Full Width CSS

MALAYSIA KALAH BERGAYA


Takpa-takpa. Jangan bersedih, kita sudah cuba sebaik mungkin utk layak ke pusingan seterusnya tapi nasib tidak menyebelahi kita. Mungkin ada lagi ruang dan peluang utk Malaysia melangkau jauh dalam arena bola sepak.

Apa pun pujian tetap harus diberikan kpd keseluruhan pasukan Malaysia kerana berjaya mencipta impak yg terbaik utk kualiti bola sepak negara. Kerana mereka jugalah, rakyat sudah mula kembali memenuhi bangku-bangku penonton di stadium dan juga menyejukkan sementara bahang politik negara Malaysia ni yg tak pernah berhenti sejak tahun 2008..

Kita bermain 100% anak-anak tempatan. Kualiti pemain tempatan yang terbaik pada waktu ini. Tetapi lawan kita, Singapork bermain dgn 'tenaga-tenaga' yg dibeli dari luar negara. Itulah perbezaan sukan Malaysia dgn sukan negara jiran.


Soal lakonan mantap pemain-pemain Singapork tu, tak perlu diperkatakan lagi. Mereka mmg hebat berlakon spt pelakon yg hebat dan byk menjadi bualan mulut anak-anak gadis serta makcik-makcik di Malaysia iaitu Aaron Aziz. Beliau juga dari Singapork so tak heranlah mereka ini merupakan produk pelakon yg 'mantap' di Asia Tenggara selain dari Sinetron, Indonesia.

Akhir sekali, permainan Malaysia arini dikira terbaik. Rajin mengejar bola sehingga ke minit terakhir. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Malaysia dan penonton yg bersorak tanpa henti di Stadium Nasional Bukit Jalil.



P/s: selepas ini, kita akan bagi kelas lakonan kpd pemain-pemain Malaysia yg akan dibimbing oleh Usop Wilcha. Bukan Mat Sabu Wilcha tau..

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..