Full Width CSS

Dunia Terbalik Pembangkang


Pening aku tgk aksi² pembangkang skg ni. Smenjak dua menjak lepas PRU 12 aritu, pembangkang dilihat cuba utk menterbalikkan dunia.

Yg terbaru lihatkan bagaimana exco s'gor Eliz diberi 'kemaafan' atas kealpaan & kesilapan yg dilakukan dgn tido dlm keadaan 'mengerikan' (aku tgk ngeri la). Diberi tawaran sambung khidmat sbg exco k'jaan S'gor. Apabila kesalahan dimaafkan dan pesalah diberi peluang kedua adalah baik utk pesalah utk memperbaiki kesilapan diri.

Kebiasaanya wakil rakyat mempunyai 1 good standard berbanding rakyat biasa kerana mereka menjadi public figure, role model dan dipilih oleh masyarakat. Perkara spt gambar 'mengerikan' dirakam tu tidak sepatotnye terjadi. Jika pic dirakam sendiri utk simpanan peribadi mgkin tidak menjadi masalah (tak seharusnye lah) tp memandangkan ia dirakam oleh seseorg yg lain mgkin itu menjadi masalahnye iaitu moral.

Spt aku ckp td, wakil rakyat terdiri dr kalangan mereka yg mst berpikiran lebey tinggi dr rakyat. Soal moral wakil rakyat patot diambil kira kerana dikhuatiri kejadian ni seakan² dibenarkan & dihalalkan dlm pembangkang. Aku risau gejala amek gambar & video dlm keadaan 'mengerikan' ni akan menjadi trend masyarakat yg tak mahu memikir pjg baik buruknya (mmg dh jd trend dh skit²).

Apabila Muslimat PAS turut sama menyokong tindakan Eliz, mereka berpeluk sakan dgn Eliz seumpama sedara dan melihat seakan² Eliz dianiaya. Kata mereka ini bkn atas dasar semangat kepartian tp semangat sesama kaum wanita. Cuba kalo perkara ni terjadi pd org² UMNO Islam. Apa PAS akan kata??

Sikap PAS dan pakatan lain telah menggambarkan seolah² pembangkang cuba menterbalikkan dunia. Sama juga kes Kugan, penjenayah yg mati dilokap. Dia diagung²kan seolah menjadi hero kpd masyarakat berjuang bermati²an. Sedangkan dia suspek kes curi kereta mewah dan kes kematian dia bukanlah kes death in custody pertama di M'sia.

Rujuk semula sini. Entry yg lepas.

Dalam kerajaan sdr pun ada yg moralnya rendah spt yg terjadi pd Chua Soi Lek dgn skandal seks nya. Dia secara sukarela meletakkan jwtn demi menjaga baik semua pihak. Bukan mahu mengungkit mahupun mengatakan tindakan tersebut baik. Tp kita sendiri boleh menilainya.

Apa yg dihuraikan ini bukanlah semata² ingin menjatuhkan maruah dia. Tp ia seakan² 'penyakit'. Kita lihat adat turun temurun pembangkang yg gemar mencari salah kerajaan dan menghentam kerajaan dan kini penyakit mencari salah tu telah berjangkit pd penyokong kerajaan apabila kami sdr akan mencari salah pembangkang dan menghentam semula.

Penyakit~

Post a Comment

17 Comments

  1. Kes Eli dgn Chua Soi Lek adlh dua senario yang berbeda. Pertama, gambar Eli diambil dlm keadaan dia sedang tidur. Beliau tidak bogel, masih berpakaian cuma kainnya disingkap oleh si pengambilgambar. Dlm kes Chua pula, beliau mmg patut letak jawatan kerana beliau terlibat dgn skandal seks secara langsung yang nyata bukannya dengan isterinya sendiri. Kedua-kedua kes ini tak setara maka tidak wajar dijadikan sebagai analogy yang terbaik.
    kugan pula, siapa kita utk meletekkan nyawa di tgn sdri?

    ReplyDelete
  2. Senario mgkin berbeza tp soal moralnya tiada bezanya.

    Kes Chua dia dianiaya, so kes Eliz pun begitu dia turut dianiaya dgn rela. Tp mereka tetap takda moral.

    Kalo perempuan dgn laki dlm 1 bilik atau serumah, kemungkinan berlakunye skandal sex tu tetap ada. Cuma kita nmpk ataupun tidak.

    Kes Kugan tu kita tak tau ape berlaku dlm lokap sbenanye. Mungkin dia melawan Polis atau bergelut dlm lokap dgn Polis or else.

    ReplyDelete
  3. Di dalam negara Malaysia yang amat kita sayangi ini, berapa byk pasangan yg belum berkahwin tinggal sebumbung, berpa byk pula antara mereka yang Islam. Kena kaji itu dulu kalau nak Melayu bersatu.
    Manusia ada, roh, akal dan nafsu. Masalahnya ialah bila mereka tunduk nafsu mereka dan mengikut secara taqlid membuta tuli sesuatu yang nyata bertentangan dengan roh yang merangkumi sunatullah. Bila Al-Quran diatasi, bermakna mereka itu dah tak betul. Pemimpin begini yang patutnya ditolak.

    ReplyDelete
  4. Kepada pencacai2 UMNO,
    Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

    4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

    JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

    Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

    So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

    ReplyDelete
  5. Nalapambu,

    Ape daaa~

    Ko suh aku jgn sibuk urusan 'rumahtangga' org len tp awat ko plak dok sibuk masuk urusan UMNO??
    Ape kes..??

    Kami ada idea bagaimana mahu pulihkan UMNO tp sebelum UMNO dipulihkan, baik aku pulihkan ko dlu.

    Sian la ko ni. Dulunya ko penyokong UMNO ye tp skg dah sokong PAS. Agaknya ko blah dari UMNO mst tak dapat projek kan?

    Sian². Makan hati ye..

    Ape² pun selamat berblog.

    ReplyDelete
  6. Ye lah REEZ pening juga aku memikirkan, dunia memang berpusing...dulu Foo Cho Yong MCA-BN, Baca Ayat Qur'an "Wa'tachimu bihablillah jami'aa" (sekitar tahun 1984) jaja seluruh kelantan dan terengganu, tak ada pulak orang PAS masatu buat laporan polis, mufti UMNO dan BN tak pula keluar fatwa, pening aku.

    Pening aku..bila aku ingat, masa Rahim Thmaby Chik, ISLAM MEROGOL baham budak skolah sampai ada anak...tak ada pulak orang boikot. Bukan itu saja, kalau nak bilang tak cukup mesin calculator yang dibuat oleh UMNO dan BN. dari 10 cuma 1 je yang baik betul, solat, puasa, tak minum arak, tak main jubo', blue boleh gak, no. ekor takpa, pasal niat nak lawan cina.

    Pening aku REEZ, bila Nizar bagi gran ka cina, bahalolkah nizar, memang bahalol, lebih bahalol lagi pemimpin UMNO Johor, Pulau Pinang, Bahkan Perak Sendiri, boleh dikatakan semua negerilah. Kenapa tak bising. Dimana tanah orang melayu di Pulau Pinang, PAS kah jual?, berapa banyak rumah dibina di Johor Bharu, Melayukah beli?

    Pening aku REEZ, bila PAS perintah Terengganu Royalti ditarik, wang ehsan diganti Mat Sait ambil alih, royalti nak dikembali. Penyokong PAS tak dapat, penyokong UMNO saja dapat, Penyokong PAS bukan rakyat Terengganu kah, Minyak tu bukan hak bersamakah.

    Pening aku REEZ dok piqiak macamana boleh jadi puak-puak YB perak makan rasuah jubo, UMNO sapai bagi rasuah jubo ka YB PKR, dah lah, duit habis dah ka, sampai nak rasuah dengan jubo, ka hak UMNO tak habis makan.

    Pening aku dok pikir seminggu lepas, bodohnya UTK 2 ekor tu bunuh orang tak tahu sebab, eh saja-saja nak bunuh, macam budak-budak lastik burung ciak. SAPA SURUH??? ..... tak dak sapa, pistol, bom ada di tangan, trylah, testing. Pening aku dengan budak-budak ni. Reez kalau awak ada pistol macam dia, awak bunuh serupa dia jugakkah, atau kena upah dulu?...sapa upah.

    nak lagi????....

    Pening aku REEZ, sejak 20 tahun dulu lagi aku dok pikir, pening, pening. Banyak sangat aku nak tulis di sini, tapi aku pening. Aku rasa dunia aku terbalik, tapi dunia mu dok Subuh sentiasa. Jumpa aku di Kota Bharulah, aku cerita panjang. Demo nak makan apa, kawe jamu 3 hari 3 malam.

    ReplyDelete
  7. Blog Menu,

    Mcmni la, ko cuma bezakan zaman dulu dan skg ni je.

    Dulu org semua takot nk pertikai isu semasa dan skg masyarakat dah berani sbbnya...

    Org dlu² tak brape pandai tp masyarakat skg semuanye dah pandai². So semua perkara rakyat nak pk dan pertikaikan.

    Smpaikan kes di mahkamah belom habis lg, rakyat dah hukumkan pesalah.

    Takpalah, aku pun selalu turun Kelantan. Aku tinjau tahap kemunduran negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS bertahun² lamanya. Tp tahap rakyat Kelantan takuk lama juga.

    Tanpa kemajuan dan asyik dok pk mcmne nk cari salah k'jaan pusat & merusuh di stadium. Tp tak semualah rakyat Kelantan begitu aweyy~

    ReplyDelete
  8. Salam alaikum Reez, bukan pasai pertikai sebelum dihukum mahkamah, itu pun terbalik jugak, bab tikai menikai, jaja menjaja, dakwa mendakwa ni bukan kerja pembangkang saja, semua rakyat yang sebagaimana ko sebut, cerdik, akan buat macam tu, tapi itu hakikatnya, orang kafir baca qur'an memang tak salah, tak mandi junubpun tak apa, yang berdosanya ialah orang Islam yang baca salah tau dalam janabah.sebab taklif dosa tu ataih pala orang Islam. sebeb itu alim ulama' masa tu tak pertikai. Umno saja pertikai, sebab??? POLITIK.

    tapi itu memang kerja orang politiklah, lawan buat semua salah, aku setuju dengan banyak pihak, orang pas, pkr, pun aku tengok tentang semua kerja umno dan BN begitu juga sebaliknya, 2 X 5 saja. Aku tau UMNO pun buat jasa, PAS pun buat jasa, bahkan DAP, GERAKAN, MIC pun buat jasa. Melayu pun berjasa, Cina dan India pun tetap berjasa kepada Malaysia. Itu hakikat. tapi ko orang selalunya tolak hakikat.

    Cuma apa yang aku nampak, PAS menentang UMNO atas sebab UMNO lari dari Al-Qur'an. UMNO menentang PAS atas alasan Melayu.

    Ringkas sikit, sebab banyak kerja. Ko nak datang kelantan email kat aku amrishah@yahoo.com.

    Aku nak tunjuk, melayu negeri mana yang lebih merempat, Melayu Kelantan zaman Pas perintah 1990-2009 lebih maju 5 X ganda dari masa UMNO perintah 1978-1990.

    Ko kat orang melayu kelantan mundur, orang UMNO kelantan pun akan marah.

    Jangan kaitkan insiden ditadium dengan orang kelantan saja.

    ko seolah menganggap orang kelantan bodoh. siapa yang memenuhi U tempat ko belaja dulu, siapa yang memenuhi pejabat kerajaan, siapa yang berada di Pusat Multimedia tempat ko kerja sekarang.

    Melayu kelantan cerdiklah maka kelantan BN tak nak bantu, semua tarik balik, bina lebuh raya pantai timur, tarik balik, nak gali minyak tak jadi, takut kelantan lebih kaya dari Kuala Lumpur dan banyak, banyak terlalu banyak.

    ko tau tak projek kerajaan BN dikelantan sapa dapat?? semuanya UMNO, duit budak sekolahpun UMNO, wang off,kuwan,baja dan banyak banyak lagi. ko ingat melayu mana tak marah, itu harta kerajaan. kerajaan adalah rakyat termasuk ko, aku dan semuanya.

    sambung lagi....assalamualaikum.

    ReplyDelete
  9. Aku berjuang ikut Islam jer, mana yang bertentangan dengan ajaran tu, dah memang jihad kita la amar ma'ruf, nahi munkar. Bukan aku membuta tuli menentang BN terutamanya UMNo, jika orang Islam dlm PAS dan PKR pulun rasuah pun aku hambat jugak. Tapi terang-terangan sgt UMNO ni tak membela melayu tapi bela perut masing2.. Sampaikan Port kita kat Labuan pun tak diiktiraf dunia kerana akaun yang dibuka disana tiada data, tu duit sape billion2 kat sana tu? Dulu masa aku sekolah, aku tak faham dengan perjuangan PAs dlm akhbar Harakah yang bapak aku langgan, tapi bila aku diberi kesempatan undang-undang sivil dan Islam, dapat belajar usul fiqh, baru aku faham. Rupanya masyarakat Melayu kita ni dah byk sgt terpesong akidah dan akhlaknya, hiburan melampau2, agama dipersendakan dan dipolitikkan, usaha dakwah disekat2.. siapa punya kerja tu kalau bukan pemerintah kuku besi ni? Bukan dari zaman Mahathir je (walaupun Mahathir lah yang telah menyebabkan ketidakpuasan hati orang Melayu), sifat tamak UMNO ni sejak dari Tun Abdul Razak lagi.

    ReplyDelete
  10. BlogMenu & burpingBurps,

    Baiklah korg pandai. Korg la hebat. Korg la paling bagus skali bab² Islam, Politik & Negara.

    Malang skali kt opis aku takde pun sorg anak Kelantan yg keje. Dah 2 3 kampeni aku pegi, semuanye takde pun anak² Kelantan. Aku bukannye jenis smgt kenegerian. Kwn² aku terdiri drpd mereka yg keluarga berasal dr Kelantan jugak.

    Mmg la projek sekolah kt Kelantan UMNO dpt psl UMNO yg beriya² nk bangunkan pendidikan di negeri Kelatan. Bkn BN takmo bantu tp korg sdr takmo izinkan BN membantu.

    Mahu dibantu kenalah tunjukkan sokongan pd K'jaan Pusat, barulah dpt bantuan. Tp kdg² K'jaan Pusat bantu gak ape² yg patot kan. Nak harapkan kerajaan negeri mmg lama lg, baik kasi ceramah je.

    BurpingBurps,

    Sungguh tak bertuahkan kita ni idop di M'sia. Rata² ramai yg tak reti bersyukur. Aku bukan pejuangkan korupsi di kalangan UMNO. Aku juga menentang rasuah ni.

    Tp ko terlalu memandang rendah pd UMNO sedangkan selama ni kejayaan ko dr kecik smpai besar di bwh k'jaan UMNO dan rumah yg ko duduki pun skg ni atas hasil usaha UMNO gak.

    Cuba blaja bersyukur ye~

    Tamak tu bukan sikap UMNO tp itu sikap manusia. Cuma mereka yg tamak tu adalah ahli UMNO yg terkenal. Dlm parti lain pun ade juga cuma kita xnmpk psl mereka tutup sifat negatif mereka tu.

    UMNO cuba bersikap telus dgn semua kaba² baik & buruk mengenai parti diberitakan dlm akhbar agar rakyat phm dan memahami. Jgn terlalu prejudis dgn UMNO la~

    ReplyDelete
  11. Salam reez, aku tidak prejudis ngan UMNO, aku masih suka kalau UMNO Memerintah Malaysia, Aku Tengok PAS pun bukan kuat sangat, tapi aku dan PAS nak mendidik UMNO biar jadi baik, Imam tak boleh Mabuk nanti silap baca Kulliya, Imam mesti waras...aku suka berdebat dengan ko, sebab ko orang cerdik computer, aku taklah cerdik sangat, tapi dah 15 taun aku guna computer dan 10 taun aku jual komputer. Aku tokey computer. Aku tak kata semua orang UMNO tak baik, samalah dengan orang PAS, tak semuanya baik…TAPI

    Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia…sebaik-baik UMNO adalah sejahat2 PAS.

    Reez, akupun dulu orang UMNO, tapi yang sederhana saja, penyokong, bukan macam ko, pemuda yang boleh mengundi di PAU. Tapi aku renung2 UMNO ni teruk sangat. Sebab tu aku masuk sebelah kaki dalam PAS, sebelah kaki bebas. Tak ahlipun.

    Kenapa?...kita lihat dari beberapa sudut….

    Pembangunan…..UMNO sangat bagus, sebab dengan pembangunan tu dapatlah duit kopi, the, nasi lemak dsb

    Hiburan….PAS pun berhibur tapi UMNO terlalu mengagungkan hiburan, ada berapa ramai ahli PAS bergedik-gedik dengan mendedah aurat, goyang punggung, berpelukan di kelab-kelab malam, kelab dangdut.. kalau kau kata ramai.. ko PEMBOHONG BESAR. Tapi bohong tu biasalah bagi UMNO…. Halal.

    BOHONG…UMNO memang terror

    Perempuan ….PAS pun ada nafsu tapi UMNO kalau beselindung melepaskan nafsu.

    JUDI…orang PAS pun ada berjudi kerana berkawan ngan UMNO tapi UMNO dan BN tokey judi.

    ARAK….jarang orang PAS minum tapi UMNO jadi amalan tradisi, kecuali beberapa pemimpin spt TOK PA, PAK LAH, USTAZ2 dan sewaktu dgnnya.

    RASUAH ….UMNO buat macam sedekah, tapi sedekah jariah amatlah berkira

    ZINA….Pemimpin UMNO bahkan menghalalkan zina lacur dengan alas an kemiskinan, mana kitab dia baca, minta-minta ko tak buat macam tu, insya Allah.

    DEDAH AURAT…yang aku nampak hanya bini Muhyidin, Tok Pa, dan beberapa kerat yang mana kalau letak kat padang bola boleh bilang satu-satu. Apatah lagi anak-anak, saudara terdekat, kaum kerabat, tak ada siapa yang nak tegur, bahkan kalau terlalu kerap memakainya…akan ditegur….Oiii warak nampak?
    Bercakap Mengarut…sama-sama kuat

    SOLAT…mungkin semua solat….tapi mana-mana masjid aku nampak yang berjanggut dan berserban saja….cuba ko bilang, kan Pemuda tugasnya membuat kajian, kaji selidik. Ko tak pernah tinggal solatkan.

    PUASA…payah nak tahu, tapi kalau solat kurang puasa biasanya Jarang..ko tak pernah tinggal puasakan? Satu hari ko tinggal puasa Ramadhan seumur hidup tidak memadai walaupun diganti-maksud hadits.
    Baca Qur'an….mungkin ko baca Koran…alhamdulillah, tapi ramai yang tak pandai baca qur'an, mana mana nak baca…samada UMNO atau PAS sama saja. Tak pandai baca qur'an kecuali yang belajar sek. Agama.

    Terima Qur'an …menerima hukum qur'an…yang ni UMNO kalah sebelum bertanding…99.9 persent.

    Tolak Qur'an…menolak hudud sama seperti menolak qur'an. Takpalah ko kata hudud PAS, sekarang UMNO buatlah Hudud UMNO, lepas tu bandingkan dengan Hudud PAS…dengan syarat Letak Qur'an dan Hadits di tengah-tengah. Aku faham UMNO tolak hudud bukan sebab takut kudung tangan, sebab aku tahu UMNO tak mencuri, orang kaya mana mencuri, orang PAS barangkali banyak mencuri sebab diaorang miskin. Tapi UMNO tolak hudud sebab Hukum Rejam, dan Rotan. Zina dan Minum Arak.

    BERGAUL BEBAS LELAKI PEREMPUAN….ini ko sendiri faham…shimalah, entah sapa-sapa lagi.

    PILIH KASIH….tentu semua ada…kroni tak kira UMNO atau PAS,

    Dan terlalu banyak lagi.

    Semuanya aku andaikan dari kalangn orang Kelantan, tapi kalau tempat lain…ko pikirlah sendiri.

    Kita sama-sama Melayu : kenapa kita boleh beza membeza. PAS kata diaorang bukan menentang UMNO kerana namanya UMNO tetapi kerana dasarnya membekalakngkan Islam dan Hukum Islam.

    Maaf jika tersinggung.

    ReplyDelete
  12. alahai.malas nak cakap la.bila mb selangor nk bukak uitm pada non bumi, mana aja org umno yang tak bising.so now..dah baca belum,

    "Najib drops Bumiputera quota for services sector"

    hahah.pasal yg ni, i shall concur with najib.i am a malay as my parents are.n am still practising adat melayu which also makes me a malay. i speak bahasa melayu all the time , n therefore i am a malay.

    tp mmg sy setuju quota sistem for bumi ni patut dihapuskan.with this bumiputera-ism thingy, n quota system, malay will always be pampered and doesnt want to move forward.dalam erti kata lain, PEMALAS dan cuma bergantung atas tiket bumiputera sahaja.

    sama seperti ketika saya bersetuju dgn cadangan mb selangor utk membuka uitm pd non bumi, saya juga bersetuju dgn PM kita kali ini. kadang2 melayu ini perlu dibangunkan dari tidur.

    cumanya, mengapa yaa kali ini tiada bantahan besar-besaran dibuat oleh ahli UMNO?

    tentang kugan pula, u were saying that he was a suspect to a crime. perhaps u should understand the dffrn between a suspect, an accused and a convict.

    hny kerana dia adalah suspek dlm kes jenayah curi kereta, maka nyawa beliau lebih murah di mata masyarakat? how skeptical is tht huh?

    lg pun, dia adalah suspek dlm kes curi kereta shj.even if later was charged and convicted,hanya akan dipenjara atau denda sahaja.x laa smp hilang nyawa.

    kenyataan anda bhw kes kematian dlm kustodi polis mmg dh bnyk berlaku, seolah2 mcm anda ni meredhakan perbuatan tersebut.mungkin belum terkena batang hidung sendiri, boleh laa pejam mata shj.

    tentang eliz dan chua soi lek, dua2 tak bersalah.nothing were done in public.it was a mere sabotage by those irresponsible ppl.

    one thing i wd like to highlight here when u reply the comments earlier, u were saying this to nalapambu;

    "Sian la ko ni. Dulunya ko penyokong UMNO ye tp skg dah sokong PAS. Agaknya ko blah dari UMNO mst tak dapat projek kan?"

    ermm..mmg umno senang dpt projek ke???

    ReplyDelete
  13. AJK PKR Putrajaya ada di sini
    http://jamilismail.blogspot.com
    musang berbulu ayam spesis al juburi juga.

    ReplyDelete
  14. Your statement doesn't potrya your enlightment in the discussion at all and it really pulls my nerves this time. I wonder why. Maybe you should read my blog, the latest entry.

    UMNO atau mana-mana kerajaan dipilih rakyat adalah bekerja untuk rakyat, to serve the public and there is no issue such as we should be thankful to him, he and she. It is a RESPONSIBILITY. Work for the people does not mean work for their own fames either individually or for their party, and to me both are petty and cheap issues to borne in the eyes of the people that we should be thankful and grateful to them. I only grateful to Allah s.w.t. Allah is my ONLY SUSTAINER.

    With the decided cases and more pending legal suits, I believe people are both watching and considering whether or not to make BN as history or the underdog as what been claimed by their leader. And I don't even want UMNO to do anything for me if I knew before i was born and have the option not to choose.

    But now being much more discern and wise I stand my own choice of jihad. You should really really really learn and read more if you could, so that it would help you to be wise and speak with your head, not you toe or the tip of your toes. And thank you for both the credits noticing my intellegence, I'm a law graduate, and I learn from good-thinkers, analytical laceturers. Blame them. Blame Prof. Aziz Bari, Prof Salim Farrar, Dr.Harun my adorn wise lecturers.
    Oh, and if you dare, publish this too. And I would definitely understand if you won't. UMNOnians, biasalah.

    ReplyDelete
  15. salam untuk salwa,

    aku bukan keluar UMNO sebab tak dapat projek, tapi sebab terlalu banyak projek yang dia orang nak bagi, tapi aku tak mampu laksanakan. kenapa? sebab setiap projek diaorang nak 10% kadang2 sampai 30%, RASUAH TUU....Rasuah berdosakah? dosa kecik atau besar?, satu lagi, projek belum jalan, komputer belum hantar diaorang dah minta...minta....aku jahil-jahil pun takut dosa gak.

    lg satu sebab aku tengok, orang-orang cerdik pandai, pensyarah, doktor, prof2, ustaz2, tok-tok lebai semua masuk PAS akupun apa lagi, aku rasa ada something wrong pada UMNO. MEMANG BETUL....yang jelas bini-bini UMNO tak tutup aurat banyak-banyak, bini-bini PAS kadang-kadang je, itupun yang sejahat-jahat PAS je.

    ReplyDelete
  16. erm..
    pasal isu tdung and tutup aurat tu..it is the outer part visible to the eyes..hati manusia kna ambil kira juga.tak semua yg bertudng baik, dan tak semua yg togel itu jahat.

    the same goes, tak semua pas itu masuk syurga dan tak semua umno itu ahli neraka.after all..who are we to judge ppl?

    but we can always judge the Party!!

    cumanya..sy kurang faham kenapa umno yg seharusnya memperjuangkan melayu dilihat lebih banyak menghancurkan melayu?

    if u can appreciate our history, try to trace back the constitutional crisis in 1993 and 1983.adakah pas yg menghancurkan ketuanan melayu masa tu?

    well..as wat dicey said "an absolute power corrupts absolutely"

    ReplyDelete
  17. Aslm. kpd Lieza.
    Bukan tak setuju dgn pendapat awk cuma nk nk tambah sikit kpd mangkuk2 perosak agama ni.

    Isu hijab dan aurat ni ada perkiraan sendiri di akhirat. Tak kira hati busuk ke wangi ke, ada kelemumur ke, kurap susu ke, kena pakai la pasal dah WAJIB. Pula tu kena lihat cara bertudung ikut syara', tutup rambut, leher dan dada, tak berpakaian ketat, jarang atau nipis, tidak mengenakan wangian2 (selain dr muhrim). Hati manusia tu mmg la mcm2 ada yg baik ada yg kotor, tamak, selfish dll tapi kalau dah pakai tudung tuh ingat Allah la jaga perangai tu biar mcm Muslim. Kalau nak merokok, membonceng dgn mat rempit, dating2 pegang tgn cium2 meraba2, tidur dgn bf, tonggang arak, patut rasa malu tuh 300% la sbb dah la buat dosa, jatuhkan martabat agama Allah pulak.. tak ke dorg ni dikirakan sebagai makhluk Allah paling munafiq dan kufur nikmat? babi pun lagi mulia tau jugak zikir kat Allah.
    sekian.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..