Full Width CSS

Amanat Yang Wajib Diingat #PAUMNO 2011

Dalam ucapan Presiden UMNO ptg td. Beliau melahirkan kebimbangan dgn masa depan kedudukan agama Islam, hak istimewa Melayu dan juga ke mana arah tuju negara ini selepas PRU 13 nanti.

Perasaan ini beliau gambarkan dalam persoalan kpd 12.4 juta pengundi yg bakal menentukan masa depan 28 juta rakyat Malaysia. Adakah UMNO bakal menerima mandat rakyat kembali ataupun tidak, semuanya pilihan rakyat (negara demokrasi).

Jika keputusan seperti kaji selidik yg dibentangkan Dato' Seri Zahid Hamidi mengenai statistik keyakinan / persepsi rakyat terhadap parti & PM terus dikekalkan dan ditingkatkan nescaya BN akan terus berkuasa dan menyambung azam dan tekad berkhidmat utk rakyat.

Menurut Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin. Selain daripada winnabel candidate yg merupakan 'aset' utk BN menang. Ada satu lagi faktor yg akan membawa kpd kemenangan mutlak calon, iaitu winnabel party yg sentiasa memberi sokongan kpd calon.

Bagaimanapun menurut kenyataan dari wakil negeri Kedah, Mohd Kamal Saidin yg menyifatkan Mat Sabu sebenarnya sbg 'aset' kpd UMNO. Ini kerna dgn pelbagai kesilapan serta kenyataannya yg mengelirukan dan mengguris hati rakyat sehingga menyebabkan ahli-ahlinya bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan pd UMNO. Beliau meminta Mat Sabu tidak ditangkap polis dalam masa terdekat ini.

Penggulungan yg baik dari Presiden ialah beliau mengingatkan ahli UMNO perlu melakukan transformasi bkn saja pada parti sebaliknya kpd diri sendiri terlebih dahulu.

Kemudian barulah tiada apa-apa persengketaan sesama ahli terjadi. Sekali gus kemenangan dapat dikecapi dgn mudah atas sokongan kpd calon yg satu, perjuangan yg satu dan pemimpin yg satu utk masa hadapan yg lebih cerah bersama BN.

Umpama petikan ayat Timbalan Presiden, Datuk Seri Shafie Afdal. People can put trust to us to lead a nation.

Seterusnya agenda Melayu terlaksana dan taraf bangsa semakin maju dan berdaya saing. Seperti baiah KAMI AHLI UMNO AKAN BERJUANG DAN MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN BN PADA PRU AKAN DATANG.

Post a Comment

0 Comments