Full Width CSS

BN - Pilihan Orang Muda




Tahniah kepada UMNO Malaysia dengan pelancaran logo dan slogan baru Barisan Nasional (BN) : Pilihan Orang Muda.

Slogan yg bakal diguna pakai oleh sayap Pemuda dan Puteri ini diyakini menjadi daya penarik golongan muda terhadap BN sebagai parti yg mengutamakan kehendak orang muda pada hari ini.

BN tidak pernah gagal dalam memenuhi kehendak golongan muda. Di bawah Kementerian Belia & Sukan, kerajaan telah berjaya mengadakan dan mewujudkan pelbagai kemudahan serta keperluan generasi muda berdasarkan atas permintaan dan sambutan yg baik daripada golongan muda.

Generasi muda hari ini dilihat lebih cenderung ke arah sukan, kelab dan persatuan. Selaras dgn itu, KBS telah dan akan menambahkan lagi pelbagai bentuk aktiviti yg bersifat positif demi kebaikan bersama. Hasrat tersebut juga ingin dikongsi bersama oleh parti pemerintah BN yg ingin melihat perkembangan generasi muda hari ini tidak terbantut disebabkan terlalu mengejar kemajuan dan pembangunan disamping merealisasikan hasrat negara menuju Wawasan 2020.

Diharap slogan BN : Pilihan Orang Muda bakal memberi impak positif kepada kerajaan Malaysia

Post a Comment

0 Comments