Full Width CSS

Kerajaan Berhabis Duit Utk Pembangkang






LANGKAWI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya iaitu Datuk Mansor Othman dan Dr P. Ramasamy telah dibawa dengan sebuah helikopter khas untuk mendarat di atas kapal TLDM sebelum dibawa menaiki kapal selam negara, KD Tun Razak untuk operasi menyelam.

Lim dan rombongannya terdahulu telah disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada lebih kurang jam 2 petang Jumaat.

Lim, Mansor dan Dr Ramasamy kemudian menaiki sebuah helikopter yang membawa mereka terus ke atas dek sebuah kapal friget TLDM yang sedang menanti di tengah laut. Kapal tersebut selepas itu membawa mereka ke KD Tun Razak yang sedang menanti.

Oleh kerana laut di perairan Langkawi tidak begitu dalam, KD Tun Razak perlu bergerak ke kawasan laut dalam terlebih dahulu sebelum dibenarkan menyelam.

Sebelum itu, para wartawan dan jurugambar terlebih dahulu telah dibawa belayar sejauh lima jam perjalanan dari Langkawi ke kawasan laut di mana KD Tun Razak bersedia untuk menyelam.

Isu Kapal Selam Malaysia tidak boleh menyelam merupakan isu yang terus dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Demi menjawab semua dakwaan itu, Menteri Pertahan, Datuk Zahid mempelawa Lim Guan Eng menyelam bersamanya.


Ulasan :


Tahniah kpd pembangkang kerana berjaya menaiki kapal selam TLDM yg kononnya tak boleh menyelam. Tahniah juga kerana anda menjadi salah seorang yg menghabiskan duit kerajaan semata² kerna ingin membuktikan bahawa kapal tersebut boleh menyelam.

Langkah sia² dan bangang ini terpaksa dilakukan kerajaan utk menunjukkan kesahihan mengenai kapal selam ini dan pembangkang perlu memberitahu rakyat mengenai penipuan yg mereka jaja sebelum ini.

Tapi adakah mereka² ini ikhlas dgn kerajaan?

Setelah dibawa dgn helikopter dan mendarat di atas badan kapal selam semata² ini memberi pengalaman yg jarang diperolehi oleh sesiapa sahaja di dunia ini.

Adakah jawapan ini yg bakal mereka berikan kpd umum??

"saya berada di dalam badan kapal selam, jadi saya tak tau samada kapal ini menyelam ataupun tidak."


Satu kerja pulak kerajaan terpaksa melepasi 'ujian' daripada pembangkang. Lepas ni, dengar cerita ATM nak beli bom buatan tangan Perancis. Boleh test baling dlm kat rumah Nurul Izzah tak?

Post a Comment

0 Comments