Full Width CSS

Khalid Gagap Takut Telur Pecah

Setelah diasak dan tidak tahu bagaimana hendak menjawab setiap soalan berkenaan ketirisan dan kepincangan pentadbirannya di Selangor, Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk membuat pendedahan yang dianggapnya dapat menutup segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan olehnya.

Dalam kenyataan akhbarnya, Khalid Ibrahim mendedahkan tentang transaksi penjualan tanah di Science Park 2 membabitkan Satim Diman. Khalid Ibrahim juga mendedahkan tentang penjualan tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana membabitkan Dr. Khir Toyo dan isteri Noh Omar. Khalid Ibrahim juga mendedahkan tentang ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang kononnya telah dijual oleh PKPS pada tahun 2006 dengan harga RM8,000 seekar kepada sebuah syarikat Bumiputera yang kemudian dijual pula kepada Rimbunan Hijau.

Rimbunan Hijau merupakan syarikat yang ada kaitan dengan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional.
Menariknya, Khalid Ibrahim cuba membenarkan tindakan-tindakan ganasnya terhadap PKNS dengan menyatakan di bawah pentadbirannya, PKNS telah diperbetulkan dengan tidak lagi dibenarkan JV atas dasar tuan tanah tetapi hanya boleh mengadakan usahasama secara GDV supaya anak-anak syarikat itu membuat keuntungan besar.

Khalid Ibrahim juga mendedahkan bahawa berdasarkan Laporan Kewangan pada 31 Mac 2008, rezab Negeri Selangor yang ditinggalkan oleh Khir Toyo adalah RM689.510 juta sekaligus menafikan dakwaan ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus bahawa rezab yang ditinggalkan oleh Khir Toyo berjumlah RM1.7 bilion.
Mari kita lihat, benarkah seperti dakwaan dan pendedahan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim. Mengapa Khalid Ibrahim merujuk kepada rezab yang ditinggalkan oleh Khir Toyo berbanding rezab yang dia sendiri tinggalkan untuk kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009 dan 2010?

Kita tidak perlu terus memperincikan satu persatu. Cukup untuk kita menilai laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 dan 2010 untuk melihat sendiri masalah yang cuba dilindungkan oleh Khalid Ibrahim. Pada tahun 2007, baki wang tunai dalam bank ialah RM738.05 juta. Pada tahun 2008 pula, baki wang tunai dalam bank ialah RM725.98 juta. Namun pada tahun 2009, jumlah tersebut merosot menjadi RM611.90 juta.

Selepas menjual pelbagai aset dan ekuiti milik anak syarikat, akhirnya pada tahun 2o10, baki tunai di dalam bank telah meningkat menjadi RM906.58 juta (RUJUK LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA: PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI, m.s 10)

Kebimbangan Khalid Ibrahim yang menjalankan tipu muslihat DAP sangat ketara apabila enggan sama sekali membincangkan tentang pelaburan Saham dan Dividen yang laporannya memalukan Khalid.
Analisis Audit mendapati dividen yang dibayar oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi tahun 1999 sehingga 2007 berjumlah RM6.54 juta telah diteirma oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) selaku pemegang amanah kepada pelaburan Kerajaan Negeri Selangor.

Pada tahun 2010, MMKN telah meluluskan sebanyak 10% daripada jumlah dividen PNSB berjumlah RM0.65 juta kepada MBI dan bakinya RM5.89 juta (1.6%) dibayar kepada Kerajaan Negeri dalam Akaun Amanah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor. Pada bulan Mac dan Oktober 1010, baki dividen berjumlah RM5.89 juta telah dibayar oleh MBI.

Kesemua 11 pelaburan iaitu PNSB, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Pendidikan Industri Yayasan Selangor, SSIC Berhad, Rashid Hussain Asset Management Sdn. Bhd, Bukit Beruntung Golf & Country Club, Rantaian Mesra Sdn. Bhd, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd, Tourism Selangor Sdn. Bhd, MSNS Holdings Sdn. Bhd dan PNS pada kos pelaburan RM376.55 juta tidak membayar dividen pada tahun 2010.

Jadi, sebelum perkara itu ditimbulkan, Khalid Ibrahim terpaksa meraban dan mempersoalkan kewajaran penjualan tanah dan sebagainya pada tahun 2007 dan sebelumnya. Mengalihkan isu dan menyebabkan pihak lawan menjawab isu tersebut akan membolehkan Khalid Ibrahim berlepas diri dan tidak perlu menjawab tentang pelaburan kerajaan negeri Selangor yang tidak menguntungkan sepanjang dia menjadi Menteri Besar.

Justeru pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mengelabui mata. Sementara masing-masing, sibuk mencari alasan dan jawapan kepada ‘pendedahan’ berkenaan, Khalid Ibrahim dan Teresa Kok pula boleh meneruskan agenda menyamun dan merompak sehinggalah PRU13!

Sumber : AAKJ.COM

Post a Comment

0 Comments