Full Width CSS

Pelancaran Twitter PDRM

Pada hari Rabu yg lepas, saya telah dipilih oleh Facebook (FB) Polis DiRaja Malaysia utk bersama-sama dengan pegawai serta kepimpinan PDRM meraikan ulangtahun pertama FB PDRM dan pelancaran Twitter @PDRMsia.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), YDH IG Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar sendiri. Kehadiran KPN, Timbalan KPN serta pegawai-pegawai PDRM yg hadir disifatkan sgt TERBAIK kerana dalam kesibukan beliau sbg KPN, beliau sudi utk bersama fans FB bersuai mesra.

Menurut KPN, FB PDRM telah mempunyai fans 85,000 orang dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Ada juga fans bukan kalangan rakyat Malaysia tetapi rakyat dari luar negara turut sama mengikuti perkembangan dan aktiviti PDRM daripada FB PDRM.

Melihatkan kepada kemesraan KPN dan para pegawainya yg agak sporting bergambar bersama fans PDRM telah berjaya mengubah persepsi negatif org awam mengenai PDRM

Pelancaran Twitter, mempunyai fungsi yg seakan sama dgn FB PDRM tetapi telah ditambah fungsinya seperti menyampaikan maklumat semasa PDRM, berita kes² semasa dan trafik kepada pengikut twitter PDRM.

Apa pun usaha pihak PDRM ini menunjukkan bahawa PDRM berterima kasih dgn sokongan org awam kepada mereka. Sebagai org awam juga, kita boleh menjadi mata dan telinga kpd pihak PDRM dan menyalurkan maklumat yg betul kepada PDRM agar sama-sama mendapat manfaat.

Kebanyakan fans yg hadir melahirkan rasa puas hati kerana mendapat peluang yg jarang diperolehi oleh sesiapa sahaja. Bahkan mungkin ada dikalangan anggota Polis sendiri tidak memperoleh peluang bertemu dgn kepimpinan PDRM.

Dikhabarkan ada juga fans FB yg datang dari seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Tahniah PDRM !!~

Post a Comment

0 Comments