr"

Aku:
"DAP?"

Dia jawab:
"Aku takmo jd pembelot & penganiaya Bangsa sbb nnt bile DAP berkuasa, org Melayu akan tertindas"

Wednesday, July 23, 2008

Akhirnya Jatuh Ke Tanah Juga














Merujuk gambar di atas, 2 wajah berbeza penjenayah perang yg paling dikehendaki PBB iaitu Radovan Karadzic. Gambar kiri merupakan gambar terbarunya ketika ditangkap kelmarin.

Dia merupakan pemimpin Serb Bosnia itu, yang didakwa terlibat melakukan pembunuhan etnik di Bosnia pada 1992-1995, berjaya ditahan selepas hampir 13 tahun melarikan diri daripada tribunal jenayah perang PBB.

Dia juga dipercayai melakukan jenayah perang spt merogol, pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain lg spt yg kita lihat kesan sengasara rakyat Bosnia.

Sepanjang berkuasa, kira-kira lebih 11,000 orang telah terkorban di wilayah Balkan itu. Tentera Serb Bosnia dipercayai telah membunuh lebih 8,000 orang Islam yang terperangkap dalam wilayah Grbavica yang dikuasai puak Serb.

Penjenayah perang yang paling dikehendaki ini dilaporkan bekerja di sebuah klinik menggunakan nama palsu serta mengubah identiti dirinya dengan berambut panjang dan berjanggut lebat berwarna putih.

"Karadzic telah mengunakan dokumen palsu dengan nama Dragan Dabic dan dia sebenarnya bukanlah warga Serbia, malah taktik penyamaran yang digunakannya sangat meyakinkan," kata Menteri yang bertanggungjawab mengenai kerjasama dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia, Rasim Ljajic.

Ujar beliau, Karadzic menyara hidupnya dengan terlibat dalam perubatan alternatif di sebuah klinik swasta dan alamat terakhirnya ialah di New Belgrade.

Kali terakhir Karadzic dilihat di tempat umum ialah di bandar Han Pijesak, timur Bosnia pada Julai 1996 dan disyaki menyembunyikan diri di negara yang dikawal Serb seperti di Bosnia, Montenegro dan Serbia.

Monday, July 21, 2008

Macam Ni Pun Ado..























Ape yg ditulis??

"MAAP LA YO..Bukan Sengajo Den Bawak Slow, Minyak MAHAL Bonar Ni, Ekau Nak Motong, Motong Lah Yo! OORRAAAAAIIIITT...!!!!"



*kejadian - Dpn Kilang Gula CSR (Hampir Tol Batu 3 Highway Elite)

Friday, July 18, 2008

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Keengganan DSAI memberi sampel DNA dirinya bg siasatan terhdp kes liwatnya bole dikatakan sbg tidak memberi kejesama yg baik pd pihak Polis.

Jika DSAI pk dirinya tak bersalah nape takot nk kasik sampel DNA ??
Takkan Polis nk sabotaj laporan perubatan tu nnt ??
Atau adakah DSAI benar-benar bersalah dan takot maruahnya akan tercalar serta hukuman yg bakal dijalani nnt..

DSAI patot berpegang pd pepatah Melayu,

'berani kerana benar, takot kerana salah'

Jika benar-benarlah dirinya tak bersalah, buktikan bhw dirinya tak bersalah dan jgn berteka teki dlm kes ini dgn mengheret pelbagai pihak yg lain utk terlibat sama.

Mane satu??

Mane lg berat dosanya antara 2 ni..??



Rasuah & Liwat



Tp bg aku kedua2 nye sama je, aktiviti yg tetap haram dlm Islam. Elakkan dr terjebak !!

Tuesday, July 15, 2008

Inilah Akibatnya Sokong DSAI












Ramai yg merungut mengenai kesesakan jln raya yg berlaku pagi smlm, dh la minyak mahal. Lepas tu jem plak sampaikn ramai juga yg terlewat smpai ke tempat keje. Ini termasukla juga wakil rakyat yg terlewat masuk ke Dewan Parlimen. Semuanya adalah disebabkn sekatan jln raya yg dilakukan oleh pihak Polis bg menghalang berlakunya perhimpunan haram di Parlimen.

Difahamkn Polis telah menghalang kedatangan org-org yg tak berkaitan ke dalam kawasan merangkumi lima kilometer radius dari bangunan Parlimen dan juga seramai 1,600 Polis trafik ditugaskn utk sekatan jln raya ini dibeberapa lokasi.

Ada segelintir pihak melontarkn kesalahan pd pihak Polis krn disebabkn sekatan jln raya ini. Kata mereka, kalo Polis tak buat roadblock mst takde jem mcmni & tak smpai lewat ke pejabat.

Tp sedar atau tidak sbenanye semua ini bknla kesalahan Polis. Pihak Polis bertanggungjawab menjalankan tugas menjaga keamanan. Itula tujuan sbenar pihak Polis mengadakan sekatan. Semua ini dilakukn demi menjamin keselamatan kita bersama.

Bayangkn Polis tidak adakn sekatan jln raya dan perhimpunan haram tanpa permit ini dijalankn secara berleluasa pastinya keselamatan awam akan tergugat, byk jln akan berlaku kesesakan krn perhimpunan haram ini pastinya akan meliputi jln-jln utama di sekitar kL.

Itu pasal la Polis mengadakan sekatan besar-besaran di setiap jln keluar masuk kL. Keseluruhannya pihak Polis tidak boleh dipersalahkn disebabkn masalah demikian. Dalam permasalahan ini, satu pihak shj yg bole dipersalahakn iaitu penganjur @ perancang utama perhimpunan haram ini. Tidak lain tidak bkn pastinya DSAI.

Jika tiada sokongan kpd DSAI, maka akan tiadalah permasalahan yg kita alami skrg ini. Ternyata ia menyusahkn ramai org. Ini soal bersangkut paut dgn rentetan kejadian terbaru yg kita dgr setiap hari di ruangan berita semasa berkenaan isu liwat, ugutan bunuh, menyorok di kedutaan Turki, angkat sumpah Al-Quran, Mufti & Jakim dan usul tidak percaya kepimpinan Pak Lah.

Pikirkan sejenak, mengapa terjadinya begini?

Friday, July 11, 2008

Hampir Mencecah 1000 Visitor

Pagi ni masuk ofis pastu terus usha blog ade sebarang new comment dr visitor. Malangnya tiada tp yg membuatkan aku suke apabila melihat jumlah visitor ke blog ini telah mencecah angka 800 org pengunjung.

Cuma tunggu 200 lg visitor utk mencukupkn jumlah keseluruhan 1000 visitor ke blog ni. Nnt dh cukup 1000 visitor, aku akan komen lg..

woooo~

Wednesday, July 9, 2008

POLIS semakin kreatif















Mungkin perasan atau tidak inilah namanya kreatif.

Bagi kebanyakan pemandu tidak menyedari perkara ini. Sepanjang jln puas la mata melilau tgk 200 meter ke dpn ade speed trap tak.

Tp kantoi gak psl Polis skg tak duduk celah-celah semak, tak duduk tepi pokok. Mereka duduk kt restoran dan gerai-gerai yg menjual buah di tepi jalan. Bak kata org smbil menyelam minum air seumpama sambil amek gambar sambil mkn buah ler..

Pic ni aku dpt dr emel, dikatakan berada di sekitar area Sabak Bernam. Ini rahsia Polis. Haha~
Hidup POLIS !!

Monday, July 7, 2008

Mari Tonggeng & Jilat !!


Ni la akibatnya sengal tak bertempat. Mamat ni teruk dibelasah penyokong-penyokong PKR masa perhimpunan rakyat bantah kenaikan harga minyak semalam.

Bole plak si vokalis kumpulan Carburetor Dung ni londehkn seluar pastu menonggeng ke penonton smbil nyanyi lagu merapu dorg ni bertajuk Mari Nyanyi Menjilat.

Bole tahan gak bodohnya mamat ni. Dh lah skg tgh 'panas' ngan isu tonggeng menonggeng ni. Org berkumpul nk protes harga minyak, ko plak leh bantai londeh seluar & tonggeng plak tu. Lu kene ingt skit beb, org2 PKR skg ni tgh sensitif dgn ayat tonggeng menonggeng ni haha..

Lg plak sape la penganjur yg jemput band ni wat persembahan?? Baik jemput Mas Idayu dgn Ella pun lg best. Muhahahaha~

*sedut dr Utusan Malaysia 7 July 2008

Wednesday, July 2, 2008

Anwar Ibrahim & Amerika Syarikat

Mengapa Amerika Syarikat (AS) terlalu amek berat ttg Anwar Ibrahim ni???
Ada apa dgn Anwar Ibrahim???
Siapa Anwar Ibrahim pd AS???
Penting sangat ker Anwar Ibrahim pd AS???
Kenapakah AS perlu mencapuri urusan yg membabtikan Anwar Ibrahim???
Adakah AS sengaja memberikan hint bhw Anwar Ibrahim adalah ejennya???

Siapa tahu jawapannya???

Kurang Ajaq~

KUALA LUMPUR 2 Julai - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee memutuskan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana tidak menghormati Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ronald bagaimanapun menolak usul yang dibentangkan oleh Razali Ibrahim (BN-Muar) di bawah Perkara 26(h) dibacakan sekali dengan Perkara 88 (a) Peraturan Mesyuarat kerana tidak sesuai.

Beliau meminta ahli-ahli Parlimen merujuk Gobind ke jawatankuasa itu melalui peraturan mesyuarat lain.

Tindakan untuk merujuk Gobind ke jawatankuasa tersebut berikutan kenyataannya di luar Dewan Rakyat bahawa dia tidak memohon maaf kepada Pandikar Amin.

Pandikar Amin semalam memberitahu, Gobind telah datang ke biliknya untuk memohon maaf atas tindakannya tidak menghormati beliau pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu menyebabkan Ahli Parlimen Puchong itu dihalau keluar dan tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat selama dua hari.

Perkara ini diulangi semula oleh Gobind pada sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ronald bertanya sama ada beliau ada memohon maaf kepada Pandikar Amin semalam dan dengan selamba Gobind menyatakan tidak ada memohon maaf.

Ini menyebabkan ahli-ahli Parlimen BN bangkit menggunakan peraturan mesyuarat untuk merujuk Gobind ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.


Ulasan

Apela masalah dia ni, sengal tak bertempat. Susah sgt ker nk ngaku yg dia dh mintak maaf?? Jatuh martabat ker kalo nk ngaku? Ni la dikatakan kurang ajar tak bertempat.

Penat-penat pengundi pilih ko, suh jd wakil @ suara rakyat tp bile dh jd ahli Parlimen ko lupe diri plak. Pastu nk blagak jd hero plak.. Hero la sangat~ Poyo ade la..

Org mcmni la patut campak ke laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...