Wednesday, December 31, 2008

MCMC Bertindak~

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menerbitkan kandungan ganas dan tidak sopan mengenai kaum dan agama.

Mana-mana perlakuan yang melanggari undang-undang Malaysia secara dunia offline juga mengandungi kesalahan dalam dunia online, termasuk Internet.

Suruhanjaya itu juga menggesa ibu bapa dan penjaga memantau penggunaan Internet oleh budak-budak dan remaja agar mereka tidak dipengaruhi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan di sini hari ini, MCMC juga mengingatkan pengguna tapak rangkaian sosial Internet berhati-hati mengenai jenis maklumat mereka pilih untuk disiar atau diterbitkan secara dalam talian kerana individu mungkin menggunakan maklumat ini terhadap mereka pada masa akan datang.

“MCMC sangat bimbang dengan insiden tidak bertanggungjawab dan beretika menggunakan Internet, khasnya ulasan dalam blog. Internet adalah alat berpengaruh untuk pembangunan tetapi malangnya disalahgunakan oleh sebilanagn kecil mereka yang tidak bertanggungjawab dan individu yang tidak beretika,” katanya.

Ia menyatakan MCMC sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dalam penyiasatan. - Bernama

Komen : Patotnye dlu lg MCMC amek tindakan tegas pd blogger² yg suke buat hal ni. Tp jgn ckp je skg pasni biarkan je bile ade isu baru la nk amek tindakan mcm ckp tarak serupa bikin la kan..


Tuesday, December 30, 2008

Dah Bole Dah~

Bila tbaca paper arini ade cerita psl usaha 'murni' Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan Majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kt Bangi dihadiri Presiden Pas, Hadi Awang. Ala aku pasti GMI pun sdr dianggotai ahli² PAS juga. Agaknya PAS dah takde isu nk dibawa dh kot tp kan pasal apa beria² pakat anjur perhimpunan ni??

Apa pasal ISA perlu dimansuhkan?
ISA ni menyusahkan rakyat ker?
Kalo ada ISA kita rasa tak bebas ker?
Nape baru skg, nape tak mintak dimansuhkn ISA pd zaman Tun Dr Mahathir??

Ini semua trend politik pembangkang la. Takde 'modal' nk buat utk p/raya Kuala T'ganu la tu. Lastly nnt cerita ni meleret² smpai Kuala T'ganu juga.

Bukan ker PAS sblm ni dok bercerita psl hukum Hudud nye?? Agaknye sbb tkejut kene gertak dgn DAP / PKR / MCA lgsg tukar topik plak huhu..
Apalah nk jd dgn PAS ni.. Lantakla PAS, jd la ape² korang nak.. Takde peduliknye aku~

Sunday, December 28, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Jenazah Almarhum dibawa dengan kenderaan pengangkut diraja serta diberi kawalan dengan diiringi kenderaan bermotosikal oleh Briged Pertama Infantri Malaysia, Kem Rasah untuk terus dibawa ke Istana Seri Menanti.

Jenazah Almarhum baginda yang ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.

Istiadat penghormatan terakhir akan dibuat pada hari ini (Ahad) bermula pukul 10 pagi sehingga 5 petang dan pada Isnin, 11 pagi hingga 2 petang.

AL-FATIHAH~

Friday, December 26, 2008

Blog Hina ISLAM

KENYATAAN MEDIA


BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM


BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..


Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..


BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.


BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..

Wednesday, December 24, 2008

Melompat²

Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas bersama 28 Ketua Cawangan UMNO dlm bahagian tu..

Asal ade aje bende yg tak memuaskan hati terus lompat parti.. Inikah dinamakan perjuangan sbenar utk UMNO? Nampak sgt la mereka semua ni menyertai UMNO krn mmpunyai agenda tersendiri..

Jika sesuatu perkara yg tak dapat diselesaikn, mungkin bole dibawa berbincang dan selesaikan dgn cara baik. Org yg tak bole menyelesaikan masalah dgn baik, bknlah seorang pemimpin yg baik. Senang mengaku kalah / give up dan amek jln singkat dgn lompat parti..

Ape la agaknye yg bermain dlm kepale dorg ni?

Takpe² nnt kite huraikan lebey lanjut berita psl ni..
Macam mano ni??

Monday, December 22, 2008

PAS Tetap Laksana Hudud

KOTA BHARU 21 Dis. – Setelah lama tidak menyentuh mengenai hukum hudud, Pas memberi jaminan untuk melaksanakannya di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu.

Buktinya ujar beliau, kerajaan Pas Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

“Kita memang mahu melaksanakan hudud tetapi dihalang oleh UMNO. Kalau UMNO tumbang Insya-Allah kita boleh melaksanakan hukum hudud.

“Saya memberi jaminan, kita akan buat (laksana hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah pada masa depan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diasak beberapa kali oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang bertanyakan pendirian sebenar Pas dalam Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang di sini malam tadi.
Sumber - Utusan M'sia

Komen : Hahahaii PAS, betol ker nk laksana hukum HUDUD ni??

Jgn ckp je tp bile dh menang tibe² HUDUD ke mana, perjuangan entah ke mana..
Tau² PAS sekali lg dicontrol DAP & PKR tu mcm di Perak tu..

Tp pagi td DAP dh kuar kenyataan yg dorg tak mnyokong perjuangan hukum HUDUD yg dibawa PAS utk kempen p/raya Kuala T'ganu ni.. Amcm PAS??
Geng² Pakatan Rakyat dh bangkang awal².. Kalo nk harapkan PKR sokong, jgn harapla psl PKR pun 2 x 5 dgn DAP je.. Nak plak PKR tu bawah telunjuk Anwar, mmg tak dapek la..

Macam mano tu PAS??
Hahahaiii~

Friday, December 19, 2008

Penghantar Surat Khabar @ Heroin?

KUALA LUMPUR 19 Dis. — Seorang penghantar surat khabar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah kira-kira seminggu yang lalu.

M. Jambu Nathan, 33, didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 98 gram di hadapan restoran Bobo, Setapak pada pukul 7 malam, 9 Dis lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 (B) (2) yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Sumber - Utusan M'sia


Komen : Dia ni sbenanye nk edar paper ker edar heroin?? Mst tak sabar nk kaya cepat..

Entah² dh pkai BMW M6 tp still hantar paper lg.. Nama dah la Jambu tp perangai tak 'jambu' pun..

ahahahai manusia oh manusia..

Layan~

Thursday, December 18, 2008

IJN - Sime Darby


Mungkin ramai yg tdgr / tbaca / tpandang cerita mengenai Institut Jantung Negara (IJN) yg bakal diambilalih kepentingannya oleh Sime Darby sebanyak 51%..

Rata² ada yg b'setuju dgn perkembangan ni tp bg aku, kurang skit la nk setuju psl kalo kita lihat arini bole dikatakan prestasi IJN masih di tahap yg baik. Tiada masalah ttg rawatan & khidmat yg diberikan.

Bak kata kwn aku perkhidmatan yg diberikan sgt memuaskan hati tp kenapa sampai tahap K'jaan -UPE, Jbtn Perdana Menteri bersetuju utk meluluskan pengambilalihan ni?

Pernah tak kita tpikir pesakit² yg menggunakan khidmat IJN ni merupakan kalangan golongan rakyat biasa yg berpendapatan sederhana. Baik keluarga miskin mahupun pesara². Itu blom campur kira dgn pesakit² yg menunggu giliran nk dptkan perkhidmatan kt IJN. Dah tentu dorg tu pun golongan sederhana. Kalo dorg ade duit dh tentu buat rawatan kt luar negara kan..

Apabila IJN diswastakan pasti cas RM yg dikenakan kpd pesakit pun akan meningkat. Sekaligus tidak langsung membantu golongan² yg dinyatakan td. Bole dikatakan kebanyakan daripada kita masih memperolehi pendapatan kurang dari RM2000. Jadi mcmne la nk tanggung kos rawatan di IJN jika diswastakan.

Hah mcmne tu? Pikirlah sendiri..

Meje Bersepah



Meje aku bersepah.... Arrhhh~ Bz..bz..

Sempat lg amek gambar / upload...

huhu~ ;p

Wednesday, December 17, 2008

Try This Game

http://www.kroma.no/2008/bushgame/

Tadi sesaje xplore internet, nmpk plak 1 game ni. Mmg update ar game ni.

Just baling kasut kat Bush. Layan gak game ni..

Ini smua rentetan kes press conference Bush kt Iraq aritu la. Wartawan tu baling 2 bijik kasut tak kene..

Cuba korg try baling plak.. Mesti kene.. Best²..

Aku dapat 4 kali kene.. Muehehehe~

Saksi Jenayah Boleh Tukar Identiti Baru

Intipati Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008.


- Program Perlindungan Saksi akan disenggarakan oleh Ketua Pengarah serta dibantu timbalannya yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam.

- Saksi yang mahu menyertai program boleh memohon kepada Ketua Pengarah atau mengemukakannya melalui sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

- Pemohon perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi undang-undang yang belum selesai termasuk rekod jenayah, tunggakan cukai dan hutang serta prosiding sivil terhadapnya.

- Saksi kes jenayah berat dilindungi daripada diancam dan diugut termasuk dengan mewujudkan identiti baru.

- Identiti asal saksi yang diberikan identiti baru tidak akan didedahkan dalam apa cara sekalipun.

- Saksi akan disediakan tempat tinggal, pengangkutan bagi urusan pemindahan, bayaran yang setara dengan pendapatan dan jika tidak bekerja, diberi bayaran sara hidup, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.

- Tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.

- Hanya Peguam Negara mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada seseorang saksi itu hendak dimasukkan ke dalam program atau sebaliknya, berdasarkan syor Ketua Pengarah.

- Jika didapati memberikan maklumat palsu semasa memohon, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

sumber : Utusan M'sia


Komen :

Ini sesuatu yg baru dan menarik. Lepas ni mungkin lebey ramai saksi² utk kes berat akan rs selamat dan lega. Tp bgantung pd keadaaan juga la kan.

Identiti dah tukar, rumah dah pindah, elaun dah dapat tp muke org bole cam. Bole ker K'jaan peruntukan modal utk buat plastik surgery muke supaya org tak kenal dh..

Macam mano tu??

Muhehehe~

Tuesday, December 16, 2008

Terima Kasih Malaysia


Pagi² hari ni sebelum pegi keje, tgk tangki moto kering plak.. Nak tak nak t'pakse la amek tong minyak gi petrol pam naik kete.. Isi la RM5..

Then balik terus isi kt tangki moto, perghhh seronok betol tgk tangki moto lg suku je nk penuh tangki..
Kalo dlu isi penuh RM13, so skg isi minyak RM10 pun dh leh penuh rsnye.. Best²..

Syukur sgt² beban minyak dah kurang skit..

Tp 1 lg masalah yg tak selesai lg harga makan kt restoran, tak reti² nk turun.. Masa minyak naik harga, nasik putih RM1.20.. La ni minyak dh turun 7 kali pun harga nasik putih still sama gak..

Dalam hal ni k'jaan kene tegas la pd pengusaha restoran. Mahal sgt nk mkn skg ni, kang tak mkn lapa plak.. huhu~

Anti Islam

Pagi ni, bukak aje YM. Terbaca msg dr sahabat blog Panglima Perang Cyber http://penembak-tepat.blogspot.com/ yg mengingatkan sy utk mberi komen balas pd blog yg anti Islam ni.

Kalo u all semua bminat nk tau ape blog nye copy /paste http://pedestrianinfidel.blogspot.com/

Sama² la kita m'pertahankan kemuliaan Islam

Monday, December 15, 2008

Baling In Iraq?



Pagi² ni masuk opis tgk berita kt Yahoo.com, top newsnye Presiden US George Bush kene baling dgn kasut time press conference masa lawatan dia kt Iraq. Tukang baling tu plak Journalist Iraq.

Yg bestnye dua kali dia baling, dua kali tak kene. Mungkin kene b'latih lg lepas ni baling dgn tepat mcm men 'baling selipar' ms kita kecik² dlu tu.

Mungkin juga dr peristiwa tu nnt, security² Bush akan buat satu peraturan sesape yg masuk bilik press conference takleh pkai kasut / selipar / sandal. Sejarah mungkin akan berulang sblm Bush undur diri nnt atau Obama plak terkene 'badi' Bush..muhehe~

Friday, December 12, 2008

Hukuman Gantung


Saja nak bkongsi cerita ttg hukuman gantung.


Tali gantung yg diimport ini diperbuat dari jenis jut yg paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. (perghhh mahal sehh~)
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung diterima ada perkiraannya. Tak boleh terus pasang tp ada cara-cara yang kena ikut. Ada 4 jenis tali dan dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yg berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yg membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman yg mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Pelaksanaan hukuman diberi satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Kebiasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "pegi dengan rela" setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu nasib mereka lebih baik kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. Contohnya..

"Jangan ikut tabiat buruk ayah"

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yg akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

Mengingatkan pembantu² supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau jenazah dihormati, semuanya tak ada masalah.

Kebiasaannya melihat muka jenazah ini dan letakkan tangan di atas dadanya. Ini petua yang diberi senior² penjara.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan. Ibu bapa dinasihat supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas.

*Kebiasaanya banduan Islam akan digantung pada hari Jumaat. Org kata mati
di hari Jumaat tu bagus / baik. Hah pasni jgn pakat² buat jahat sbb nk mati ari Jumaat.

Tuesday, December 9, 2008

Landslide Bukit Antarabangsa
























Gambar² ini disedut dr laman² web yg memaparkan kejadian di Bukit Antarabangsa.
Takziah kpd keluarga mangsa. Kita yg bernasib baik ni bole la sedekahkan doa utk mangsa² agar semuanya baik spt biase..

Saturday, December 6, 2008

Link Baru~

Terbaru dlm blog ni..

aku br letak link baru utk pelayar² blog ni yg masih blom @ mencarik keje yg sesuai..


- komuniti > link utk jawatan kosong k'jaan & jawatan kosong swasta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...