Wednesday, September 9, 2009

Pemikiran Kolot Indonesia


Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.

Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.

Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana 'cukup tegang'.

Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. - Utusan


Komen :

Mmg kolot betol pemikiran sesetengah rakyat Indonesia ni yg sengaja mengapi²kan semangat mahu ganyang M'sia yg pernah dibawa oleh mantan presiden mereka dahulu Sukarno. Ada sje perkara² yg sengaja diperbesarkan utk membuktikan bhw M'sia adalah negara yg kaya dgn hasil mencuri budaya negara lain.

Ape la bangang sgt. Dulu pemimpin negara Indonesia juga kata bhw M'sia & Indonesia adalah negara serumpun yg berkongsi budaya dan bahasa yg hampir serupa. Walaupun perkara mengenai video pendek yg ade menyelitkan tarian pendet tu adalah kesilapan pihak Discovery Channel.

Patotnye dorg tidak lg berckp mengenai perkara ni dan skg mereka perlu bermuhasabah diri serta bersyukur kerana M'sia telah byk membantu sedikit sebanyak ekonomi Indonesia dgn pengaliran wang keluar masuk ke negara mereka melalui pengiriman wang ke Indonesia oleh rakyatnya yg bekeje di sini dan rakyat M'sia yg kian bertambah mengunjungi & bershopping sakan di sana.

Aku berharap sgt dlm hal ni, kerajaan Indonesia mengambil langkah ketat mengawal media dan rakyatnya supaya hubungan M'sia & Indonesia tidak tegang dgn isu remeh ini. Jika tidak, M'sia harus memberhentikan kemasukan pekeje² dari Indonesia ke negara ini serta merta.

Aku percaya lepas ni kalo kita sbg rakyat M'sia masih lg berlembut dgn negara Indonesia pastinya bahasa Melayu yg kita gunakan ni akan diungkitkan juga sbg bahasa yg dicurik.

Friday, September 4, 2009

Sepintas Lalu

Tahniah Tan Sri Musa Hassan


Tahniah diucapkan pada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana diberi kepercayaan sekali lagi utk memikul tanggungjawab sbg org nombor satu menjaga keselamatan negara.

Insyallah, diharapkan dgn pengekalan jawatan Tan Sri sbg KPN utk satu penggal lg, keselamatan negara lebey terjamin dan mutu khidmat PDRM akan lebey efisyen & terbaik !


Spiderman


Setelah gagal 2 kali nak panjat Bangunan Berkembar Petronas KLCC, akhirnye Alain Robert (spiderman) berjaya mencapai misi nye utk cubaan kali ketiga. Satu usaha yg bagus dan tidak mengenal erti putus asa. Ini patot dicontohi oleh semua org.

Bukanlah si Spiderman ni yg kita hendak banggakan tp kita cuba lihat dari satu sudut keselamatan bangunan pencakar langit yg menjadi mercu tanda M'sia ni. 2 kali si Spiderman panjat tp berjaya disekat pihak berkuasa tu pun dh suku bangunan dia panjat.

Andainya yg panjat & menceroboh bangunan KLCC tu bkn Spiderman, macam mane??
Kalo penjenayah @ pengganas macam mane??

Itu pentingnya soal keselamatan diutamakan supaya tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa dan tidak akan berlaku soal tuding menuding menyalah satu sama lain.

So ape yg penting adalah pihak terlibat & terbabit harus pertingkatkan lagi mutu keselamatan bangunan kebanggaan negara ni. Bukan sekadar hanya menjadi 'pak pacak' kemudian menggertak org awam tp bile digertak semula lari lintang pukang.


Kampung Buah Pala


Kes kt Penang ni dh berlarutan hampir 2 3 bulan rasanye. Hari² dlm berita asyik cerita yg sama.
-Penduduk takmo pindah.
-Pemaju amek tindakan.
-Polis jd mangsa keadaan.

Pemaju dah beri pampasan rumah baru pada penduduk situ tp masih mahu berdegil takmo pindahlah. Yg bersetuju tu bagus la tp yg tak setuju tu rugi². Ape pun tak dapat..

Jika penduduk menang kes ni di mahkamah. Jgn plak nnt satu hari, penduduk di situ menyalahkan kerajaan @ org lain kerana mengabaikan tanggungjawab menaiktarafkan kawasan tersebut utk lebey maju.

Kesian tgk Polis & FRU terpaksa bergasak, dihina dan dimaki penduduk kt situ. Sedangkan Polis tak bersalah pun cuma jalankan tugas menjaga keselamatan je. Tabik POLIS !!

Kesian, tu la undi lagi Pakatan~


Pendet


Alahai tak abeh² kes dgn org² Indonesia ni. Semua perkara yg org M'sia lakukan dianggap mencuri budaya mereka. Kes ni dh selesai, pihak Discovery Networks Asia-Pacific pun dh kuarkan surat mintak maaf pd kerajaan M'sia dan surat beri penjelasan pd kerajaan Indonesia.Dh tentu bkn salah kerajaan M'sia pun.

Tp dlm hal ni, nape M'sia sering dilihat sbg sebuah negara yg 'jahat' di mata rakyat Indonesia?
Sedangkan M'sia adalah jiran yg paling baik & byk membantu negara Indonesia dan rakyatnya bila mana mereka menghadapi krisis ekonomi, kejadian alam dan lain².

Mula dari isu lagu Rasa Sayang yg dikatakan diciplak dari Indonesia. Kemudian isu Ambalat, isu model tak brape cantek Indonesia tu si Manohara yg lari dari suaminye dan lain² isu kecil yg bole dibincangkan secara tertutup. Malaysia tetap dituduh jahat.

Sedangkan M'sia tak pernah bersungut dan mengutuk rakyatnya yg berhijrah masuk secara haram dan sah ke negara ni. Mencuri peluang² pekerjaan warga M'sia dan melakukan jenayah di negara ini. Tambahan lg pakej tahunan yg diberikan Indonesia pd M'sia - Jerebu setiap tahun. Memberikan peluang artis² mereka mengembangkan bakat di M'sia.

Rasanya dh terlalu byk M'sia memberi dan mengalah kpd Indonesia. Sbg rakyat M'sia, kita perlu pk² kanlah ye.

MALAYSIA BOLEH !


Kartika


Selak² paper hari ni terbaca plak artikel psl kes mencabar². Spt mana kita tahu kes Kartika model sambilan tu akan dihukum sebat kerana kesalahan minum arak dan tangguh menangguh kes berlaku dan bla bla bla.

Tp ari ni aku mcm pelik la dgn Persatuan Keturunan Megat Terawis yg mencabar keluarga Kartika kemukakan bukti kononnye ibu Kartika merupakan waris kpd Megat Terawis. Bknnye aku nk menyokong mane² pihak tp bg aku perkara ni tak harus timbul.

Sepatotnye pihak yg berkenaan haruslah menyiasat terlebey dahulu samada dakwaan keluarga Kartika ni benar ataupun tidak. Atau pihak terlibat terus berbincang dgn keluarga Kartika utk mengetahui akan susur galur keluarga ini.

Tindakan pihak ni seakan² dilihat sengaja mencari publisiti spt menangguk di air keruh. Mungkin pihak ini ingin menjaga nama baik keturunan mereka, itu baik. Tp saluran yg diperlukan utk menyelesaikan masalah ini adalah dgn duduk berbincang dgn baik dan bkn menyelesaikan masalah melalui media.


Perak oh Perak


Alih² timbul plak isu Perhimpunan 'Haram' DUN Perak yg tidak diperkenankan Sultan Perak. Ramai yg ditahan apabila perarakan masuk di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dihalang Polis yg bertugas.

Dh tak dapat masuk, sidang 'haram' ni diadakan di sebuah hotel plak. Aduhaiiii gile kuase betol org² yg diingini ni. Lagak mereka seolah² spt hero yg baru turun dari jet pejuang selepas selesai berperang padahalnye takde ape² pun mcm tin kosong.

Untung juga rakyat Perak mempunyai 2 kerajaan yg mentadbir negeri dlm satu masa serentak.

*Punyai 2 Menteri Besar.
*Sorg kulit gelap dan sorg kulit cerah skit tp akai tarak dan gila kuasa.
*Barisan exco yg terdiri dari mereka yg bersungguh mahu bekeje utk rakyat dan barisan exco kaki putar alam dan hanya berpolitik 24 jam tanpa memikirkan amanah rakyat

Kalo kombinasi 2 kerajaan ni berjaya, mungkin negeri Perak akan menjadi negeri yg 'maju' dan terus majuuuu ke depan berbanding negeri lain.

Gila~


Kapal Selam


Akhirnya timbul juga kapal selam pertama negara di Pelabuhan Klang, Selangor.

Semoga keselamatan negara lebih terjamin dan sekaligus meningkatkan lg keupayaan ATM.
Tahniah TLDM !!
Tahniah Malaysia !!

Tuesday, September 1, 2009

Sarjan Hassan




Dua malam berturut² aku menonton film Sarjan Hassan kt tv. Memula Astro tayangkan sambil aku selang seli tgk dgn Hati Malaya. Seterusnya malam td, RTM 2 plak tayangkan film Sarjan Hassan.

Walaupun ditengok berulang² kali setiap tahun, film ni mmg tak membosankan. Bg bangsa kita mgkin la tak membosankan tp kaum lain, kita tak tau la kan.

Spt semua org tau dlm film ni satu watak dikenali sbg Buang yg telah mengkhianati bangsanya dgn bersekongkol & menjadi tali barut Jepun pada masa dulu. Dalam masa yg sama menganiaya bangsa sendiri utk kepentingan peribadi.

Pertarungan antara kepentingan peribadi dan maruah bangsa dan negara dititik beratkan di penghujung film ni, di mana berlaku perkelahian antara watak Buang & Sarjan Hassan dan di akhir cerita, penonton telah di'ingat'kan oleh Sarjan Hasaan antaranya berbunyi :-

''..aku berharap, janganlah hendaknya ada lagi manusia yg seperti ini di tanah air kita kerana manusia yg spt inilah yg akan merosakkan keturunan kita..
ya, memang bangsa kita masih muda dan masih lemah. aku tak peduli itu semua. harapanku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya..''

Apa yg dikatakan P.Ramlee itu adalah benar. Lihat sajalah bangsa Melayu kita hari ini, ada dikalangan kita yg cuba menjadi duri dalam daging @ pengkhianat bangsa. Sudah tiada perasaan cintakan bangsa & agama. Demi 'cintakan' kesepakatan yg tidak beberapa sepakat, mereka membenarkan maruah bangsa dan agama diperkotak katikkan.

Kini mereka dgn rela dan tanpa dipaksa, senang hati menjual maruah bangsa & agama semata² ingin melihat bangsa sdr jatuh tersungkur. Penghabisannya nanti apa yg kita dapat?
Mahukah kita agama dan negara kita tergadai suatu hari nanti?

Tp aku pecaya, ada di kalangan yg menonton film ini adalah terdiri daripada mereka yg 'sedang' menjual maruah bangsa dan agama tp dipermudahkan cerita lg mereka ni telah buta hati dan perasaan utk sedar.

Aku berharap pd mereka yg masih blom buta hati dan perasaan dapatlah bersama menguatkan barisan dan tingkatkan keazaman mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara daripada dinodai musuh dalam selimut yg bertopengkan manusia tetapi hakikatnya mereka adalah Iblis yg dilaknat ALLAH S.W.T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...