Full Width CSS

BTR : Penerangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Semalam berlangsung Majlis Penerangan & Pemberian Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penduduk sekitar Taman Mewah, Bandar Tun Razak.

Penerangan mengenai BR1M telah disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar dan juga saudara Ketua Pemuda Taman Mewah, Hisham Hamidi.

Walaupun jumlah RM500 nampak sedikit tp rakyat tetap bersyukur dgn keprihatinan kerajaan BN terhadap beban yg ditanggung rakyat.

Sambutan yg diterima sungguh menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama daripada golongan usia emas yg merupakan pesara.

Rata² yg hadir juga sangat berpuas hati dgn info penerangan yg diberikan. Segala tanggapan dan kekurangan maklumat dapat dijawab dlm majlis seumpama ini.

Ini adalah satu usaha kerajaan Barisan Nasional kpd rakyat tanpa mengira fahaman agama dan ideologi politik. Semua orang dapat bantuan ini.

Tahniah kpd Pemuda UMNO Bandar Tun Razak dgn kejayaan program ini. Semoga ia membuka mata masyarakat dgn keseriusan BN dalam menjaga kebajikan rakyat.

Khalid Ibrahim mana? Aduhaiii..

*borang diberikan percuma.


BARISAN NASIONAL BAGUS

Post a Comment

1 Comments

  1. Orang2 PAS jangan la malu2 pulak isi borang.. orang nak beri duit ambik je la. Tapi bila dah dapat duit nanti ( walau pun tak banyak ) jangan lupa belanja pada keluarga. Beli kan ayam goreng ke pada anak2..belikan tilam baru pada isteri ke.. jangan pulak habiskan duit tu beri derma di ceramah2 PAS ...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..