Full Width CSS

Ibadah Qurban pula dipersoal

Alhamdulillah, tengahari tadi selesai sudah melakukan ibadah korban. Saya pasti para pembaca juga terlibat dgn upacara ini setiap kali tibanya hari raya haji.

Apa yg pasti sebelah ptg ramai antara kita dah tergolek dlm rumah kerana kepenatan main kejar-kejar dgn lembu, melapah daging & mengedar daging tersebut pada mereka yg memerlukan dan juga jiran tetangga.

Sedang duduk berehat tiba-tiba saya mendapat BBM dari sahabat yg memberikan perkhabaran begini...

''On the eve of the Muslim celebration of Eidul Adha, the Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taosim (MCCBCHST) has called on the authorities to put a halt to the practice of slaughtering cows in schools and other public places.''

Inilah dikatakan BIADAP.

Apalah busuk hati puak-puak MCCBCHST ni. Sudah berapa puluh tahun penduduk Islam di negara ni dok melakukan ibadah korban. Bukan baru setahun dua kita lakukan penyembelihan korban.

Tapi kenapa perlu dipersoalkan lokasi penyembelihan korban? Kenapa sekarang? Bagi saya lokasi ini tidak akan memberi kesan negatif pada penduduk sekitar. Lagi pun ia dilakukan di kawasan terbuka dgn pergerakan angin yg lancar.

Banyak penduduk sekitar kawasan perumahan saya terutama bukan Islam begitu menghormati upacara korban ini, bg mereka masing-masing punya hak dan kebebasan beragama. Walaupun terpaksa menghidu bau busuk sekitar seminggu, ia tidak memberi sebarang masalah. Begitulah jugak org Islam menghormati ritual agama lain di sini. Tak da masalah lah.

Di dalam Islam juga sudah ditetapkan sisa-sisa sembelihan perlu ditanam utk menjaga kebersihan kawasan. Bersih!

Saya pasti ini merupakan pendapat segelintir org bkn Islam yg mahu mengaut populariti segera sebelum PRU akan dtg. Saya begitu yakin ini merupakan usaha terdesak pihak-pihak yg BERMASALAH di Malaysia.

Kita tidak punyai masalah hidup di dalam masyarakat majmuk. Tapi adakah MCCBCHST mempunyai masalah?


P/s: dulu BERSIH, lepas tu SEKSUALITI MERDEKA.. Pasni?

Post a Comment

2 Comments

  1. Pasti akan disokong oleh Pas...

    ReplyDelete
  2. hari-hari orang Melayu hidu bau colok and tidur disulami salakan anjing.

    Yeahh!! 1Malaysia

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..