Full Width CSS

Orang PAS Pun Tak Setuju


Hari Raya Aidilfitri ni memang bulan merapatkan silaturahim, mengikat keutuhan keluarga, boleh menambah berat badan dan juga dapat berkongsi rahsia hati.

Rahsia hati?

Wahahaha ini yg terjadi di rumah saya sekarang ini, bapa saya sengaja membuka filem Bukit Kepong yg sedang ditayangkan di Astro Citra (131). Menariknya bapa saya pernah menonton filem ini panggung wayang bersama emak saya ketika awal tayangannya dahulu.

Terus bercerita bersama tetamu yg berada di rumah merupakan bapa saudara saya iaitu abang kepada bapa saya yg merupakan ahli PAS dan begitu taksub dengan perjuangan PAS dari dulu hingga sekarang. Tapi tidaklah sampai tahap EXTREME cumanya beliau umpama terikut-ikut dgn rakan-rakan surau.

Apabila diutarakan isu berkenaan Mat Sabu hina pejuang Bukit Kepong. Pak cik saya, bersahaja menjawab..

"..Mat Sabu tu bodoh, kalo hang nak jadi pemimpin, hang kena tau lah sejarah negara.. Jangan pasal kepentingan politik pun nak porak perandakan dengan sejarah.."

Ditambah lagi.. "..Dia jangan dok ingat semua orang PAS suka dengan dia, suka dengan cacian tu.. Banyak orang PAS yg tak setuju langsung.."

Hah tu dia, geram sungguh kenyataan Pak cik saya yg berasal dari Penang. Tambahan pula atok saya juga merupakan anggota Polis pada zaman darurat.

Lihat babak di bawah yg begitu menyayat hati





Sangat sedih bila melihat apabila isteri dan anggota Polis ditembak mati oleh Komunis demi mempertahankan negara. Saya cuba membayangkan jika saya berada pada situasi tersebut ataupun ada di antara ahli keluarga saya yg terlibat pada situasi tersebut.

Sangat menyedihkan dan saya tidak sampai hati menontonnya sehingga ke akhir babak. Terlalu sakit hati dan geram.

Baca di SINI untuk rentetan cerita sebenar.

Al-Fatihah
Kepada semua mangsa dan pejuang-pejuang Bukit Kepong dan juga kepada semua perajurit negara yg telah berkorban demi negara yg tercinta.

Barisan pelakon yg menjayakan filem Bukit Kepong

Walaupun sekadar melakonkan semula sejarah negara ini tetapi pujian harus diberikan kepada mereka yg telah menjayakan filem ini. Al-Fatihah juga kepada barisan pelakon ini yg telah mendahului kita.


Tahniah Tan Sri Jins Shamsudin !!



Inilah erti MERDEKA bagi diriku.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..