Full Width CSS

BN Bukan Parti Ekstremis

"UMNO, MCA, MIC dan kaum kerabat dalam Barisan Nasional bukan parti yg ekstremis, kami parti yg mengamalkan kesederhanaan" - Datuk Saifuddin Abdullah.

Ulasan Datuk Saifuddin Abdullah sangat bagus dan dipenuhi dgn fakta² sepanjang forum anjuran Sinar Harian - PRU 13 Undi Siapa Jadi Penentu .

Tidak spt ahli panel yg lain, cuma memberikan kupasan berdasarkan rasa tidak puas hati dan dipenuhi dgn rasa dendam terhadap kerajaan. Sama lah juga si Prof Google tu hanya tahu memberi kenyataan tp pada dasarnya apakah sumbangan dia kpd negara?


Mengambil soal transformasi yg dilakukan DS Najib berjaya ataupun tidak, Datuk Saifuddin menjelaskan boleh dikatakan hampir 60% sudah mencapai tahap yg memuaskan. Antaranya..
  1. Jenayah jalanan telah kurang sebanyak 35%
  2. Index jenayah turun sebanyak 15%
  3. Pertambahan akses kpd pra sekolah daripada 60,000 kpd 700,000
  4. 44,500 isi rumah miskin tegar keluar daripada kepompong miskin tegar
  5. 35,000 buah rumah murah dibina
  6. 2,000,000 penduduk luar bandar dapat kemudahan jalan raya, api dan air dlm masa setahun
Inilah benda² yg harus dilihat oleh pembangkang mengenai keseriusan kerajaan dalam Program Transfromasi Kerajaan (GTP) iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, tingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas luar bandar dan juga mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.


Program ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa mengikut keperluan rakyat.

Post a Comment

0 Comments