Full Width CSS

DAP Gunakan Orang Asli

Kantoi!! DAP menjadi dalang menghasut orang asli serang MB Negeri Sembilan... Fuhh!! patutlah laju je Malaysiakini up story tersebut.. Inilah namanya Pakatan Haram Jadah!!!

Apa yang berlaku pagi tadi adalah salah faham pihak orang asli yang telah dihasut oleh pihak pembangkang yang cuba memutar belit kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan pada sidang akhbar pada 21 hb yang lalu, baca laporan di sini.

Ini adalah angkara putar belit yang sengaja disusun oleh pembangkang untuk memburukkan nama baik Menteri Besar Negeri Sembilan.

Demonstrasi berkenaan sengaja dirancangkan untuk mendapatkan publisiti dan untuk memburukkan Menteri Besar oleh pembangkang. Apakah mereka ini diupah oleh pembangkang ?

Sekiranya mereka benar-benar mewakili masyarakat orang Asli keseluruhan, sudah tentu mereka telah menyampaikan memorundum berkenaan kepada Menteri Besar ketika Menteri Besar berada di Jelebu untuk program 10 hb Nov lalu.

Menteri Besar ketika itu berada di Program Penyampaian Sijil Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) di Jelebu . Program berjalan dengan lancar dan baik dan Menteri Besar diberikan sambutan yang amat meriah oleh masyarakat kaum Asli di dalam program berkenaan, klik sini..

Dalam sidang akhbar tengah hari tadi ,Menteri Besar menyentuh mengenai demontrasi Orang Asli yang berlaku di perkarangan Wisma Negeri, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri bukan ingin membeli tanah milik mereka tetapi kerajaan negeri mahu mewartakan perkampungan orang asli yang masih belum diwartakan.

Katanya lagi bahawa isu ini telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya dari pihak pembangkang dan membuatkan orang-orang asli salah erti terhadap usaha kerajaan negeri.

Usaha sebegini dilakukan supaya masyarakat orang asli mendapat hak- hak pelindungan di bawah perlembagaan yang telah termaktub.

Menurut Menteri Besar lagi apabila dihubungi oleh N9kini.net bahawa beliau tidak pernah mengatakan bahawa masyarakat orang Asli sebagai setinggan. Apa yang dikatakan oleh beliau adalah beliau tidak mahu orang menganggap masyarakat orang asli sebagai setinggan. Itu sebabnya kerajaan Negeri Sembilan akan mewartakan tanah tanah orang asli di seluruh Negeri Sembilan.Kerajaan juga berhasrat untuk memajukan tanah mereka bagi manaikkan taraf kehidupan orang Asli.

Apa yang boleh kita lihat dalam demonstrasi siang tadi adalah dalang dalang dari DAP dan kelihatan sama setiausaha Anthony Loke dan juga pemimpin Seremban yang lain.

Mereka ini sengaja mahu mempengaruhi orang Asli untuk melakukan demonstrasi pada hari ini.

DAP yang cuba menjuarai isu orang Asli sedangkan apa yang diucapkan oleh Menteri Besar tidak langsung menyentuh mengenai kedudukan orang asli sebagai setinggan.

DAP juga sengaja mengapi-api kan mereka kononnya kerajaan mahu membeli dan mengambil tanah mereka.

Menteri Besar telah bertemu dengan mereka dan menerima memorundum berkenaan.

Sumber : n9kini.net & POLITIK HARIAN


P/s: DAP aka PEMBANGKANG kian terdesak dgn 'ancaman' PRU daripada Najib haha

Post a Comment

0 Comments