Full Width CSS

Setuju Tangguh Cas 6%


KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
"Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

Sumber : Berita Harian

Ulasan :

Terima kasih kepada semua syarikat telco kerana sudi menangguhkan cas 6% yg bakal dikenakan kepada pengguna.

Tetapi saya ada rasa sedikit tidak setuju kerana mengapa hendak ditangguhkan?? Bukankah lebih baik, ianya dibatalkan je daripada bakal diteruskan kelak.

Tangguh ataupun teruskan, ia akan menyebabkan rakyat terasa terbeban dgn cas yg dikenakan itu. Diharapkan syarikat telco nanti bersedia utk mengkaji semula lebih mendalam sebelum mengenakan sebarang cas tambahan kpd pengguna.

Tiada pengguna, tiadalah untung syarikat pra bayar !!!!

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..