Full Width CSS

Saya Guna U Mobile

Sebelum ini saya menggunakan khidmat telco syarikat M utk smart phone saya iaitu Blackberry. Saya subscribe plan pra-bayar (prepaid) utk sebulan punya plan RM30 (100mb). Disebabkan rasa tersakit hati dgn khidmat M minggu lepas di mana saya mempunyai masalah rangkaian pada setiap malam dari jam 12 tgh malam sehingga jam 9 pagi selama 2 hari berturut² di Bdr Tun Razak, Cheras.

Tanpa ada sebarang notis pemberitahuan dan notis permohonan maaf telah menyebabkan saya tanpa memikir panjang terus bertukar ke khidmat syarikat telco yg lain pada hari itu juga.

Saya memilih syarikat U Mobile. Walaupun pada awalnya ada sedikit perasaan tak percaya tp disebabkan atas dorongan dan hasutan sahabat saya akhirnya dgn rasa teruja saya terus membeli nombor baru dan melanggan.

Tiba² ada pula diberitahu U Mobile mempunyai pelan Blackberry dan kini sedang giat diadakan promosi RM19 sebulan (free unlimited data). Perghhhh tak gila korang tgk pakej gini. Tengok gambar di bawah..

Promosi ni valid sampai hujung tahun sahaja. Tapi utk tempoh begini, saya rasa berbaloi kot utk orang yg 'kedekut' mcm saya. Kalo nak tau, bila streaming Youtube mmg takda lag video. Memang marveles beb.

Utk smartphone yg lain juga, ada pakej yg menarik mcm pengguna Blackberry. Sahabat saya menggunakan HTC Android, hanya perlu bayar RM28.


Saya bukan nak kempen utk U Mobile tp saya cuma berkongsi apa yg punyai sekarang ini. Internet pun takda la slow sgt pun.

Di Malaysia ni, kita punyai banyak pilihan barang² runcit, perkakasan dan juga talian telefon. Cuma tinggal utk dipilih sahaja. Saya puas hati dgn khidmat yg saya dpt sekarang ni. Jimat dan pantas.

Tapi sebelum subscribe, saya nasihat anda dapatkan info² sebanyak mungkin. Jangan telefon hotline U Mobile ni psl mmg takkan berjawab. Bad bad bad servis.


P/s: mulai 10 Nov 2011 sehingga 31 Jan 2012, U Mobile bagi additional free 500mb


Meh usha website - U Mobile

Post a Comment

2 Comments

  1. saya pun dh switch ke u mobile

    ReplyDelete
  2. bis tu termasuk apps2 dia kan..? whatsup, wechat boleh guna..?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..