Full Width CSS

Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak

KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN

PERAK DARUL RIDZUAN

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Ulasan:

Hah ape lg letak la jawatan wahai Nizar dan exco² yg lain. Dh titah Sultan tu. Aippp~ jgn derhaka !!

Lg satu, jgn lupe pulangkan kete Toyota Camry tu bersama original kunci ye, kete baru tu..jgn plak tukar tayar kete tu. Maklumlah masih byk bunga lg kan hehe~

'..dapat la kome merasey kejap naik kete camry ye~..'

huahuahua..


lirik lagu persembahan Abang Tuah layan~

Post a Comment

4 Comments

  1. Yey Yey,

    Suker².

    Xpe lah.Dapat la diorang neik Camry sekejap kan..Rasa camne dok dlm kete mewah.
    Pasni dah x jadi MB.Naik kete sendiri je lar.hik².

    ReplyDelete
  2. aku nak bagi ulasan sikit.... hua-hua-hua....

    *anymous
    menyesal aku singgah kat blog ngko nih!!!!

    tak malu betul ngko yek? yg ngko g letak muka mangkuk ngko kat front blog ngko knapaer?... dahtu berangan dah jadi ahli politik... muka hensem tak ape jugak,,, nie muka pun mcm tongkang pecah!!!! buat malu la weh!!!!!!!!! aku baca komentar2 ngko pun style ayat cipan+tenuk+tapir... memalukan btul lah ngko nie.... kalu x berblog JGN lah berblog... buat malu penyokong BN je...... heeeeiiii, uweks.!!!! tak sangupp nak ngaku aku nie org BN.. klu BN still lagi muka tongkang pecah mcm ngko nie yek???????

    *rezqeen hill
    apa masalah ko sbenanye weihh??

    mengalami masalah kentot ker??

    atau ko sbenanye tak sangka DUN Perak dibubar?

    haha~ kesian..



    hohohohoho..sama2 geng pun mau gaduh ka? perak sudah lu angkat lari..nak apa lagi? gaduh2... teruskan ... aku suka tengok klu ahli2 BN berpecah...
    lalalalalalalalalalalalaalalalala...............

    ReplyDelete
  3. Qaseh..
    Tu la pasal, pasni kene la naik kete sdr. Penat je dorg gaduh² nk beli kete camry dlu huhu..

    Eisya..
    Ape masalah ko?

    ReplyDelete
  4. mmg aku ada masalh, aku nak tengok sgt korng terus brgaduh, ;-)hahahahha
    teruskan JGN berhenti ditgh jalan, moga2 dalam next PRU akan wujud pergaduhan paling besar dalam sejaran penubuhan UMNO...

    lalalalalalalalalala............ seiring dan sejalan, seindah bunga ditaman, lalalalalalalala...

    From: Eisya

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..