Full Width CSS

Apasal Pembangkang Ni Suka Terjun Bangunan?

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipercayai terjatuh dari tingkat satu sebuah rumah di Kompleks Perumahan SUK di Seksyen 7 di sini, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata polis masih mencari motif sebenar kejadian termasuk mengambil keterangan daripada mereka yang menghadiri program bersama mangsa di kompleks itu sebelum kejadian itu berlaku.

"Buat masa ini, kami klasifikasi kes ini sebagai kemalangan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam, Yahya Talib, 49, cedera di pergelangan tangan kanan, kaki kiri dan mukanya dipercayai terjatuh dari tingkat satu sebuah rumah di kompleks itu.

Ketua Siasatan Jenayah Shah Alam, DSP Kamaruddin Ismail dilaporkan berkata, mangsa dijumpai rakan sebiliknya di bahagian bawah balkoni rumah tiga tingkat berkenaan dalam keadaan tertiarap dan hanya memakai seluar dalam.

Beliau berkata, rakan sebilik mangsa kemudian menghantarnya ke hospital sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, di sini. - BERNAMA

Isk isk isk tu dia betoi ka dia ni terjatuh? Bukan nak bunuh diri ka?

Awatlah teruk sangat depa ni, kot kalo ya pun nak terjun bunuh diri, pi lah naik tinggi² skit pastu barulah terjun. Barulah bole mati on the spot org putih habaq.

Ni tidak, dah pi terjun rendah² pastu awat bodoh sangat pakai spender ja. Tak pasai² melekat teruih kat lantai tu. Hah la ni depa dok gebang, kononnya ni ada kena mengena dgn UMNO jugak. Adoiii awatlah rendah sangat pemikiran depa ni.

Arr lantak pi lah. Dah malas nak amek tau

Post a Comment

0 Comments