Full Width CSS

Warga Asing Ohh Warga Asing~


Mungkin tuan puan pembaca sekalian dah lali dengan berita² mengenai penangkapan warga asing yg masuk ke M'sia tanpa permit, bekerja secara haram dan menyalahgunakan visa lawatan.

M'sia mmg terkenal dgn 'international' nya. Lihat shj rakyat dari negara mana yg tak penah sampai M'sia tercinta ni. Indon, Siam, Myanmar, Vietnam, Filipina, China, Bangla, Amerika, England, Europe, India dan lain² negara. Byk juga urusan perniagaan international dijalankan di sini. Salah satunya perniagaan menjual tubuh.

'Bisnes' ini didominasi oleh warga asing dari Indonesia & China. Terbaru pula wanita dari Kazakhstan, semestinya hangat di pasaran M'sia. Disebabkan hal ini, PDRM khususnya bahagian D7 menjadi sibuk utk menguatkuasakan undang² negara.

Saya terpikir & tertanya sendirian..
Apakah yg terjadi selepas mereka ditangkap, gambar dirakam & butiran diambil??

Adakah mereka diletakkan di depoh tahanan pendatang asing?
Adakah mereka dipenjarakan?
Adakah mereka diletakkan di bawah pengawasan Imigresen?
Adakah mereka diserahkan kepada kedutaan mereka?
Adakah mereka dilepaskan begitu shj setelah semua urusan selesai?
Adakah mereka diusir keluar dari M'sia?
atau..
Adakah mereka 'membayar' sendiri jaminan terhadap diri mereka?


Seakan tiada penyudahan permasalahan ini. Macam kes berulang² dgn org yg mungkin sama ditangkap lagi. Pelik gak sbb asyik tgk berita, D7 buat serbuan menangkap pelacur² warga asing.

Jika mereka diusir keluar dari negara ini, adakah mereka ini disenarai hitam oleh Imigresen?

Post a Comment

0 Comments