Demontrasi aman telah diadakan di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim pagi tadi bagi mendesak pentadbiran universiti itu menyingkirkan seorang pelajarnya, Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di PWTC pada 17 Disember lalu.
Seramai kira-kira 200 orang menyertai demontrasi aman itu terdiri daripada ahli UMNO Bahagian Tanjong Malim serta parti-parti komponen BN Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor serta badan-badan NGO.
Memorandum yang menyatakan desakan itu telah diterima oleh Naib Cancelor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria Kasa. Sama-samalah kita lihat apakah tindakan yang bakal diambil oleh UPSI terhadap pelajarnya yang bersikap biadap ini. Tempoh yang diberi adalah 2 minggu untuk UPSI menyingkirkan pelajar ini.
Sumber : Wangsa Setia
3 Comments
rakan komponen patut hadir dalam bilangan lebih dari itu.
ReplyDeletebukankah Pok Jib itu adalah ketua BN?
bukankah rakan komponen dapat kerusi TM atas sokongan Pok Jib jua?
kalau dalam hal besar ini rakan komponen nampak lesu..,
apa yang boleh diharapkan dalam hal lebih kecil dari ini?
PEMERHATI
Buat malu UPSI je... kalau bleh aku nak tengok result exam si bedul ni... ada sesape bleh send tak...
ReplyDeletebedul yg diperguna oleh PKR...
Cantik Puteri puteri umno tu..dah kahwin ke belum...hehehehe
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..