Full Width CSS

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, sebelum waktu Isyak tadi. Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja Melayu telah mengumumkan tarikh umat Islam mula berpuasa utk tahun 2011.

Tarikhnya pada hari Isnin, 1 Ogos 2011.

Tertanya-tanya saya tadi, mana kelibat YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah?? Bukan ker setiap kali bermulanya puasa dan hari raya beliau akan mengumumkannya menerusi kaca televisyen. Rupa-rupanya Tan Sri telah bersara dan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.


Ini adalah kenangan pada tahun lepas 2010, pengumuman dari Tan Sri.

Apa pun, terima kasih dan selamat bersara kepada Tan Sri kerana menemani hidup umat Islam dan rakyat Malaysia semenjak saya kecil lagi. Kelibat beliau lah yg paling saya nantikan hehe terutama apabila nak raya.

Bawah ni, rakaman yg telah ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia sebentar tadi.


Nampak tak, perbezaan kerusi antara kedua-dua wajah feberet ini?? Lama kelamaan nanti, kerusi Datuk Syed akan bertambah besar lah seperti kerusi Tan Sri hehe..

Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh Umat Islam tidak kira berada di mana-mana. Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 hikmah kpd kita semua.

ahlan wa sahlan ya ramadhan~

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..