Hari ni plak, CUEPACS rasa “kesal mendalam” pd cara Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati “culas" bertugas.
Sebenarnye mungkin CUEPACS tak tau cite sbenar mengapa Datuk M. Saravanan ada kt situ.
Baca flow ni je senang..
- Driver Datuk M. Saravanan telah terlanggar seorang perempuan.
- Masa kejadian, Datuk M. Saravanan berada di function.
- Driver hantarla perempuan tu ke Emergency HKL.
- Then bile driver ni cite pd Datuk M. Saravanan, terus pegi melawat perempuan ni.
- Kebetulan ade wartawan ikot sama Datuk M. Saravanan ke HKL.
- Perempuan td tu still kt wad kecemasan tanpa menerima sebarang tindakan.
- Tggu punye tggu lama sgt doktor kt situ nk amek tindakan, Datuk M. Saravanan terjah ke bilik doktor.
- Tgk² doktor tgh buat keje sdr & baca paper. Hah kantoi !!
(aku tau cite sbenar ni masa tgk MHI, TV3 pagi td, Datuk M.Saravanan berciter ttg apa yg berlaku sbenaye)
Kata berita mutakhir hari ini..
CUEPACS pula kata,
Datuk M. Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.
“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?” tanya Ahmad Shah.
Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan “mengesan” seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.
Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.
Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama
Komen Aku:
Aku tak rasa perkara ni kes terpencil spt yg dianggap oleh CUEPACS. Sbbnye ramai dikalangan kita yg pernah menjadi 'mangsa' keadaan di hospital terutamanye di hospital k'jaan. Mutu & perkhidmatan yg mengecewakan.
Kita patot paham, kebiasaannye kalangan yg ingin mendapatkan rawatan terdiri drpd golongan yg berpendapatan rendah & kurang mampu. Tak seharusnye mereka diberi rawatan lewat dan dirawat secara ala kadar sje.
Baru² ni 1 hal terjadi pd seorg kakak aku bile diherdik dan dimarahi oleh nurse yg bertugas di HKL juga. Bukan sje kakak aku sorg je kene marah, abeh semua pesakit² tua dan uzur dlm wad kelas ke 2 kene maki hamun dek sorg nurse ni.
Agaknye dorg ni pk buat keje atau tak, cukup bulan mst dpt gaji. Pegang jawatan tinggi² tp integriti takde. Kalo dh keje kt sektor khidmat awam tu kene la wat keje betol² dan berhemah dgn pesakit mahupun pelanggan atau dgn sesiapa mereka berurusan.
Bende² gini kalo tak hebahkan dan diatasi dgn cepat pastinya akan menjadi 'virus' pd org² lain terutama bdk² muda yg baru mulakan langkah memberi khidmat pd org ramai.




