Full Width CSS

MURTAD : Budak Tuisyen Jadi Mangsa


Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Ulasan :

Rasanya sudah tiba masa kita bertindak mengekang pemesongan akidah daripada puak Kristian. Umat Islam tidak pernah buat hal dgn orang Kristian. Umat Islam di sini sentiasa menjaga keharmonian hubungan sesama agama tapi lihatlah jika terdapat sedikit kesempatan maka puak Kristian akan mengambil advantage daripada situ.

Sangat mengecewakan apabila isu murtad ini kian diipandang sepi oleh pihak berwajib. Tiadakah undang-undang yg khusus yg boleh dikenakan kepada pihak yg mengganggu gugat kesucian agama Islam seperti yg terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia?

Kini trend memurtadkan orang Islam sudah ditukar kepada golongan kanak-kanak kerana diyakini golongan ini lebih berpotensi untuk dipancing dan dinodai pemikiran mereka berkenaan agama Islam yg masih cetek. Saya risau jika tiada perhatian yg khusus dari pihak tertentu, takut perkara murtad ini akan tersebar secara halus ke serata ceruk di Malaysia tanpa disedari oleh masyarakat.

Pemantauan ibu bapa dan keluarga sangat penting terutama kepada anak-anak yang masih menuntut di sekolah mahupun di kolej & universiti tempatan. Isu pelajar Islam bertudung litup memasuki gereja pada beberapa tahun lepas kini telah sepi tanpa berita. Mahukah kita, isu pelajar tahun 1 ini juga dibiarkan begitu sahaja? Jangan sampai semua pelajar sekolah rendah tanpa mengira agama reti menyanyi lagu ’Yes, I know Jesus loves me’.

What the hell !!

Post a Comment

0 Comments