PM

 photo IMG-20140720-WA0036.jpg

Sunday, August 30, 2009

MALAYSIA MERDEKA



Selamat Hari Merdeka


Ke 52 Tahun


MALAYSIA !!



Semangat 1 Malaysia Membawa Negara Menuju Kejayaan Wawasan 2020

Dan

Menjadikan Malaysia Sebagai Negara Yang
Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang

Monday, August 17, 2009

Nik Aziz Makin Nyanyuk

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. - Utusan


Komen :

Siapa Nik Aziz ni?

Tuhan ker Ulamak? Sape yg gelarkan dia ni Ulamak? Tak penah lgsg dlm idop aku isytiharkan dia Ulama Islam sbb semua kenyataan yg dikeluarkan dari mulut mmg tak bole diguna pkai.

Atau dia ni cuba jadi Nabi & Rasul??

Mmg sah la dia ni dh mula nyanyuk. Byk perkara yg dikatakan tak bole diterima akal lgsg.

Kononnya Islam yg diamalkan UMNO tidak bole membawa manusia ke Syurga. Haihhhh makin parah nyanyuk org tua ni. Islam mcmne plak yg diamalkan PAS?

Islam yg menghina bangsa & seagama sendiri atau Islam yg bersekongkol dgn kafir utk menjatuhkan agama sendiri ker?

Umat Islam jenis apakah Nik Aziz ni? Sanggup membenarkan bangsa lain dgn sengaja menghina agama Islam dan menghalalkan setiap perbuatan yg bertentangan dgn Islam.

Pikir²lah sendiri..


p/s : nk tggu Nik Aziz keluarkan 'fatwa' arak & babi tak haram plak..

Wednesday, August 5, 2009

ISA perlu kekal

Demontrasi yg diadakan di sekitar Kuala Lumpur pd hari Sabtu lepas membuktikan bahawa akta ISA perlu diguna pakai dan mungkin perlu diubah sedikit saja. Juga tidak perlu utk dimansuhkan.

Sebab mengapa akta ISA perlu dikekalkan adalah kerana mengekang berlakunya pelbagai perkara yg tak diingini spt org² yg cuba menimbulkan kekacauan yg bole menggugat keamanan dan keharmonian bangsa dlm negara ini.

Jelas skali arini, akta ISA harus diguna pakai utk membasmi 'mangkuk²' yg menjadi petualang menimbulkan kekacauan dlm negara. Kejadian tempoh hari benar² mencabar kredibiliti kerajaan dlm menangani pindaan akta ISA.

Kerajaan telah menyatakan bahawa akta ISA akan dikaji semula utk memenangi hati rakyat dan rakyat juga diminta memberi pandangan @ bantahan melalui media² yg disediakan spt menghantar surat / emel² cadangan ke mana² saluran yg ditetapkan sbg contoh blog Perdana Menteri, Satu Malaysia.

Tetapi rakyat telah dikaburi kononnya kerajaan menggunakan ISA semata² utk sengaja menangkap mana² pemimpin pembangkang yg dilihat berpotensi dapat 'menumbangkan' kerajaan hari ini. Tindakan kerajaan bukanlah suka² tetapi berdasarkan beberapa kesalahan yg dilakukan mereka sendiri. Jika didapati bersalah dan seharusnya pesalah haruslah dihukum.

Jika kerajaan hari ini dilihat terlalu zalim dgn menggunakan akta ISA, sepatotnya kerajaan telah menangkap penganjur perhimpunan demontrasi iaitu GMI. Tetapi kerajaan masih berlembut dan berharap rakyat tidak melakukan perkara yg tidak sepatotnya berlaku.

Dengan tercetusnya demontrasi besar²an tersebut, kita dapat melihat betapa perlunya akta ISA dikekalkan dan diguna pakai utk menangkap sesiapa saja yg didapati melakukan kesalahan yg bole menimbulkan keadaan huru hara dan mengancam keselamatan negara.

Hampir 95% antara 20,000 orang adalah bangsa Melayu. Memalukan sungguh. Yg mencanangkan demontrasi adalah mereka yg terdiri daripada kaum lain dan kita yg tak tau menahu pegi la berkumpul 'berperang' dgn Polis.

Utk pengetahuan mereka yg 'jihad' pada hari sabtu lalu. Kebanyakan tahanan ISA adalah bukan dari bangsa Melayu. Tujuan mereka mintak utk dimansuhkan ISA adalah utk kesenangan diri dorg juga nnt andai mulut & tindakan mereka disengajakan utk mencanangkan huru hara dlm negara. Pikirlah sebaiknya wahai bangsaku Melayu yg sering sgt terlupa.

Tuesday, August 4, 2009

Melayu Semakin Lupa

Sekali lagi segelintir orang Melayu menjadi 'kuda tunggangan' pihak tertentu. Sekali lagi Melayu ditipu kerana mahu memenuhi perjuangan kaum lain.

Pada Februari lalu, kita dapat saksikan bagaimana orang Melayu yang menjadi penyokong fanatik pakatan pembangkang di Perak sanggup tunjuk perasaan dan baring di tengah jalan depan Istana Kuala Kangsar.

Dulu mereka tunjuk perasaan sebab mahu mengganggu majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru. Mereka lupa kerajaan pimpinan bekas menteri besar daripada Pas dan 'dikawal' oleh DAP itu sudah hilang kuasa.

Sabtu lalu, orang Melayu yang beria-ia mahu ISA dimansuhkan melakukan huru-hara di ibu kota Kuala Lumpur. Mereka lupa pihak yang mahu ISA dimansuhkan itu adalah perjuangan pertubuhan haram Hindraf.

Orang Melayu perlu buka mata dan pasang telinga. Kalau benar pakatan menolak ISA itu adalah suara semua kaum, ke mana kaum-kaum lain dalam demonstrasi Sabtu lalu?

Hakikatnya, majoriti yang terkena gas dan cecair pemedih mata adalah orang Melayu. Lebih 90 peratus daripada 589 orang yang ditahan juga adalah Melayu.

Ke mana perginya penyokong DAP dan PKR daripada kaum Cina dan India? Adakah mereka mempunyai strategi lain dan demonstrasi jalanan bukan cara mereka?

Sebelum ini mereka yang berapi-api melaungkan slogan hapuskan ISA. Nampaknya penyokong Pas sahaja yang dijadikan 'kambing hitam.' Imej Melayu yang berkupiah putih, berjubah dan berserban diperlihat sebagai orang yang ganas dan kurang bertamadun.

Tiada siapa yang suka imej yang memburukkan orang Melayu dan Islam. Jelas ada yang tidak kena. Adakah orang Melayu sedar akan hal ini?

Kejadian dua kali orang Melayu 'bertempur' dengan pasukan polis pada tahun ini wajar membuka akal fikiran kita.

Bodohkah Melayu atau bijaknya mainan politik bukan Melayu? Cuba fikir, akhirnya siapa yang untung dan siapa yang rugi?

Kita belum temui cadangan pihak pakatan rakyat untuk mengadakan demonstrasi mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan yang cuba diganggu-gugat oleh bukan Melayu.

Sebaliknya perkara yang boleh memberi keuntungan kepada bukan Melayu dalam jangka masa panjang yang beria-ia disokong.

Kempen pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah usaha kuat DAP. Gerakan hapuskan ISA adalah kempen Hindraf.

Tetapi majoriti peserta tunjuk perasaan yang menyusahkan rakyat itu ialah Melayu.

Jika dikatakan maruah dan martabat orang Melayu sekarang semakin diganggu gugat dan dicabar, mungkin penyokong pembangkang enggan menerimanya.

Mereka tidak akan percaya maruah Melayu dihina dan diperkudakan. Mereka tak mudah menerima penerangan bahawa banyak cara halus sedang dilakukan untuk menjatuhkan maruah pemimpin dan orang Melayu.

Terpulang kepada orang Melayu sendiri sama ada mahu bangkit atau relakan diri dipijak oleh orang lain.


Sumber : Utusan Malaysia


Komen : Renung²kanlah wahai Melayu yg terlalu fanatik kpd kepartian dan terlupa akan agama, bangsa adalah wajib diutamakan. Biarlah kita tidak bersatu dalam politik tetapi kita bersatu atas nama agama dan bangsa.

M'sia adalah negara yg harmoni, terdiri daripada pelbagai kaum. Cuma apa yg mahu dikekalkan adalah keamanan dan kestabilan ekonomi politik dalam negara.

Kita tak mahu M'sia menjadi spt negara Indonesia di mana rakyatnya sengaja memperbesarkan isu kecil dgn sering kali mengadakan demontrasi dan membakar bendera².

Kita tidak mahu M'sia menjadi spt negara Thailand yg menjadikan isu kepimpinan negara dan agama sebagai alasan utk berdemontrasi di jalanan.

Kita tak mahu juga M'sia menjadi spt negara Filipina, apabila sesuatu isu itu tidak memuaskan hati org ramai di sana maka rakyat akan turun berduyun² berdemontrasi menentang polis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...