Full Width CSS

Mahu Bahasa Tamil Di KLIA

Bekas Timbalan Menteri menyeru agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak menggunakan bahasa Tamil dalam pengumuman di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi kemudahan pelancong dari India.

Datuk T Murugiah, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ia merupakan satu keperluan memandangkan jumlah pelawat dari negara itu semakin ramai mengunjungi negara ini.

Katanya sekiranya bahasa Tamil digunakan ketika membuat pengumuman di KLIA ia juga dianggap sebagai menghormati kedatangan pelancong India yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan.

Murugiah mengulas kenyataan Kementerian Pengangkutan semalam yang menyatakan kerajaan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.

Buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin manakala bahasa Arab dan Jepun dibuat mengikut musim tertentu sahaja.

Murugiah berkata keputusan kementerian itu tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang giat dipromosikan oleh kerajaan.

"Saya juga menyarankan agar bahasa Tamil digunakan di papan tanda di KLIA sebagai pengiktirafan kepada 1.8 juta kaum India di Malaysia, komuniti ketiga terbesar di negara ini," tambah beliau.

Sumber : Bernama

Ulasan :

Tak da sebab nak mintak pengumuman di KLIA dlm bahasa Tamil. Orang² India di KLIA boleh dikira. Cukuplah pelbagai bahasa digunakan di KLIA.

Dulu semua dah setuju bahasa Melayu merupakan bahasa perantara dan bahasa Inggeris pula bahasa kedua di negara ini. Jangan dok mintak mcm² lah. Kaum India & Cina di negara ni ada yg masih belum cukup fasih bercakap dlm bahasa Melayu.

Secara logiknya lagi kalau yg dtg tu ahli² perniagaan dari India, apa mereka semua tak reti ker guna bahasa Inggeris? Abeh tu nk berurusan di Malaysia nk guna bahasa Tamil sahaja ka? Setahu saya, bahasa kebangsaan negara India adalah bahasa Inggeris.

Lepas ni bila dah buat dlm bahasa Tamil, kaum lain di Sabah & Sarawak pula request benda yg sama, kemudian wakil persatuan anak Siam & Jawa pulak mintak benda yg sama. Tak ker complicated jadinya nnt.

Pihak KLIA sudah mengimbangi penggunaan bahasa di KLIA spt apabila tibanya musim kunjungan pelancong Arab, Jepun & China ke Malaysia. Bukan menidakkan tapi ia telah dikaji dari aspek jumlah pengunjung yg datang.

Signboard tak perlu guna bahasa lain selain bahasa Melayu dan Inggeris.

P/s : Kalau kita pergi ke India, adakah mereka akan membuat pengumuman dlm bahasa Melayu sebagai menghormati kedatangan pelancong dari Malaysia?

Post a Comment

4 Comments

  1. sudah la murugiah... nk jedi HERO masyarakat india konon..

    ReplyDelete
  2. dekat nak pilihanraya ader saja lawak bangang yang dimintak oleh pihak parti komponen BN ni... apa dia ingat bahasa tamil tu semua orang malaysia cakap ker?..india kat malaysia ni pun banyak cakap bahasa inggeris.. apa la punya kayu bendul cadangan dia ni agaknya!!!

    ReplyDelete
  3. ni satu lagi menteri bodo... aku cadangkan menteri ni dilucutkan jawatan .. adoi la macha

    ReplyDelete
  4. apa le si hindu ni mintak keh keh keh

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..