PM

 photo IMG-20140720-WA0036.jpg

Sunday, February 28, 2010

Asyik Anak Kecil Sahaja

(gambar disedut dari Kosmo)

Apa² saja kejadian yg berlaku di M'sia ni mcm jd satu trend semasa.
Musim skg ialah = Org Tak Sayang Anak. (Buang anak, pukul anak dll)

Sakit hati dan emosional bile sy membaca kisah perihal anak perempuan kecil yg berusia 3 thn mati dipukul oleh manusia jahanam pada ruangan akbar hari ini. Dia bukanlah manusia sebenar tetapi adalah manusia jelmaan syaitan yg dilaknat ALLAH S.W.T.

Terlalu menyayat hati tatkala melihat jenazah Allahyarham adik Syafiah Humairah dikafan.

Apalah dosa anak ni agaknya??


Dah hilang pedomankah masyarakat kita hari ini?
Mana letaknya keperimanusiaan kita?
Inikah akibatnya jika ilmu yg dibekalkan tidak dimanfaatkan?

Terbaca kisah anak² jiran yg melihat kejadian berlaku. Alangkah baiknya jikalau sy & anda² pembaca berada sama di sana. Mungkin nyawa adik Syafiah Humairah dapat diselamatkan.

Mungkin sy & anda pembaca akan bertindak menendang kepala 'syaitan' tersebut sehingga patah tulang tengkoknya. Mungkin sy akan dituduh membunuh tanpa niat syaitan tersebut. Kecewanya sy, tiada di tempat kejadian.

Tidak bole sy membayangkan bagaimana kulit kepala arwah terkoyak kerana dipijak. Bdk sebesar gitu jika ditampar pun mmg takkan melawan apatah lg ditendang dan dipijak spt bola. MasyaAllah~

Sy cadangkan agar, pesalah utk kes² buang anak, dera anak & lain² yg berkisarkan kanak². Mereka ini dihukum sebat di hadapan org ramai. Hukum mereka di Dataran Merdeka, KL. Biarkan kesalahan & hukuman mereka dilihat orang ramai. Supaya menjadi tauladan kpd org lain.

Jgn takot utk melaksanakan hal ini. Jgn bimbang kritikan org luar negara. Kerana apa yg kita lakukan adalah utk kebaikan masyarakat M'sia. Ini hal dlm negara kita, kita yg wat acuannya sendiri.

Pihak berkuasa, patot pantau akan hal ini dan diberi perhatian yg terbaik. Jgn asyik TUBUHKAN SURUHANJAYA @ BADAN KHAS SIASATAN sahaja. Tak ke mana semua itu.

Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

12 Rabiulawal 1431H / 26 Februari 2010

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula sbg satu ibadah.
Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

telah terbit bulan purnama

cahaya menyinari kami
kau contoh akhlak terpuji
wajahmu penyejuk hati

kau bagaikan matahari
cahaya menerangi bumi
engkaulah permata hati
bertahta di sanubari

Ya Habibi Ya Muhammad
penyeri timur dan barat
kau yang gagah yang mulia
engkaulah iman kami



MEMANTAP UKHUWAH,
MEMPERKASA UMMAH

1 MALAYSIA
1 UMMAH




Ikhlas Daripada,
REZQEEN HILL

Wednesday, February 24, 2010

Khuatir & Risau

Kebelakangan ni sy lihat begitu byk meje pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di merata tempat.

Setiap kali itu jugalah sy b'tanya pd kwn² opis & sekolah samada mereka telah mendaftar menjadi pemilih / pengundi atau belom.

Jawapan yg diterima berbunyik spt ini :-

i) "blom, aku tak minat la politik² ni.."
ii) "blom, nnt la.. lmbt lg pilihanraya.."
iii) "dah tp aku tak penah gi ngundi sbb UMNO byk tipu rakyat, parti lain nmpk tak stabil.."
iv) "bla bla bla..."

Bagi sy, sebenarnye takde alasan utk warganegara M'sia ni utk mendaftar sebagai pemilih / pengundi. Sebagaimana mereka boleh memperbaharui Mykad yg rosak atau hilang, sebegitulah mereka lakukan utk mendaftar.

Mereka ini sebenarnye tak sedar akan untung buruk nasib negara suatu hari nanti. Mungkin pada fikiran mereka, kerajaan BN tetap akan terus memerintah walaupun 100 kali pilihanraya diadakan.

Jika dilihat pada pilihanraya yang lepas, sokongan terhadap kerajaan pemerintah telah jatuh sedikit berbanding tahun sebelumnya. Ini mungkin berpunca dari faktor 'terlalu yakin' warganegara yg tidak mendaftar SPR dan isu² semasa yg tak masuk akal dari pembangkang.

Jika perkara ini tidak diatasi, berkemungkinan kerusi² BN akan hilang sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Jika kerusi ini dirampas oleh bangsa sendiri yg tahu akan tanggungjawab dan tunaikan harapan pengundi, tidaklah menjadi masalah. Tetapi jika kerusi tersebut jatuh di tangan bukan sebangsa dan mempunyai agenda tersendiri? Bagaimana?

Sy telah memikirkan hal ni berulang² kali. Sy percaya pembaca pun berfikiran sama. Tapi bagaimanakah caranya untuk kita meyakinkan mereka ni bahawa betapa pentingnya mendaftar sebagai pemilih / pengundi??

Perlukah kerajaan memperkenalkan undang² di mana warganegara yg telah mencapai umur 18 thn telah WAJIB utk mendaftar sebagai pemilih / pengundi?
Berikan mereka tempoh sehingga berumur 20 thn utk mendaftar.

Jika mereka masih gagal utk mendaftar pd SPR. Satu tindakan undang² harus dikenakan pada mereka ini. Sy yakin jika undang² ini diperketatkan, sedikit sebanyak mereka ini akan membantu proses demokrasi negara nnt.

Saturday, February 13, 2010

Islam Indonesia

Akhir² ni kes penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain dah surut² kedengaran. Dek kerana pengaruh & cerita yg lebih kuat berkenaan kes liwat Anwar & Saiful dan juga cerita moral Nik Ajis yg semakin nyanyuk dimakan usia.

Ni berkenaan dgn isu kalimah ALLAH..


Tgk pic di atas..

Sbenarnye ada byk komen² gini ada dlm fesbuk. Baik komen dari bukan beragama Islam mahupun anak muda yg mengaku beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Kenapa setiap kali perkara berkaitan agama Islam, kita mesti mahu kaitkan dengan Indonesia??
Kenapa mesti refer pd Indonesia??
Katanya di Indonesia sana takde pon kecoh² mcm di M'sia psl guna kalimah ALLAH..

Ni saya mau tanye..
Di Indonesia sana tu ISLAM sangat ka??
Islam mereka tu dipandang negara asing ker?
Mmg ramai umat Islam di sana tp cara & pentadbirannya berlandaskan Islam ker??

Ehhh come on, think out of box la..
Tgk sendiri M'sia & Indonesia, 2 buah negara yg jauh berbeza..
M'sia agama rasminya adalah ISLAM & Indonesia agama rasminya Pancasila.
Persoalannya kenapa M'sia jauh lebih membangun berbanding Indonesia??

Kalo ikotkan, Indonesia lagi luas & punyai banyak sumber mentah berbanding M'sia.
Tapi kenapa M'sia lebih maju?
Kenapa di Indonesia hal yg remeh pun menjadi isu besar di sana?

Pikir²kanlah..

Dan juga berhenti dari memberi gambaran negatif tentang M'sia!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...