Full Width CSS

Ohhh Khalid Gaga


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ianya sebagai bukti kerajaan negeri terus memberikan sokongan kepada usaha murni pihak-pihak tertentu membantu golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal dan mualaf. Namun katanya, Kerajaan Negeri akan memantau semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang melibatkan kanak-kanak untuk memastikan keselamatan penghuninya terjamin. Kerajaan negeri juga akan mengenal pasti dan memastikan lokasi yang akan diberikan kepada pemohon adalah selamat dan prosedurnya tidak menyalahi undang-undang.

"Kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi tapak tanah milik kerajaan negeri dengan bayaran sangat rendah iaitu tidak lebih satu ringgit untuk usaha kebajikan," kata beliau selepas mendengar taklimat dan melawat tempat kejadian tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, petang semalam. Beliau berkata, pentadbiran sesuatu institusi kebajikan yang dibina juga akan dipantau bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

Selain itu, Khalid meminta Kerajaan Pusat mempamerkan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi mengalami tanah runtuh kepada orang ramai supaya kerja pemantauan boleh dilakukan secara bersama dan lebih kerap. Kajian ini katanya telah dibuat selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 lalu. Kerajaan Pusat telah meletakkan hasil kajian ini dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri telah dihalang dari mempamerkan hasil kajian ini kepada orang ramai. “Maklumat kajian ini penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Jika orang ramai dimaklumkan, mereka boleh melakukan pemantauan awal di kawasan mereka yang mungkin termasuk dalam lokasi-lokasi berisiko tinggi,” katanya. Selain itu beliau juga berkata, Kerajaan Selangor membuat keputusan bahawa madrasah tersebut tidak boleh diduduki sehingga satu keputusan dibuat mengenai statusnya.

Mengenai anak-anak yatim yang selamat dalam kejadian itu, Khalid memberitahu mereka akan ditempatkan di sekolah tajaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Sementara itu, beliau mengulangi ucapan takziah kepada keluarga 16 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh itu. “Saya juga mewakili rakyat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuanku Sultan Selangor yang telah berangkat melawat tempat kejadian hari ini. Keprihatinan baginda telah memberi kekuatan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan menghulurkan pelagai bantuan kemanusiaan termasuk pasukan keselamatan dan polis yang sanggup mengambil risiko ketika menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. “Saya percaya kita semua telah berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan kepada semua mangsa sama ada yang terselamat atau yang terkorban serta ahli keluarga mereka,” katanya.

Semalam adalah hari pertama Khalid melawat tempat kejadian selepas menempuh perjalanan selama 40 jam dan membatalkan seminar di Aspen Intistute, Amerika Syarikat. “Saya amat terkilan dengan kejadian tanah runtuh walaupun kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk meningkatkan tahap kesedaran pemilik tanah terhadap pembangunan cerun,” katanya. Turut bersama beliau penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi,ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat dan beberapa Exco kerajaan negeri yang lain.


Nota Kakiku : Alhamdulillah, akhirnya Khalid Gaga berjaya melawat mangsa-mangsa tanah runtuh. Cuma nak dapatkan kepastian, adakah nnt permohonan tanah utk buat tempat kebajikan di S'gor akan dijual pada kadar RM1 juga?? Terima kasih Khalid kerana sudi menziarahi mangsa. Bila nak mai parlimen Bandar Tun Razak? Lama tak nmpk muke..

Post a Comment

0 Comments