Tuesday, March 31, 2009

Padah Tauke VCD


SHAH ALAM 31 Mac - Seorang wanita hamil lima bulan bersama rakannya didenda RM1.04 juta setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki 520 salinan langgaran dalam bentuk cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD).

Hakim Azimah Omar menjatuhkan hukuman ke atas Wong Chooi Fun dan Ng Shuk Kuen kedua-duanya berusia 27 tahun.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda tersebut serta merta setelah permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman denda, ditolak.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada pukul 6.15 petang di premis Ong Laser di No. 9, Jalan Maxwell Rawang, Gombak dekat sini.

Wanita terbabit disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 41(1)(i) akta tersebut.

Ia memperuntukkan denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran yang dimiliki.

Sumber Utusan Malaysia


Komen:

Kalo aku kene denda byk tu, mau pengsan bangun balik pengsan
bangun balik mcm tu la jdnye smpai 203 kali. Aduhhhhh~

Moral : jgn beli - jual - simpan vcd haram

Friday, March 27, 2009

Barisan Muda MT UMNO

PENGERUSI TETAP:

Datuk Badruddin Amiruldin - 2,272 undi


TIMBALAN PENGERUSI TETAP:

Datuk Mohamad Aziz - menang tanpa bertanding


PRESIDEN:

atuk Seri Najib Razak - menang tanpa bertanding


TIMBALAN PRESIDEN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 undi


NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - 1,592 undi

2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - 1,515 undi

3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal - 1,445 undi


AHLI MAJLIS TERTINGGI:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed - 2,239 undi

2. Datuk Noh Omar - 2,084 undi

3. Datuk Seri Musa Aman - 2,084 undi

4. Datuk Azian Osman - 2,060 undi

5. Datuk Zainal Abidin Osman - 2,054 undi

6. Datuk Mohd. Zin Mohamed - 1,854 undi

7. Datuk Ismail Sabri Yaakob - 1,838 undi

8. Datuk Lajim Ukin - 1,804 undi

9. Datuk Shaziman Abu Mansor - 1,705 undi

10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi - 1,700 undi

11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman - 1,685 undi

12. Datuk Idris Haron - 1,658 undi

13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - 1,624 undi

14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis - 1,622 undi

15. Datuk Saifuddin Abdullah - 1,619 undi

16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad - 1,611 undi

17. Datuk Seri Mahdzir Khalid - 1,580 undi

18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah - 1,529 undi

19. Datuk Hamzah Zainuddin - 1,518 undi

20. Datuk Bung Moktar Radin - 1,517 undi

21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin - 1,481 undi

22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique - 1,431 undi

23. Datuk Ahmad Shabery Cheek - 1,377 undi

24. Datuk Seri Idris Jusoh - 1,275 undi

25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim - 1,265 undi



Inilah barisan kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO yg baru. Mereka² yg terpilih adalah drpd golongan 'muda' dlm UMNO yg dijangka dpt menerajui parti UMNO dgn lebih baik dan berkesan utk semua.

Jelas keputusan undian yg mahukan perubahan pd UMNO sendiri. Melalui perbahasan juga kita lihat dan dgr semuanya berkisar ttg perubahan dgn perlu dilakukan pd UMNO secara drastik. Sebelum ini UMNO dicop sbg sebuah parti yg seakan menyusahkan org Melayu & seakan hilang taringnya dlm mperjuangkan isu ketuanan Melayu. Hari ni kita harapkan UMNO menjadi penjamin masa depan org Melayu seperti sebelum² ini.

Kita tak perlukan pemimpin yg korup dan dipenuhi dgn rasuah sana sini. Kita perlukan pemimpin yg BERSIH !! Mereka mestilah ikhlas dan bertanggungjawab dgn amanah yg disampaikan oleh jutaan ahli UMNO seluruh dunia.

So apa lagi wahai pemimpin UMNO, jalankanlah tugas dgn penuh khemat dan tanggungjawab serta jujur dalam setiap perbuatan demi kepentingan bangsa, agama dan negara !!


Hidup UMNO..Kini & Selamanya~

Thursday, March 26, 2009

Seperti Yg Dijangka..


Akhirnya menang juga Khairy Jamaludin utk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO M'sia. Mmg rata² pendapat kalangan ahli UMNO yg bole agak kemenangan Khairy. Nak tak nak kita kene terima kemenangan Kj dgn hati terbuka.

Semoga Kj dpt menjalankn tugas selaku Ketua Pemuda UMNO dgn sebaiknya dan berani menangkis sebarang tohmahan pd UMNO pd masa kelak.

Tahniah juga pd Mukhriz & Khir Toyo kerana turut bertanding walaupun tidak menang tp semangat setiakawan tu tetap ada.

Tahniah juga pd Shahrizat atas kemenangan sbg Ketua Wanita UMNO dan juga tahniah pd Rosnah yg berjaya merebut kerusi Ketua Puteri UMNO. Semoga kalian dpt menjalankan tugas sebaiknya dan tidak selesa dgn jawatan yg di sandang.

Wednesday, March 25, 2009

Earth Hour



Dah lama aku nk post kt blog ni psl Earth Hour ni. So aku rs y not aku join sama skali utk padamkan lampu jam 8.30 mlm (28hb mac o9) ni.

Apa lg, register la kawan² utk tunjukkn kita support program ni. Walaupun ia tidaklah membantu sgt utk dunia tp usaha kita ini sudah dianggap sangat berguna utk generasi akan datang.

register kt web ni http://www.earthhour.org.my


*nk rehat kejap dr politik. persidangan UMNO la katakan~

Wednesday, March 18, 2009

Kenyataan Mukhriz (BN + PAS)


16hb Mac 2009.

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Lim Guan Eng (New Straits Times, 14 Mac 2009-Hadi must clarify remark) yang menuntut supaya YB Dato Seri Tn Hj Abdul Hadi Awang menjelaskan kepadanya apa yang dimaksudkan oleh Tn Haji Hadi mengenai cadangan untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran bersama Barisan Nasional.

Kenyataan YAB Lim Guan Eng menampakkan beliau tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap pentadbiran yang berasaskan stabiliti dan perpaduan. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang ini jelas bermaksud bahawa beliau ingin memecahbelahkan rakyat melalui mainan politik sedangkan rakyat sedang menuntut agar pemimpin beri tumpuan pada pembangunan ekonomi dan hentikan politik perpecahan.

YAB Lim Guan Eng sekali lagi menonjolkan sifat kurang ajarnya apabila cuba mengagalkan cadangan agar Melayu menyatukan kuasa politiknya di negara ini. DYMM Tuanku Sultan Selangor, DYAM Raja Muda Perak dan DYAM Raja Muda Perlis telah menyarankan sebelum ini agar Melayu bersatu serta memberi amaran supaya pihak-pihak tertentu jangan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat.

Saya sendiri telah mencadangkan agar PAS kembali kepangkuan BN supaya dapat kita bersama mentadbir negara dengan aman dan baik. Soalnya kini, kenapa DAP mempertikaikan penyatuan Melayu? Kenapakah DAP lebih suka Melayu berpecah seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang? Saya melihat YAB Lim Guan Eng lebih mementingkan kuasa politik partinya daripada memastikan kestabilan negara pada masa yang penuh mencabar ini.

Ini adalah bukti pemikiran kepimpinan DAP yang cetek, dan YAB Lim Guan Eng lagi sekali menunjukkan sifat perkauman dan chauvinis parti DAP. Yang paling penting pada waktu ini, adalah perpaduan rakyat, dan bukan kepentingan satu bangsa sahaja.

Saya benar-benar berharap pihak PAS dapat menerima baik saranan YB Tan Seri Muhyiddin agar satu cadangan untuk perpaduan yang bertulis dapat dikemukakan kepada Barisan Nasional untuk dipertimbangkan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, saya di sini MEMBERI AMARAN kepada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya jangan terus jadi dalang dalam memecahbelahkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Sekian.

YB Dato Mukhriz Mahathir

Monday, March 16, 2009

Seraya Pandang~

2 Bukit 1 Batang

2 Bukit 1 Batang

Kini di ketiga² kawasan yg dijangka panas pd 7 April ni telah diisi dgn senarai nama calon dr BN. Agaknya bolehkah ketiga² kawasan ni disapu bersih oleh BN?

Nak kata lebey² pun takot gak sbb skg ni keadaan pun tak menentu. Tambahan pula dgn sikap pengundi yg sesuke hati pangkah mane² kotak kosong pd kertas undi. Berikut nama calon²..

Parlimen Bukit Gantang – Ismail Safian

DUN Bukit Selambau – Datuk S. Ganesan

DUN Batang Ai – Malcom Mussen Lamoh

Takpe nnt kite tunggu dan lihat isu & keputusan PRK ni ye. Aku yakin BN akan menang di tiga² kawasan ni. Jika BN kalah, aku akan tukar banner blog baru kt atas tu. Hehe~


Buanglah UMNO~

Hati aku jd menyirap dan sakit hati setiap ari baca artikel dlm blog & surat kaba ttg salah laku ahli² UMNO yg perangainye mcm sial. Skg ni aku sdr tak tau sapa yg salah dlm kes² salah laku ahli.

Ehhh seriously aku mmg benci dan menyampah dgn sikap sesetengah ahli UMNO yg gunakan duit utk menarik undi dan mcm² lg la yg ada kene mengena dgn duit & rasuah.

Kalo parti lain nk buat gitu, biarkanlah. Dorg mmg tak penah bersih tp UMNO patot bersih dr segala segi baik disiplin ahli dan mentaliti perjuangan UMNO tu sdr!!

Tolong hilangkan gejala kroni & duit.

Ini bukan kutukan mahupun penghinaan pd UMNO tp adalah rs tanggungjawab seorang Pemuda UMNO yg dlm bdnnya mengalir darah perjuangan turun temurun utk menyedarkan ahli² UMNO supaya berubah. Kita perlu berubah utk kebaikan semua.


Bhs Inggeris Math & Sains

Masa Tun Mahathir memperkenalkan modul pembelajaran Math & Sains dlm bhs Inggeris takda sapa nk bangkang. La ni tibe² plak ada yg membangkang.

Salahkah kalo anak Melayu belajar bhs subjek Math & Sains dlm bhs Inggeris. Sgt menghairankan bile tgk results SPM baru² ini mencatatkan 10,080 orang pelajar mendapat 10A1 (jika tidak silap). Satu jumlah yg baik.

Pendapat adik aku & pelajar² yg aku tanye, dorg ckp tidak menjadi beban pun bile blaja Math & Sains dlm bhs Inggeris. Dorg ckp sgt bgus utk menguasai bhs Inggeris dgn cepat. Kalo takleh jwb dlm bhs Inggeris dlm exam, dorg still ada option utk jwb dlm bhs Melayu. Cuma kita yg kt luar sekolah ni sje yg tak brape tau ataupun sengaja buat tak tau.

Yg terjadi baru² ni di Masjid Negara semasa perhimpunan menyerahkan memorandum adalah salah satu tindakan plg bodo penah dilihat. Kalo nak serahkan memorandum pd Agong just pegi pejabat Agong dlm 5 – 10 org dan serahkan shj. Tak perlu berhimpun dan menghalang lalu lintas sehingga 10km.

Kita lihat bangsa lain turut menyokong tindakan utk pemansuhan bhs Inggeris subjek Math & Sains. Bagus krn mereka menyokong tp sedarkah kita akan suatu hari nnt jika mereka pula akan bersuara dan meminta k’jaan mengembalikan pembelajaran subjek Math & Sains drpd bhs Melayu ke bhs ibunda mereka sdr.

Isu ini dijangka bakal digunakan pihak pembangkang utk PRK akan dtg nnt. Isu meraih simpati rakyat dan beria² menangis smbil menjanjikan perjuangan utk rakyat sudah pasti akan dinanti umum.

Kata pihak pembangkang berani berubah, takkan berubah skit pun tak bole??


BN + Pembangkang = Malaysia

Satu usaha yg sgt² murni yg disaran & cuba dilakukan oleh PAS dgn mencadangkan agar k’jaan BN bergabung dgn Pakatan Pembangkang utk mewujudkan k’jaan perpaduan. Cehhh~

Skg ni k’jaan yg sedia ada pun k’jaan yg berperpaduan. Pelbagai bangsa mengisi jawatan pentadbiran negara dan byk jabatan di bwh k’jaan yg bole membentuk rakyat berperpaduan. Cuma terpulang pd penerimaan rakyat yg suka melabelkan BN adalah utk BN. Tp sbenarnye adalah BN utk semua.

Ini semua adalah cubaan PAS utk kepentingan sdr. Semua yg diucap & dicadangkan oleh PAS adalah beragenda sdr. Dh lebey 50 thn BN dgn haluan sdr tp M’sia tetap berjaya di mata dunia.

”..Tak payahlah. Dia punya prinsip lain, dulu kita dah cuba..”

”.. Kita tidak boleh bekerjasama dgn org yg begitu sekali politiknya sampai sanggup mengetepikan kepentingan org Melayu..” – Tun Dr Mahathir Mohamad

Hah dh terang² nmpk PAS ni mcm lalang. Mane untung di pegi kaut. Mungkin dlm setengah isu, kita bole bekerjasama. Tapi mgkin tidak mustahil jika perkara ini bole berlaku dgn satu syarat iaitu PAS kene terima dan ikot pendirian UMNO & BN.

Seharusnya PAS patot mengutamakan perihal isu Melayu berbanding isu lain yg bole menggugat Ketuanan Melayu selain isu Islam kemudian barula bole bercerita ttg isu penggabungan BN dan Pakatan Pembangkang. Tak gitu cikgu Nik Aziz?


Penceroboh Dipanggil

Para penceroboh yg menceroboh bilik mayat Hospital Serdang berkenaan kes kematian S Kugan telah dipanggil memberi keterangan.

Setiap kali aku terbaca & menulis artikel ni, aku jd benci dan meluat dgn sikap kurang ajar dorg ni. Kerana dek Hindraf mereka jd begini & tak hormati undang². Kerana dek mereka yg menceroboh ni ada lg yg cuba jd samseng.

Ehhh sial la dorg ni. Malas nk tulih lg sbb ada gak Melayu yg akan bangkang pandangan aku ni psl kes Kugan.


Tiada ’Mi Segera’?

Weihh mcmne ni kalo takde lg mi segera??

Ha ha ha tak tau..

Bg aku ini tindakan yg sgt adil oleh TPM Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika setiap kali PRK, rakyat akan dijanjikan dgn mi segera. Mi segera ni bkn sje tak bagus tp bakal memudaratkan rakyat nnt jika ia terus diamalkan begini.

Biarlah rakyat yg tentukan nnt samada mereka mahupun mi segera ataupun mi pjg. Jika memberangsangkan keputusannya, rakyat akan diberikan mi yg panjang dan takkan habis. Itu adalah janji kerajaan tp apa yg lg penting adalah rakyat memberi kepercayaan pd ’pengeluar mi’ td.

*aku pun dh kompius ni dgn mi.


Pokok Demokrasi

Huahuahua akhirnya plak yg teletak di bwh pokok yg menjadi saksi persidangan luar biasa di dunia dirobohkan jua.

Hah elok la tu, dorg kata nk buat mcm tmpt peringatan la. Bla bla bla..

Skg ni katanya utk peringatan pastu nnt utk pelancongan plak then nnt skit masa lg dh jd tmpt penyembahan plak. Kalo setakat org Cina & India sembahyang kt situ takpe. Takot² nnt org Melayu pun turut terjebak menyembah plak peringatan tu.

Skg ni org Melayu dlm pakatan tak kisah, soal² agama dh jd mcm remeh. Nama kalimah Allah pun dibenarkan kongsi sama maka nnt tidak hairanlah jika cara sembahyang pun bole jd sama juga bwh pokok tu.


*Maaf pd semua pengunjung blog ni. Aku agak bz dan lewat skit nk updaten new entry. Tp aku sentiasa follow blog sahabat² juga.

Thursday, March 5, 2009

Menterbalikkan Dunia


Rasa bodo bile terbaca cite psl org ramai yg agak dungu nk buat perhimpunan bantahan pd pihak Polis disebabkn kematian 6 penjenayah di Kulim.

Heiii bodo la korg ni !!

Kalo dh mmg penjenayah tu harus mati je la. Polis takkan menembak penjenayah jika penjenayah tu tak menyerang & membahayakan keselamatan anggota Polis.

Nasihat aku jgn la nk jd hero wahai korg² yg nk 'tegakkan keadilan'.

Polis tahu apa yg dorg buat. Takkan Polis sewenang²nya nk tembak org sesuke ati. Uishhh kalo gitu, agaknye ramai org dh mati kene tembak dgn Polis sbb kesalahan remeh temeh.

Tp kalo dh kesalahan jenayah berat spt rompakan / pengedar dadah / mengamuk (semuanya bersenjata) pasti akan ditembak jika mereka membahayakan keselamatan awam ataupun takmo dgr amaran Polis tu pun kalo takde pilihan lain la.

1 faktor mungkin ialah kos lebey rendah. Tak payah nk sumbat dlm jail, tak payah nk kuarkan kos pengangkutan ke mahkamah, kos makanan, dobi bla bla bla.

Lantaklah, sape suh jd penjenayah !

Wednesday, March 4, 2009

Melihat Kuala Lumpur Kala Hujan

Semalam Kuala Lumpur dikejutkan dgn hujan yg sgt² lebat. Akibat drpd tu, sesetengah tempat banjir spt di PWTC.

Ni ar gambar aku amek dr opis.

Gambar sekitar Keramat

Wangsa Maju dan kawasan sewaktu dgnnya dh lebat

Bandar Kuala Lumpur semasa hujan

Gambaran dari kepong tengah hujan

Lagi nk lebat

Selesai hujan...

Tendang & Tumbuk~




Meh cni kawan² tenangkan pikiran tu dlu. 24 jam cite politik pun penat gak kan.

Hah main la game kt bwh ni !!

Relex²

Tuesday, March 3, 2009

Lepas Geram Pada Karpal !!




Tips : Kasi Karpal tonggeng smpai nampk bontot baru click (tendang) hehe~





Tips : Ketuk Karpal sahaja !! Binatang purple tu tak bersalah. (click jam utk xtra time)


LAYAN~

Monday, March 2, 2009

Akhirnye~

Melayu BN kata apa..
Melayu PR kata apa..
Akhirnya apa??


Bile Anwar dituduh meliwat..
Melayu BN - Anwar salah smpaikn 2 kali jd kes yg sama ni cuma mangsa je lain.
Melayu PR - Anwar tak salah, ni semua keje BN & Najib nk jatuhkan Anwar..
Akhirnya - Senyap plak kes tu. Dh t'lupe kot.


Bile Si Nizar mohon derhaka Sultan Perak..
Melayu BN - Penderhaka mesti dihukum dan didakwa. Pantang Melayu derhaka pd Sultannye.
Melayu PR - Ahh Sultan pun dh geng dgn BN, berat sebelah.
Akhirnya - Senyap gitu je. Dimaafkan ker?


Bile Si Karpal Mencabar Keputusan Sultan..
Melayu BN - Kita tentang habis²an krn Karpal biadap & derhaka mengkritik keputusan Sultan. Buang kerakyatan Karpal.
Melayu PR - Karpal buat perkara yg betol. Kita patot sokong Karpal krn dia pun PR. Singh is King !!
Akhirnye - Repot² polis akhirnye senyap lg.


Bile Karpal diugut dgn peluru..
Melayu BN - Hah elok la tu kalo tak sedar² lg.
Melayu PR - Isk apa nk jd la. Ni mst keje BN lg ni.
Akhirnya - Pemuda UMNO gak dituduhnya.


Bile Karpal kata Pemuda UMNO celaka..
Melayu BN - Woo marah², haram punye Karpal bla bla bla..
Melayu PR - Kalo tak kasi peluru pun mmg Pemuda UMNO semua celaka.
Akhirnya - Cite ni bakal senyap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...