Full Width CSS

Apa Jadi Dengan Ratusan Laporan Polis?


KITA kembali disajikan dengan berita beratus-ratus laporan polis yang dibuat oleh rakyat yang marah dan kecewa dengan kenyataan celupar Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang melabel satria negara yang terkorban dalam peristiwa bersejarah dan berdarah Bukit Kepong sebagai bukan pejuang tanah air.

Saya percaya, ramai lagi yang berkongsi sentimen sedemikian tetapi hanya mampu memendam rasa dan berdoa semoga Mat Sabu kembali bermuhasabah diri dan memohon keampunan kepada ahli keluarga bekas pejuang yang dihinanya, terutama di bulan Syawal yang mulia ini.

Tetapi Mat Sabu tetap Mat Sabu. Kesombongan dan bongkaknya sebagai pemimpin nombor dua Pas tetap dipertahankan, sama seperti Tok Gurunya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Kedua-duanya keras kepala dan tidak pernah menyesal dengan kenyataan songsang dan fitnah dan penghinaan terhadap orang. Mereka menggunakan apa saja modal untuk tujuan politik sempit mereka.

Jika tidak ada modal atau isu, mereka akan mencipta yang baru melalui khayalan dan dongengan mereka asal ada sahaja bahan untuk diputarbelitkan dalam ceramah politik mereka.

Berbalik kepada cerita laporan polis terhadap Mat Sabu, yang kini berjumlah melebihi 500 kesemuanya, saya dan mungkin ramai lagi akan bertanya apa seterusnya akan berlaku setelah rakyat berduyun-duyun membuat laporan tersebut?

Dulu kita juga disajikan dengan berita mengenai lebih 1,500 laporan polis yang dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Ambiga dan kedegilannya yang berkeras mahu menganjurkan perarakan haram Bersih. Sudah pun dibuatnya, tetapi mengapa laporan-laporan polis tersebut tidak ada tindakan susulan daripada pihak yang berwajib?

Mengapa pejabat Peguam Negara tidak mengeluarkan arahan pendakwaan terhadap Ambiga?

Begitu juga dengan laporan palsu yang dibuat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes video seks beliau?

Laporan polis juga dibuat. Cerita laporan palsu Anwar Ibrahim kini ditimbulkan semula oleh Pergerakan Puteri UMNO melalui Naib Ketuanya Shahanim Mohd. Yusof yang membuat laporan polis di IPD Kuala Muda, Kedah, kelmarin.

Yang peliknya, trio Datuk T yang bercakap benar dan mendedahkan perlakuan jijik Anwar pula didakwa.

Bak kata orang Melayu 'Pelik bin Ajaib' perkara begini boleh berlaku dalam negara kita yang mendokong sistem demokrasi dan berpaksikan pada undang-undang serta keadilan. Kedaulatan Undang-undang juga menjadi teras kepada Lima Prinsip Rukun Negara yang didokong oleh kerajaan dan rakyat negara ini. Tetapi secara ringkasnya, di manakah keadilannya?

Saya serta rakyat lain yang menuntut keadilan, percaya laporan oleh Puteri UMNO semalam tidak akan membawa apa-apa erti dan sekadar menambahkan lagi statistik jumlah laporan polis untuk direkodkan sebagai data PDRM.

Yang pasti, Mat Sabu tetap dengan keceluparannya dan Anwar dengan sandiwaranya. Kita akan terus menjadi penonton dengan cerita palsu mereka.




Ulasan :

Saya agak tertarik dgn surat pembaca pada ruangan Forum - Utusan Malaysia.

Kalo diikutkan pandangan penulis, mmg benarlah apa yg dikatakan kerana telah berpuluh, beratus, beribu laporan Polis telah dibuat tetapi apakah pengakhiran bg ke semua laporan yg dibuat tersebut?

Adakah ia sekadar laporan Polis utk mencari publisiti ataupun ia laporan utk meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap orang yg diadu.

Situasi hari ini membuatkan rakyat yg menyokong kerajaan dari belakang berasa tersepit dan was² kerana apakah kerajaan tidak boleh menggunakan saluran undang² yg sedia ada utk mendakwa dan menghukum mereka ataupun adakah kerajaan takut dgn pihak pembangkang?

Ramai yg kata, Peguam Negara takut menggunakan undang² sedia ada kerana mereka sendiri tidak arif mengenai undang² ini berbanding peguam² yg mendokong perjuangan pembangkang.

Apa sudah jadi ni. Kita yg buat undang² tetapi kita sendiri yg takut dgn undang² tersebut. Tidak hairan lah bg saya jika skg ini ada dikalangan penyokong kerajaan pun menggunakan peguam dari pembangkang utk memenangi sesuatu kes.


P/s: jangan berani kuatkuasakan undang² kpd mereka yg lemah dan tidak 'fasih' mengenai undang² shj.

Post a Comment

2 Comments

  1. alamak. laporan tu nk masuk dlm fail je la. nk tengok setebal mana laporan itu. ada berapa ratus fail nk bukak dan kumpul laporan. setakat tu je la. nanti bila cerita kt kedai kopi, "kes mat syabun sokong kominis dan ada 18 juta laporan polis la...". abis cerita takat tu. pokok pangkalnya KERIS dh makin tumpul...

    ReplyDelete
  2. Sama juga macam kes Ambigak tuh

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..