Full Width CSS

Sexy Marhaban Ya Ramadhan


Hah inilah yg saya paling geramkan.

Bukan geram dek tgk body solid si Nurul, janda si Ajai ni tapi geram dengan sikap mentaliti org yg tidak menghormati bulan Ramadhan ni. Terutama org bukan Islam.

Mungkin di pihak Nurul, beliau sendiri tidak tahu bilakah gambar ini akan dikeluarkan. So pada dasarnya bukan salah Nurul lah kot. Beliau dilantik sebagai duta produk shj. Ok tetapi...

Apa punya bodoh punya Glow& Glamour ni, agak² lah. Cubalah hormat sikit umat Islam di negara ni. Jagalah sensitiviti umat Islam. Sebagai seorang Islam, saya sendiri dah naik meluat dengan sesetengah syarikat atau pihak bukan Islam di Malaysia ni yg jelas sekali sengaja mengambil kesempatan mempromosi produk & jenama mereka tanpa mengambil kira soal sensitif ni.

Tgk latar belakang Nurul, kelihatan seperti Masjid bukan?? Perghhhh sakit hati gua beb !!!

Tidak salah berdandan untuk kecantikan kerana Islam juga menuntut umatnya berpakaian baru, kelihatan cantik dan indah pada sambutan Hari Raya.

Islam juga menggalakkan umatnya supaya berlembut dan berbaik² sesama manusia dan juga bertoleransi tetapi tidaklah sampai tahap membenarkan kepala dipijak pula. Ini dah lebih. Kalo ye pun nak buat promosi Aidilfitri, mengapa Nurul tidak dipakaikan dengan pakaian yg menutup aurat? Jika diberi pakai baju kurung sendat atau kebaya pun masih nampak solid juga kan?

Mengapa perlu didedahkan bahagian dada dan kaki? Dada dan kaki ker yg nak dihidangkan pada tetamu yg hadir pada hari raya nanti? Astaga..

Pihak berwajib harus memandang serius hal ini. Ini bukan soal remeh tetapi ini soal menghormati bulan mulia bagi umat Islam terutama di Malaysia. Jika perlu iklan ini ditarik balik, maka sangat eloklah. Tetapi jika iklan ini tidak ditarik balik, mesti ada something wrong lah tu pada pihak berwajib.

Wassalam..

P/s: saya tgk nampak sexy lah tapi tak terasa berahi.. pembaca yg lain, saya tak tau la apa rasa..

Post a Comment

3 Comments

  1. Sudah tentu salah UMPORNO

    ReplyDelete
  2. ASTAUFIRUGALLAH AL AZIMMM...

    ReplyDelete
  3. Pada dasarnya Nurul yang dedah aurat tu memang dah berdosa. Kalau orang "islam" sendiri tak tahu nak menghormati agama, apatah lagi orang kafir.........

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..