Full Width CSS

FAM tetap mahu RM50

"Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,".

Itulah adalah kenyataan yg dikeluarkan oleh Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Aduhaii awatlah depa takmo kaji semula harga tiket. Kalo FAM nak tau, harga RM50 tu terlalu mahal. Penonton yg dtg menonton di stadium bukanlah org yg kaya mana. Tp dek kerana nak bg sokongan pd pasukan negeri, jarak dan tol bukan faktor penghalang.

Lainlah kalo pasukan yg ke final tu nanti daripada kL atau Selangor. Penonton pun dekat-dekat je.

Kalo harga barang naik bolehlah kawal sbb ada menteri yg btanggungjawab dan wajib tangani isu rakyat tp kalo harga tiket naik, siapa yg wajib menjawab persoalan tersebut? Menteri Belia & Sukan pun terus menyepi dan senyap je.

Adakah harga tiket ni akan terus kekal utk Piala Malaysia tahun depan walaupun lokasi bertukar? Dan FAM tidak mempunyai plan jangkamasa panjang.

Tolonglah wahai FAM jgn terlalu mudah buat keputusan tanpa memikirkan pendapat org ramai, situasi semasa dan keadaan sekeliling.

P/s: Apa kata kita BOIKOT saja perlawanan tersebut. Tgk kt tv jela.

Sent via my BlackBerry®

Post a Comment

0 Comments