Full Width CSS

Alasan Tidak BerZAKAT

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.


Orang kata, setiap apa yg terjadi di negara ini. Biar pun dimulakan oleh pembangkang pastinya akhir sekali tempiasnya akan terkena pada kerajaan Barisan Nasional.

Manakan tidak, jika dilihat pada status FB tersebut. Mengapa perlu memberikan alasan tidak mahu membayar zakat kerana disebabkan hal orang-orang Melayu Islam pergi ke gereja atas dasar memohon bantuan kewangan. Oleh sebab demikian, maka timbul rasa syak terhadap ke mana pergi wang zakat yg telah dibayar selama ini oleh orang Islam.

Untuk orang yg berfikiran pendek, mereka akan sangka wang bayaran zakat yg diterima oleh Lembaga Zakat akan pergi atau disalurkan kepada fakir-fakir miskin sahaja. Sebenarnya dakwaan tersebut adalah kurang tepat. Mengapa???

Wang zakat yg dibayar oleh orang Islam pada bulan Ramadhan, setiap bulan melalui potongan gaji dan lain-lain akan disalurkan kepada golongan yg kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Golongan yg disalurkan bantuan ini, adalah golongan yg telah mendaftar sebagai golongan yg layak menerima bantuan ini.

Bukan sahaja disalurkan kpd golongan yg kurang bernasib baik tetapi wang zakat juga disalurkan sbg bantuan kpd anak-anak yg masih menuntut di sekolah sebagai bantuan bulanan membeli buku dan dijadikan belanja persekolahan.

Juga ia digunakan sebagai biasiswa kpd pelajar-pelajar yg tidak mampu mendapatkan bantuan pinjaman daripada PTPTN dan MARA. Kalau nak dihuraikan, mmg banyak fungsi wang zakat yg diterima oleh Lembaga Pengurusan Zakat.

So tiada sebab kita tak nak bayar zakat pada amil yg telah dilantik oleh pemerintah. So utk maklumat lanjut, call je lembaga zakat utk mendapat lebih keterangan > http://www.zakat.com.my
Salah satu fungsi wang zakat

Post a Comment

5 Comments

  1. emm.... bagaimana kalau kita kluar zakat sendiri terus kepada Asnaf Zakat?.. boleh kan!.. emm..kalau AJK masjid, JKKK(S) DAN SEMUA kita umat islam prihatin bab zakat ni insyallah x de yg merempat nye kan..salam dari jihad di bumi anbia

    ReplyDelete
  2. Memang betul tu. Wang zakat kita akan disalurkan kepada yang berkenaan, tanggungjawab kita adalah wajib membayar zakat, selebih perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Tetapi memberikan zakat secara terus kepada yang layak juda tidak salah, lebih-lebih lagi sekiranya kita tahu ada yang benar-benar memerlukan bantuan. Jadi dia bukannya tak bayar zakat, hanya tak bayar melalui badan yang berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan.

    Saya faham maksud yang ingin disampaikan tuan. Tetapi lebih mulia jika beliau membayar zakat kerana hasil wang kutipan zakat tersebut akan dicampur dan disalurkan kepada banyak pihak. Bukannya satu pihak saja yg mendapat faedahnya.

    Jika semua umat Islam di Malaysia berbuat demikian, maka kita mungkin tidak memerlukan lembaga zakat untuk tujuan tersebut. Apa bakal terjadi sekiranya tiada lembaga zakat?

    ReplyDelete
  4. aku tertarik dengan cerita zakat ni. sebenarnya ada banyak lagi fungsi zakat yng kita tidak ketahui. ada juga disalurkan kpd orang bukan Islam untuk meneruskan kehidupan mereka. pahala percuma untuk orang Islam

    ReplyDelete
  5. Kenapa nak berzakat sendirian sedangkan lebih mulia wang zakat tersebut diagihkan sama rata kepada setiap orang yang harus menerimanya bukannya orang2 tertentu shj.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..