Full Width CSS

Ada 'Sebab' Mereka Enggan Bantu


Saya antara jutaan org di seluruh dunia yg mengikuti berita mengenai seorang kanak² yg dilanggar lori dan kemudiannya diabaikan tanpa bantuan sehinggalah datang seorang wanita yg cuma menarik budak tersebut ke tepi jalan.

Apa yg menjadi hal nya adalah sikap masyarakat di sana seakan tidak berprikemanusiaan terhadap kanak² malang tersebut. Itu yg jelas kelihatan sikap mereka tetapi disebaliknya mereka mempunyai sebab.



Banyak kali perkara begini terjadi di China sebenarnya. Cuma banyak yg tidak kelihatan di mata umum dan di cctv. Tapi apabila ia terjadi di dpn kamera cctv, maka banyaklah mata dan fokus ke sesuatu benda yg terjadi. Lihat gambar di bawah.



Situasi gambar di atas ini. Berlaku di China. Orang tua ini terjatuh basikal di tgh² jalan. Tiada siapa yg membantu.

Bagi rakyat China, kemungkinan besar mereka mempunyai sifat prikemanusiaan tetapi disebabkan takut untuk 'membantu' menyebabkan mereka tersangkut di antara simpati dan 'perangkap'.

Mengapa saya katakan 'perangkap'? Mereka mempunyai alasan tersendiri.

1 - Pada tahun 2006, ada seorang lelaki membantu seorang wanita tua yg duduk di lantai bas utk berdiri tetapi lelaki tersebut telah dituduh oleh keluarga wanita tua tadi sebagai penyebab kepada wanita tua itu tercedera. Lelaki tersebut telah didenda 130,000 yuan utk membiayai kos perubatan. Namun setelah disiasat dan mendengar rayuan, lelaki tersebut hanya dikenakan 'denda' 40,000 yuan sahaja.

2- Kejadian ini menimpa seorang mahasiswa di sebuah Universiti Hennan yg telah baik hati membantu seorang wanita tua utk duduk tetapi perkara yg sama juga terjadi kepada dirinya apabila dituduh sebagai penyebab wanita tua itu tercedera. Mahasiswa tersebut dijatuhi hukuman denda 80,000 yuan.

Itu antara laporan yg pernah dilaporkan. Mereka yg baik dan ikhlas membantu tetapi telah disalah anggap sebagai pesalah ataupun punca kepada kejadian tersebut. Mungkin disebabkan tiada bukti yg kukuh spt kamera cctv dan juga org awam yg menjadi saksi kepada situasi tersebut tidak dapat membela mangsa.

Mungkin bagi saksi² ini, mereka tidak mahu terjebak dengan sebarang urusan dgn Polis ataupun pendakwaraya kerana menganggap hal yg terjadi bukan masalah mereka, mungkin tak mahu menyusahkan diri sendiri atau mungkin dikhuatiri akan menyebabkan mereka juga terperangkap dgn hal tersebut walaupun hadir sebagai saksi.

Begitulah juga hal yg terjadi kepada kanak² yg dilanggar lori tersebut. Faktor inilah yg menyebabkan rata² saksi teragak² membuat sesuatu bagi menyelamatkan nyawa kanak² tersebut.

Tetapi bagi 2 org pemandu lori tersebut, kejadian melanggar dgn sengaja tidak boleh langsung dimaafkan.

Di Malaysia, tiada sebab kita tidak membantu mangsa. Kerana sikap membantu telah lama dipupuk oleh kerajaan semenjak dahulu lagi.

P/s: Sangat berharap, rakyat di Malaysia masih mempunyai nilai² moral yg mulia.

Post a Comment

0 Comments