Full Width CSS

DAP Guna Orang Melayu Utk Jahanamkan Rakyat


Pensyarah Sosiobudaya Melayu Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan melihat Dap berjaya memainkan sandiwara dan lakonan mereka dalam mewujudkan seolah-olah demonstrasi yang berlangsung Sabtu lalu adalah tuntutan daripada rakyat berbangsa Melayu kepada kerajaan yang dipimpin orang-orang Melayu.

Katanya, inilah drama yang telah dilakonkan oleh Dap apabila mereka seumpama tidak wujud dalam demonstrasi jalanan yang berlangsung kononnya atas nama NGO sedangkan ia secara jelas dipergunakan oleh badan politik pembangkang.

“Saya melihat bahawa Dap ini amat yakin bahawa sekarang ini sokongan 80 peratus pengundi Cina cenderung kepada mereka, selain usaha berterusan mereka untuk meruntuhkan kepercayaan bangsa Melayu bukan sahaja kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi juga kepada kerajaan,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, inilah agenda sebenar Dap dalam usaha untuk meruntuhkan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap bangsanya sendiri iaitu dilakukan perlahan-lahan dengan penuh perancangan yang akhirnya akan mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dan tidak tahu menahu.

“Kita lihat bagaimana kepercayaan rakyat mula terhakis denagn isu-isu yang dibangkitkan oleh Dap sebelum ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuklah kes membabitkan kononnya siasatan ke atas warga perempuan China sedangkan ia hanyalah permainan mereka untuk melunturkan kepercayaan rakyat pada pihak berkuasa.

“Selepas itu, Dap berjaya juga mengganggu-gugat sistem birokrasi yang kebanyakannya dimonopoli oleh bangsa Melayu, dan kemudian mempertikaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengaitkan pelbagai isu yang berjaya mengundang persoalan dan prasangka di kalangan rakyat,” ujarnya.

Terang beliau lagi, apabila ada NGO yang mengaku kononnya mereka adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang sebenarnya didukung oleh parti politik pembangkang sebenarnya adalah satu lagi agenda untuk melunturkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan melalui SPR.

“Inilah ‘perang persepsi’ yang berjaya diwujudkan oleh pihak pembangkang yang dimonopoli oleh Dap, dan malangnya orang Melayu diperguna untuk menghancurkan kerajaan yang ada.”

Dilaporkan beberapa hari sebelum demonstrasi Bersih dijalankan pada 9 Julai lalu, pemimpin Dap telah menghantar pesanan kepada ahli-ahlinya khususnya yang berbangsa Cina agar tidak campurtangan dalam demonstrasi terbabit sebaliknya membiarkan sahaja bangsa lain termasuk Melayu saling bercakaran. -MediaUMNO

Post a Comment

0 Comments