Full Width CSS

Adam Adli Namanya?

Sesungguhnya tindakan tidak bijak mahasiswa dgn menurun bendera wajah DS Najib ptg semalam telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari saya, sahabat blogger dan org-org UMNO.

Bagi saya, terasa sangat terhina apabila wajah pemimpin diperlakukan begitu.

Semalam kelihatan sepanduk berupa 'mahasiswa bukan robot' bla bla bla yg turut dibawa berarak. Tapi apabila tiba di PWTC, mereka umpama terus hilang pedoman menjadi spt monyet-monyet.

Perkaranya sgt mudah utk budak-budak ni fahami. Jika kalian mahu permintaan dihormati dan diambil kira oleh UMNO terutamanya, kalian haruslah ada sifat RESPECT pada UMNO.

¤ Menurunkan bendera, menaikkan bendera sendiri.
¤ Mengeluarkan statement bahawa kalian telah berjaya menggempur & menawan PWTC

..merupakan tindakan tidak bijak dan biadap. Byk parti pembangkang di Malaysia ini yg membenci UMNO tp kenapa mereka tidak bertindak bodoh seperti SMM & BEBAS?

Kerana mereka masih ada sifat RESPECT pada lawan. Itu dinamakan profesional tetapi bg kumpulan anak-anak mahasiswa ini dinamakan tidak MATANG langsung.

Inikah bakal pewaris negara nanti?

Akan tetapi Adam Adli, pelajar yg disyaki menurunkan bendera semalam dan SMM @ BEBAS, saya nasihatkan lakukan sesuatu utk menjernihkan keadaan. Kerana saya tidak dapat beri anggaran masa seberapa pantasnya org-org UMNO akan mencari kamu sampai dapat.

Mungkin terlanjur kata boleh minta maaf tp kalo sengaja 'terlanjur' perbuatan buruk padahnya hehe.

All the best Adam Adli & the gang.

Post a Comment

0 Comments