Full Width CSS

Tol 50 sen dibuang

PUTRAJAYA, 28 Jan: Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur berkuatkuasa Mei ini.

Tempoh konsesi sepatutnya tamat 2018, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media, sebentar tadi.

Kerajaan juga mengumumkan tidak ada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan cadangan penstrukturan tol tempoh konsesi, ia tidak dilanjutkan dan kerajaan tidak memberikan pampasan.

Penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught,Kuala Lumpur adalah pada Mei tahun ini berbanding tempoh sepatutnya iaitu 2018 adalah bukti keperihatinan Kerajaan BN melalui slogan Rakyat Didahulukan.

"Ia bermakna pengguna lebuh raya terbabit tidak perlu membayar tol dengan tarikh pelaksanaan berkuatkuasa selepas urusan dokumentasi selesai iaitu pada Mei 2011," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri.

Kerajaan hari ini mengumumkan penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penstrukturan itu membabitkan tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Katanya ia juga melibatkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur, yang dijangka pada Mei tahun ini.

"Sejajar dengan semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak besar kepada rakyat," kata beliau.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor.

Komen :

Alhamdulillah..
Memang inilah dinantikan semua rakyat sekitar Bandar Tun Razak. Walaupun tol tersebut hanyalah berharga RM0.50 sen sahaja tp dengan penamatan khidmat tersebut akan memberi sedikit keselesaan pd semua org ;D
Apa² tahniah pada Najib & Kabinet.. Lepas ni minta buang tol PLUS plak hehe..
Barulah rakyat didahulukan, pencapain diutamakan~

Khalid Gagap, hang buat apa??
Besaq kan teloq & buat sidang DUN tergempaq ja ka?? Hahahaa..


Ini gambar selepas tol Lebuhraya Timur-Barat yg akan dimansuhkan nanti.

Cuma lepas ni K'jaan BN tlg plak tgk isu kesesakan jalan raya yg terpaksa saya & ribuan pengguna lain tempoh di pagi hari.

Nk mintak tlg kt Khalid Gagap, mmg tak la.. Sbb dia suke pilih bulu mcm bulu Anwar~


Post a Comment

0 Comments