Full Width CSS

Semuanya Dilarang

Menurut kata kerajaan negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mereka tidak terlibat langsung dalam keputusan Majlis Fatwa Negeri berhubung isu larangan bacaan Al Quran sebelum azan Subuh menggunakan pembesar suara.

Ni nak tanya skit lah, jika tiada pihak yg mendesak mengapa tiba-tiba saja mesyuarat dijalankan dan keputusan tersebut dibuat? Bak kata orang, masakan pokok bergoyang jika tidak angin yg meniupnya.

Saya tidak tuduh kerajaan negeri mahupun JHEAIPP yg menpengaruhi keputusan Majlis Fatwa tetapi seakan ada yg tidak kena dengan keputusan itu. Mengapa tiba-tiba isu ini ditimbulkan kala umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadat puasa di bulan yg mulia ini. Rasa macam pelik, bukan.

Hari ini bacaan Quran dilarangkan, pada masa akan datang mungkinkah larangan azan pada waktu Subuh dan waktu Isyak?? Yelah kan takot nanti akan mengganggu orang ramai juga seperti yg ditimbulkan seorang Cina suatu ketika dulu di Pantai Hillpark, Bangsar.

Kesian pada umat Islam di negeri Pulau Pinang, sedikit demi sedikit Islam diguris. Takut nanti apabila umat Islam nak menjalankan ibadat pun terpaksa dilakukan secara sembunyi. Maka pada masa itu, kita akan kembali ke zaman sebelum Hijrah. Time tu nak menyesalkan pun tiada berguna.

Wassalam

Post a Comment

1 Comments

  1. “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

    walau bagaimanapun,Islam agama yg ada hak dan batas..jika kita terlalu berlembut,mereka akan pijak kepala kita...tp x salah utk sekali-sekala berlembut..utk menunjukkan pd mereka yg Islam tu agama yg indah dan bertoleransi..wallahu'alam.. :)

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..