Full Width CSS

Kotakan Yang Dahulu


Begitu mudah manusia bernama Anwar Ibrahim ini memberikan pelbagai tawaran utk rakyat yg konon²nya sekarang ni hidup dalam keadaan melarat bahkan lebih teruk daripada rakyat di Somalia.

Begitulah Anwar cuba gambarkan bahawa kehidupan rakyat Malaysia kini menjadi semakin teruk dan dianiaya dgn kejam oleh rejim Najib. Kini apabila Bajet 2012 Pakatan Haram Jadah dibentangkan, rakyat diharapkan terpesona dgn janji² yg ditawarkan.

Rata² pendapat rakyat yg bodoh spt blogger pakatan serta bakal 'menteri' Anwar menyetujui isi keseluruhan bajet tersebut tanpa ada ragu². Persepsi mereka terhadap bajet tersebut umpama mempunyai pengalaman puluhan tahun memerintah sesebuah negara hahaha Gila kentanglah para pencinta Anwar mendakwa, Anwar Ibrahim itu merupakan PAKAR EKONOMI !!

Tetapi bagi rakyat yg semakin bijak dan pandai menilai apa itu pembohongan, penipuan secara halus dan bekas mangsa² kerakusan manifesto PRU 12, kini tidak lagi mempercayai apa yg dibentangkan Anwar semalam. Ia sekadar ucapan Anwar Ibrahim di dalam majlis rasmi dan seperti biasa kesalahan yg dihimpun tetap disalahkan pada org yg sama iaitu Najib Tun Razak.

Mengikut pendapat ramai, bajet 2012 Pakatan kali ini tidak mampu memberi impak yg positif kepada Pakatan kerana banyak janji² yg telah ditawarkan di dalam manifesto PRU 12 yg lepas tidak mampu dilaksanakan sekali pun Pakatan telah memperoleh 3 buah negeri dan mengekalkan kuasa di sebuah negeri.

Cuma apa yg boleh dilihat kali ni, keputusan PRU 13 akan datang akan memberi satu kejutan yg tidak akan dipercayai oleh Pakatan. Undi kepada Pakatan akan jatuh secara mendadak dan merundum berbanding keputusan yg lepas. Kenapa?

Anda perlu tanya kepada Anwar Ibrahim.

Post a Comment

0 Comments