Full Width CSS

Jiran Yang Sakit Hati



Saya sangat terkilan dgn layanan yg diterima oleh Malaysia. Entah di mana silapnya, Malaysia sebuah negara yg maju dan boleh dikatakan sbg sebuah negara yg berjaya tapi sering dicemburui oleh negara jiran tetangga terutama daripada Indonesia.

Mengapa Indonesia sering menimbulkan isu² provokasi yg boleh menggugat hubungan dua negara? Sedangkan di Malaysia, ramai juga warga Indonesia yg berhijrah dan mencari pendapatan di sini. Sama juga kalangan rakyat Malaysia yg bekerja dan membeli belah di Indonesia.

Bukankah ekonomi di Indonesia juga turut dijana daripada Malaysia. Sepatutnya Indonesia dan Malaysia saling berterima kasih antara satu sama lain kerana saling memerlukan sebenarnya. Tapi perkara ini tidak terjadi kepada media Indonesia yg dilihat sbg 'batu api' antara pemerintah dan rakyat.

Mereka sengaja membakar api kebencian kepada setiap jiwa rakyat Indonesia agar Malaysia dilihat seperti PEROMPAK kepada Indonesia.

Saya melihat perkembangan ini sangat tidak sihat untuk kedua² negara. Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia dilihat lebih matang dan terbuka dalam membicara isu yg membabitkan kedua² negara.

Mungkin antara rakyat Indonesia, tidak semua yg mempunyai persepsi yg sama dgn para pendokong anti Malaysia di sana. Masih ramai yg percaya akan kebolehan serta kehebatan Malaysia di rantau asia baik dari segi bidang sukan mahupun ekonomi.


Lihat video di atas, bagaimana kotornya Indonesia yg cuba melakukan Doping Control (ujian saringan dadah) ke atas pemain² Malaysia setelah berjaya dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea semalam.


Saya merasakan, jika pasukan Indonesia yg menang sudah pasti tiada ujian ini dilakukan. Betapa kejinya perwatakan yg ditunjukkan oleh Indonesia bagi menidakkan kemenangan yg sah dimiliki oleh Malaysia.

Lantak pi lah kalo Indonesia nak kata apa tapi yg penting sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dan saya sangat SAYANG MALAYSIA

Nak tau cerita pasal Indonesia lagi, meh baca Bersama Mazidul

Post a Comment

5 Comments

  1. kenyataannya garuda terkulai layu ditempat sendiri.... kalahhhh... dgn HARIMAU MALAYA

    ReplyDelete
  2. SIFAT EGO MEMAKAN DIRI

    ReplyDelete
  3. mungkin sudah tiba masanya Malaysia cuba berdiri atas kaki sendiri secara total, maksudnya, pengambilan pekerja dari Indonesia seperti amah dihentikan, kerajaan perlu memikirkan satu cara berkesan yang membolehkan rakyat Malaysia melakukan kegiatan tanpa adanya kebergantungan kepada tenaga kerja Indonesia.... saya percaya ada ramai pakar yang boleh menyelesaikan isu kebergantungan ini di kalangan pemimpin kita

    ReplyDelete
  4. mungkin sudah tiba masanya Malaysia cuba berdiri atas kaki sendiri secara total, maksudnya, pengambilan pekerja dari Indonesia seperti amah dihentikan, kerajaan perlu memikirkan satu cara berkesan yang membolehkan rakyat Malaysia melakukan kegiatan tanpa adanya kebergantungan kepada tenaga kerja Indonesia.... saya percaya ada ramai pakar yang boleh menyelesaikan isu kebergantungan ini di kalangan pemimpin kita

    ReplyDelete
  5. Alaa yang ambil amah indon tu bukan apa nak jaga lifestyle dan nampak lebih berduit. Walhal makan hati berulam jantung dengan pe'el amah-amah ni.

    Kementerian Kak Ijat ada buat kursus 'house keeping' untuk memenuhi tenaga kerja sebagai amah hujung minggu. Sasarannya ibu-ibu tunggal dan wanita yang tidak berkerjaya untuk menampung kos kehidupan. Sekali datang dan terus bayar perkhidmatan yang diberi.

    Perkhidmatan seperti memang ada cuba blm diterima secara meluas.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..