Full Width CSS

Hack Sana Sini


Kerajaan jgn tunggu² lagi. Teruskan saja usaha mengesan dan menangkap para hackers² yg telah menggodam laman² web rasmi kerajaan. Saya tak sure samada hackers ni terdiri daripada rakyat tempatan ataupun bdk indon.

Tapi kalo pihak berkuasa terer dan boleh trace hackers ni dtg dari Malaysia why not terus ambil tindakan. Letak dlm ISA kerana mendatangkan ancaman kepada negara.

Jgn nak bagi muka sangat. Perkara ni betol² mencabar undang² negara Malaysia di mana rakyat boleh bertindak sesuka hati tanpa had dan kawalan kerajaan?

Usah tunggu lagi, sampai bila kerajaan mahu berdiam diri? Nak tunggu sehingga PRU13 selesai ka? Ini benar² dah melampaui batas.


KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.

Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.

"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.

Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my danpoliteknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.mysementara portal yang satu lagi tidak digodam.

"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaitu www.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.

Ini benar² dah tahap kurang ajar. Lihat laman ini http://mydragonforce.wordpress.com.
Pesanan saya, pihak berkuasa sila ambil tindakan. Jgn tunggu nasik menjadi bubur.

Post a Comment

0 Comments