Full Width CSS

Hassan Ali Didesak Cerai Isteri Jika Tinggalkan PAS


Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang mengeluarkan statistik peratusan yang membuktikan potensi kemenangan BN di Negeri Selangor amat besar diperakui oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Namun Khalid Samad tidak bersetuju punca penurunan mendadak sokongan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri terutamanya PAS adalah disebabkan kegagalan pimpinan Khalid Ibrahim memberi kemajuan dan kebajikan terhadap rakyat. Akan tetapi beliau menyalahkan Hasan Ali sebagai punca membawa pengaruh sumbang kononnya bersubahat dengan UMNO bagi menjatuhkan krelibiliti Pakatan.

Khalid Samad mendakwa tindakan Hasan Ali yang acap kali menghalang perniagaan arak berkembang di Negeri tersebut telah mendatangkan kemarahan terhadap masyarakat Cina di Selangor terutamanya yang baru sahaja mula menyokong Pakatan.

Selain itu, tindakan Hasan Ali mengambil tindakan melulu terhadap beberapa individu yang hampir meninggalkan Agama Islam (Murtad) dilihat melampau sehinggakan mengguris perasaan rakan2 Pakatan yang beragama Kristian.

Maka Hasan Ali bertanggungjawab jika Pakatan tewas pada PRU13. Hasan Ali dakwa beliau sebenarnya mengimpikan jawatan MB Selangor sejak sekian lama lalu bertindak kononnya menjadi seorang jaguh Islam di Negeri ini sehinggakan tidak memikirkan kesan terhadap hubungan Pakatan iaitu DAP dan PKR.

Khalid Samad didakwa mencabar Hasan Ali meninggalkan PAS serta merta jika benar tidak dapat menerima agenda terkini PAS dalam memastikan kemenangan Pakatan pada PRU13.

Khalid Samad agaknya lupa. Nak tinggalkan PAS kena ikut Baiah yang ditetapkan. Tinggalkan PAS maka jatuhlah talak terhadap isteri masing2.

Post a Comment

0 Comments